PART 21

4.2K 252 30
                                    




"HUDA!" Tengku Aishah melambai tangannya pada Puan Sri Huda.

Puan Sri Huda senyum seraya melangkah ke arah Tengku Aishah. Puan Sri Huda tidak mempunyai ramai kenalan kerana Tan Sri Edric memang tak suka dirinya terlalu dikenali ramai. Cuma mungkin kerana anak-anak sudah besar dan mereka semakin tua, Tan Sri Edric kini tidak lagi tegas seperti dulu.

"Dah lama sampai?" Tegur Puan Sri Huda sambil melabuhkan punggungnya ke kerusi.

"Baru juga ni.. Camellia mana?"

"Maaflah Aishah. Mel kerja. Dia kalau tak malam, takde muka dia kat rumah tu." Ujar Puan Sri Huda. Dia tahu Tengku Aishah mahu berjumpa dengan Camellia.

"Takpe. Saya faham. Anak-anak saya pun macam tu juga. Kita pesan makanan dulu ya."

Sambil makan mereka berborak mengenai anak masing-masing. Biasanya itu sahajalah topik bila orang tua berjumpa.

"Mel tu betul single lagi kan?" Soal Tengku Aishah untuk kepastian.

"Ya Aishah. Puas saya pujuk, tak mahunya dia berkenalan dengan lelaki. Dengan anak Aishah tu mujur juga dia cakap dia mahu fikirkan dulu. Itu pun tak tahulah bila ada jawapan dia."

"Kita temukan mereka nak?" Cadang Tengku Aishah.


🥀🥀🥀



"MEL.. esok teman umi pergi shopping boleh?" Ujar Puan Sri Huda ketika mereka berada di dapur. Dia melihat Camellia sedang mengacau sup ayam kegemaran Tan Sri Edric.

"Shopping? Sejak bila umi minat shopping ni?" Soal Camellia memandang pada Puan Sri Huda.

"Bukan umi minat shopping, tapi dah lama umi tak beli baju baru."

"Boleh je umi. Esok kan weekend? Mel bawak umi pergi shopping." Camellia menutup api dapur dan mencapai mangkuk besar untuk meletak sup ayam itu.

"Terima kasih Mel." Puan Sri Huda sudah senyum gembira.

"Tak nak ajak Lily?" Celah Lily sedari tadi menjadi pendengar. Kebetulan esok dia juga cuti setelah lama dia tidak bercuti. Saja mahu berehat.

"Lily nak pergi ke?" Puan Sri Huda memandang anaknya.

"Boleh juga. Lama Lily tak pergi shopping. Mana tahu Kak Mel nak belanja kan?"

"Boleh je Lily. Kak Mel tak kisah." Camellia senyum memandang Lily sambil membawa mangkuk sup ayam itu ke ruang makan. Walapun mempunyai pembantu rumah, keluarga Tan Sri Edric lebih selesa membuat semuanya sendiri.

"Okaylah. Kita pergi sama-sama esok." Putus Puan Sri Huda.


🥀🥀🥀



"AISHAH buat apa dekat sini?"

Tengku Aishah merasa bahunya dicuit lalu dia berpusing. Dia melihat wajah Puan Sri Huda. Mereka mula berlakon seolah-olah pertemuan mereka itu kebetulan.

"Saya saja jalan-jalan. Maklumlah hujung minggu je ada masa." Ujar Tengku Aishah seraya senyum melihat Camellia.

"Aishah sorang je ke?"

"Ada. Datang dengan Elhan. Dia pergi ke tandas kejap. Alang-alang jumpa ni, kita pergi makan nak?" Tengku Aishah menarik lengan Puan Sri Huda. Puan Sri Huda mengangguk dan memberi isyarat pada anak-anaknya.

Camellia sudah tidak senang duduk bila nama lelaki itu keluar dari bibir Tengku Aishah. Kenapa Tengku Elhan? Kenapa bukan Tengku Elena?

Lily pula mengerutkan dahi. Betul ke apa yang dia dengar? Elhan? Tengku Elhan? Lelaki kacak yang dia kenal tu?

BUKAN KALI INI [C] ✅Where stories live. Discover now