Ramadhan and Raya Special ✨

2.8K 216 18
                                    




Untuk edisi special raya, anggap sahaja anak Tengku Elhan dan Dhea Haneesa, Tengku Affan Faiq sudah berumur lebih setahun ya ✨✨

💕💕💕




LILY mengusap perutnya yang sudah sedikit buncit itu. Kandungannya baru berusia tiga bulan. Teringat pula ketika dia memberitahu tentang kandungannya kepada Emir. Lelaki itu memang blur sampai ke sudah.

Malam itu Lily duduk menempel di sebelah Emir ketika suaminya ralit membuat kerja. Walaupun Emir sudah tidak menjadi pembantu kanan Tengku Elhan, lelaki itu tetap sahaja sibuk.

"Abang.." Lily menyapa suaminya dengan cawan yang berisi kopi panas. Sudah menjadi kebiasaannya kalau sedang membuat kerja, suaminya akan minta secawan kopi.

"Ya sayang.." Emir menggamit isterinya. Bila Lily sudah berada di hadapannya, dia terus menyembamkan mukanya pada perut Lily.

"Penat ke?"

"Hmm.." Emir hanya menggumam. Mana tidak penat, kerja di EL Force lagi tambah pula dengan cawangan gym yang baru buka lagi.

Lily senyum dan membelai rambut tebal suaminya. Dia tahu Emir berpenat lelah untuk keluarga kecil mereka. Emir tidak mahu Lily merasa kurang daripada apa yang Lily pernah dapat sebelum ini.

Lily tidak pernah hidup susah, kenapa pula selepas berkahwin isterinya itu perlu susah atau merasa tidak cukup kan? Itu yang Emir fikir sedangkan Lily sudah merasa cukup dengan apa yang mereka ada.

"Terima kasih abang sebab penat-penat cari rezeki untuk Lily dan keluarga kita." Luah Lily.

Emir mendongak memandang Lily. "I will do anything for you my flower.."

"Betul ni?"

"Betullah."

"Kalau macam tu.. lepas ni abang pula kena terima Lily apa adanya. Kalau Lily mengada-ngada abang tetap kena layan Lily tau."

"Mestilah sayang. Lily nyawa abang tau."

Lily tersengih mendengar jawapan suaminya. Suaminya masih tidak dapat menangkap hint darinya.

"Mungkin lepas ni kalau Lily craving malam-malam abang tak boleh tolak. Abang tetap kena cari untuk Lily.." kata Lily lagi dengan harapan Emir dapat menangkap maksudnya.

Emir mengerut dahi sebelum dia ketawa kecil. "Cuba Lily cakap bila je abang tolak permintaan Lily?"

"Alaa sebelum ni sekali sekala je Lily minta.. ni mungkin hari-hari."

"Lily cakap je Lily nak apa.. selagi abang mampu, abang usahakan. Nak makan apa cakap je." Ujar Emir tanpa syak apa-apa.

"Pelik-pelik pun boleh ke?"

"Pelik-pelik?"

Lily mengangguk. Slow betullah suami dia ni. Ish.

"Yalah.. contoh kalau Lily mengidam ke.." sengaja Lily berkata begitu.

"Mengidam?"

"Ish abang ni!" Lily mendengus. Dia menarik tangan Emir dan letak ke perutnya.

"Kenapa sayang? Lapar?"

"Abangggg.." Lily hampir give up berkias dengan suaminya.

"Ya sayang." Walaupun Emir pelik dengan perangai isterinya namun dia masih melayan. Tak pernah jemu.

BUKAN KALI INI [C] ✅Where stories live. Discover now