PART 14

5.6K 242 31
                                    




"MAAF Tengku. Buat masa sekarang Cik Camellia tak terima tetamu walaupun dengan temujanji." Ujar Emir. Dia sebenarnya takut dengan Tengku Elhan sekarang, task yang bukan-bukan je Tengku Elhan bagi.

"Ke dia memang tak nak jumpa aku?" Soal Tengku Elhan. Sebenarnya dia boleh agak Camellia akan menolak untuk berjumpa dengannya. Entah kenapa gadis itu seperti tidak sukakannya.

"Itu saya tak pasti Tengku."

"Cara baik tak boleh, kita guna cara lain. Cari jadual dia waktu weekend." Arah Tengku Elhan. Dia tak boleh berlengah lagi. Sebelum tender dibuka secara official, dia perlu berjumpa dengan Camellia.

"Err agak payah Tengku. Cik Camellia ni sama macam Tan Sri Edric, dia memang perahsia." Kan dah cakap Tengku Elhan suka bagi dia task yang bukan-bukan.

Tengku Elhan memandang tajam pada Emir.

"Saya cuba Tengku." Ujar Emir seolah mengerti pandangan Tengku Elhan. Seram.


🥀🥀🥀



TALI busur ditarik sehingga ke bawah dagu sebelum anak panah dilepaskan.

TTAK!

Camellia senyum bila melihat anak panahnya mengenai tepat pada sasaran. Dulu semasa di Scotland, hampir setiap minggu dia habiskan masa bermain sukan memanah ini. Cuma bila kembali ke Malaysia membuatkan dia kurang fokus pada aktiviti kegemarannya ini.

Sekali lagi dia mengambil anak panah sebelum pergerakannya terganggu.

Bunyi tepuk tangan membuatkan Camellia berpaling ke belakang. Berkerut dahi Camellia melihat lelaki yang sedang berjalan ke arahnya.

"Good job. Tak sangka Cik Camellia minat memanah."

Camellia cuma memandang sekilas pada Tengku Elhan sebelum dia kembali fokus pada aktivitinya tadi.

Anak panah di ambil sebelum diletakkan pada busur. Tali busur ditarik, namun entah kenapa jarinya terlepas anak panah sebelum dia sempat fokus pada sasaran.

Camellia agak kecewa kerana dia gagal fokus. Dia menarik nafas panjang.

"It's okay. You still did great." Puji Tengku Elhan. Bukan senang dia nak tahu jadual Camellia dan dia tak sangka gadis ini minat archery. Boleh tahan.

"What do you want?" Soal Camellia tegas. Dia memang tak suka berjumpa dengan orang luar.

"Kenapa you tolak untuk jumpa I?" Soal Tengku Elhan.

"Sebab tu je Tengku?" Camellia mengangkat kening. Tan Sri Edric sudah perkenalkan Camellia pada Tengku Elhan semasa malam event tempoh hari.

"Han."

"Pardon?"

"Call me Han." Ujar Tengku Elhan sekali lagi. Dia masih menatap wajah cantik Camellia. Wajah itu memang sangat mirip dengan Dhea.

Camellia mengetap bibirnya sebelum senyum sinis. Memang dia sengaja menolak untuk berjumpa lelaki itu.

"Well Tengku, I agak busy lately. I kan baru mula kerja. I hope you understand."

"Kenapa tak panggil Han?" Soal Tengku Elhan. Matanya masih tidak lepas memandang Camellia.

"I don't think we're close enough."

Tengku Elhan melangkah mendekati Camellia sehingga hujung kaki mereka bertembung. Dia mencari anak mata gadis itu namun tiba-tiba bahunya ditarik.

Tengku Elhan melihat tangan Carl Harraz di bahunya sebelum Camellia menjauhkan dirinya dari Tengku Elhan.

BUKAN KALI INI [C] ✅Where stories live. Discover now