PART 9

5K 281 25
                                    



"Kenapa kita datang sini?" Soal Dhea sambil melihat bangunan di hadapannya. Kereta Tengku Elhan elok pula masuk ke parking khas untuk VVIP.

"Aku nak tunjuk sesuatu pada kau. Jom."

Tengku Elhan matikan enjin kereta lalu keluar dari kereta. Dhea juga turut keluar.

Macam mana dia tahu aku nak datang galeri eh? Detik Dhea.

"Kenapa tercegat tu? Jomlah." Ajak Tengku Elhan bila melihat gadis itu cuma berdiri di sisi keretanya.

"Errr ye ye."

Dhea melangkah masuk ke dalam galeri itu. Semua pekerja tunduk hormat pada Tengku Elhan.

"Ni galeri awak ke?" Soal Dhea pada Tengku Elhan yang berjalan di sampingnya.

"Taklah. Ni galeri client aku. Tapi diorang semua ni kenal aku. Company aku jaga security galeri ni."

Dhea mengangguk faham. Kagum dia dengan Tengku Elhan. Patutlah semua orang hormat dia.

Dhea senyum pada pekerja yang senyum padanya. Dia pula rasa janggal kerana semua yang ada turut tunduk hormat padanya.

"Kau tunggu sini kejap."

Dhea cuma melihat Tengku Elhan yang bercakap dengan pekerja di situ. Sambil-sambil itu dia melihat lukisan yang terpamer.

Sampai di hadapan lukisan arwah mummynya, Dhea senyum. Dia suka melihat lukisan arwah mummynya. Terasa hangat. Sekurang-kurangnya lukisan itu boleh hilangkan rasa rindunya pada mummynya.

"Dhea. Jom."

Dhea mengangguk lalu mengikut langkah Tengku Elhan. Dalam hati tertanya-tanya apa sebenarnya yang Tengku Elhan mahu tunjuk.

"Enjoy ye Tengku.. Cik." Ujar pekerja itu lalu meninggalkan mereka berdua di situ.

"Come." Tengku Elhan menunjukkan isyarat supaya Dhea masuk terlebih dahulu.

Dhea masuk ke bilik itu lalu matanya membulat. Dia menutup mulutnya kerana terkejut. Karya-karya hebat dari seluruh pelusuk dunia terpamer indah di dalam bilik ini.

Dhea bukanlah orang yang pandai menghargai seni seperti arwah mummynya tetapi dia selalu mengikut mummynya menikmati pameran-pameran sebegini. Jadi dia tahu serba sedikit tentang seni.

"Dalam ni tak semua orang boleh masuk tau. Kalau ada event penting baru karya ni dibawa keluar." Ujar Tengku Elhan. Dia ketawa kecil melihat Dhea yang masih tergamam itu.

"Ma-macam mana awak boleh bawa saya masuk da-dalam ni?" Soal Dhea tergagap-gagap. Matanya masih melihat karya-karya hebat di depan matanya. Cantik sangat!

"Kan aku dah cakap, ni galeri client aku. Aku cakap aku nak bawa someone special masuk dalam ni."

Dhea terus berpaling pada Tengku Elhan. Betul ke apa yang dia dengar.

"Someone special?"

"Yes.. you.. Dhea Haneesa. My honey." Ujar Tengku Elhan bersahaja.

Sekali lagi Dhea terkedu. Ho-honey?

"Heyy.. kenapa diam? Kau okay ke?"

"Err awak okay ke tak ni?" Mana tahu Tengku Elhan tak sihat?

Tengku Elhan ketawa bila mendengar soalan Dhea. Rasanya ini bukan kali pertama dia confess. Kenapa Dhea masih terkejut lagi?

"Kau ingat aku main-main ke yang aku cakap aku suka kau?"

BUKAN KALI INI [C] ✅Where stories live. Discover now