PART 27

4.2K 255 20
                                    





EMIR menjeling Tengku Elhan yang berada di sisinya. Lelaki itu cuma mendiamkan diri sejak dari klinik Doktor Mikhael tadi.

"Ehem.. Tengku betul ke tak nak balik rumah?"
Soal Emir sekadar memecahkan kesunyian.

"Tak Emir. Kan aku dah cakap tadi.."

Emir cuma menggarukan kepalanya. Memang Tengku Elhan mengatakan yang dia mahu pulang ke penthouse miliknya.

Sudah lama lelaki itu tidak ke sana. Emir bukan apa dia bimbangkan Tengku Elhan sekarang ni.

Emir menjeling Tengku Elena di belakang. Gadis itu juga cuma mendiamkan diri. Mungkin gadis itu terkejut dengan apa yang terjadi pada abangnya.

"Hantar El balik dulu.." ujar Tengku Elhan bila dia perasan Emir memandang adiknya.

"El nak duduk dengan abang Han." Tengku Elena merapatkan dirinya di tengah-tengah ruang kereta itu. Dia memandang sisi Tengku Elhan.

Tengku Elhan mengeluh.

"Nanti apa kata bonda pulak El. Abang Han tak mahu bonda tahu pasal ni."

"Kalau bonda tanya El? Mana abang Han? El nak jawab apa?" Tengku Elena cuba memujuk. Dia risaukan keadaan abangnya.

"Cakap je abang Han ada kerja luar."

"Tapi El tak nak tinggal abang Han macam ni.." Tengku Elena mencebikkan bibirnya. Dia yang tengok pun rasa sakit, apatah lagi yang merasa?

"Abang Han okay. Don't worry.. balik nanti kalau bonda tanya bagitahu je macam abang Han cakap. Abang Han tak mahu bonda risau."

Tengku Elena mengetap bibirnya. Ini semua sebab Carl Harraz! Tiba-tiba rasa sakit hati bila bayangan kejadian tadi bermain di kepalanya.


🥀🥀🥀


TENGKU Elhan membuka lampu rumahnya. Dia menghempaskan badannya ke atas sofa. Dia merenung ke siling. Dia kembali teringat perbualannya dengan Doktor Mikhael tadi.

"Pak ngah.. ni ubat apa?" Tengku Elhan meletakkan botol putih di hadapan Doktor Mikhael.

Doktor Mikhael mengambil botol itu lalu dibaca labelnya sebelum dahinya berkerut. Dia memandang ke arah anak saudaranya.

"Han dapat dari mana?"

Tengku Elhan diam seketika sebelum dia menjawab.

"Ni ubat yang Camellia makan."

Camellia? Doktor Mikhael berfikir sejenak sebelum dia meletakkan cermin matanya ke atas meja lalu dipicit pangkal hidungnya.

Dia tahu pasal Tengku Elhan berkawan dengan Camellia melalui Tengku Aishah dan bagaimana Tengku Aishah sangat berkenan Camellia menjadi menantunya.

"Boleh pak ngah tahu.. Han kenal Mel dah lama ke?" Soal Doktor Mikhael. Dia boleh merasakan ada sesuatu antara mereka.

"Kenapa pak ngah tanya macam tu?"

"Sebab pak ngah tak pernah nampak Han keluar dengan mana-mana perempuan.. tapi bonda Han bagitahu Han sukakan Mel.."

Tengku Elhan mengeluh. Dia senyum tipis. Memang Han cuma suka dia je..

"Han kenal Mel dah lama.. sejak lima tahun lepas.." ujar Tengku Elhan.

"Lima tahun lepas?" Doktor Mikhael jungkit kening. Itu sebelum Dhea ke Scotland.

"Dulu Han pernah berkawan rapat dengan Mel.. rapat sangat.. tapi.." Tengku Elhan senyum tipis. Dia tak mahu bercerita pasal itu.

Doktor Mikhael mengangguk faham. Mesti ada sesuatu yang berlaku tapi dia tak mahu bertanya sekarang kerana keadaan Tengku Elhan. Wajah lelaki itu juga nampak kusut.

BUKAN KALI INI [C] ✅Where stories live. Discover now