PART 39

4.6K 319 41
                                    





KAKI Dhea terhenti apabila terpandang Tengku Elhan yang sedang menjamu selera dengan seorang wanita cantik.

Tengku Elhan juga turut memandangnya ketika ini.

"Why Tengku?" Tegur wanita itu apabila Tengku Elhan diam.

"Nothing. Let's continue." Tengku Elhan mengalih pandangannya pada wanita itu kembali.

Dhea mengetap bibir bila Tengku Elhan langsung tidak menyapanya.

"Mel okay?" Tiba-tiba ada suara lelaki dari belakangnya bertanya.

"I'm okay. Shall we?" Dhea senyum pada jejaka itu sebelum mereka keluar dari situ.

Tengku Elhan yang melihat Dhea berjalan keluar dengan lelaki itu mengetap giginya. Dia tertanya-tanya siapa lelaki itu. Nampak seperti bukan calang-calang orang.

🥀🥀🥀


DI LUAR jejaka itu memandang Dhea dengan senyuman. Tak sangka CEO JM Gallery masih muda dan sangat cantik.

"Sepatutnya saya jemput Mel tadi tak perlulah Mel drive ke sini." Ujar jejaka itu.

"Oh tak apa. Kebetulan saya memang kat luar tadi. So saya terus ke sini."

"So, until next time?"

"Sure.." Dhea membalas senyuman lelaki itu sebelum mereka berpisah di hadapan restoran itu.

Imran Da'im adalah klien yang sepatutnya bertemu dengan Carl tetapi Carl mempunyai urusan yang tidak dapat dielakkan jadi Dhea yang bertemu dengan lelaki itu bagi pihaknya.

Dhea meneruskan langkah ke keretanya. Ketika dia berjalan dia ternampak kereta Audi milik Tengku Elhan. Tiba-tiba dia mendapat idea.

Dia memandang sekeliling sebelum dia mendekati kereta itu. Sekali lagi dia melihat sekeliling. Line clear. Dhea melihat tayar kereta mewah itu. Dia duduk di sebelah tayar itu dengan senyuman nakal.

Dhea keluarkan kunci keretanya lalu membuka penutup angin tayar itu. Ditekan kunci keretanya pada valve itu lalu ia mengeluarkan bunyi desiran angin.

Dhea senyum puas hati bila melihat hasil kerjanya. Emir sudah ceritakan dahulu Tengku Elhan yang pancitkan tayar keretanya. Bila lagi nak balas kan?

Setelah itu dengan pantas Dhea masuk ke dalam keretanya. Bimbang jika ada yang tahu kelakuannya itu. Dia menunggu untuk melihat reaksi Tengku Elhan. Keretanya agak tersorok dari kereta Tengku Elhan.


🥀🥀🥀


DALAM lima belas minit menunggu masih tiada bayang lelaki itu. Dhea hampir berputus asa namun tiba-tiba Tengku Elhan keluar dari restoran mewah itu dengan wanita tadi.

"Patutlah tak layan aku. Ada perempuan cantik." Gumam Dhea. Matanya langsung tidak berkelip melihat pasangan itu sehinggalah wanita itu menuju ke arah lain.

Tengku Elhan pula melangkah ke arah keretanya selepas bertemu dengan klien penting itu. Dia mengerutkan dahinya bila perasan tayar keretanya kempis. Dia memeriksa sekeliling tayar namun tiada apa-apa yang pelik. Dia pandang ke tayar belakang. Kempis juga?

"What the.." Tengku Elhan mengeluarkan telefonnya sebelum menelefon Emir. Sambil bercakap dengan Emir dia terpandang ke arah kereta yang dikenalinya.


🥀🥀🥀


DHEA tergelak kecil bila melihat kerutan di wajah Tengku Elhan itu. Itulah padahnya nak main-main dengan Dhea Haneesa Camellia.

BUKAN KALI INI [C] ✅Where stories live. Discover now