PART 24

4.1K 236 21
                                    




"CIK Mel.. Tuan William tak jadi nak bagi lukisan dia pada kita. Tadi baru PA dia called curator kita.." Ujar pembantu peribadi Camellia.

"What? Tak jadi? Sebab tak jadi?"

"Dia cakap Tuan William tiba-tiba sayang nak jual lukisan tu."

Camellia memicit kepalanya. Tiba-tiba sayang? Nonsense. Sebelum ini mereka sudah banyak kali bekerjasama dan lukisan lelaki ini banyak terjual dengan harga yang sangat tinggi.

Pameran besar-besaran JM Gallery kali ini memang menjadi perhatian kerana lukisan Tuan William itu. Tuan William antara artis yang sangat berbakat dan semua lukisannya akan mendapat perhatian orang ramai.

"Biar saya jumpa dia.."

"PA dia cakap Tuan William tak nak jumpa siapa-siapa dan dia sudah balik England."

"What the.." sekali lagi Camellia memejam matanya. Sudahlah jemputan sudah sudah siap diedarkan. Sudah berapa banyak JM Gallery laburkan untuk pameran kali ini. Siap bawa artis jemputan luar negara lagi.


🥀🥀🥀


"MACAM mana along?" Camellia ke bilik alongnya untuk berbincang mencari penyelesaian tentang masalah yang mereka hadapi.

"Nanti along jumpa dia.." putus Carl. Itu sahaja penyelesaiannya sekarang. Jumpa depan-depan.

"Tapi along tahu dia macam mana kan? Kalau dia cakap no means no." Orang berjiwa seni ini memang sukar untuk dibaca.

Disebabkan Tuan William ini terkenal, jadi mereka terpaksa mengikut kehendak lelaki ini sebelum ini. Cuma mereka tak faham kenapa Tuan William tiba-tiba berubah hati.

"Kita cuba.. along pergi England.." ujar Carl. Dia tahu di mana dia boleh jumpa Tuan William.

"Mel rasa.. baik Mel yang pergi. After all, Mel CEO." Putus Camellia.

"Along tak nak bagi Mel pergi sorang.. biar along yang pergi. Event dah tak lama. Kita tak boleh lambat Mel. Sini pun perlukan Mel.." ujar Carl. Sekarang mereka berdua memang betul-betul sibuk kerana pameran itu akan berlangsung dua minggu lagi.

Camellia menghela nafasnya. Dia tak mahu gagal dalam pameran pertamanya. Akhirnya Camellia mengalah. Carl akan mencari Tuan William.


🥀🥀🥀


"CIK MEL.. ada delivery.."

Terhenti fokus Camellia ketika itu dan dia memandang pada pembantu peribadinya.

"Delivery?" Camellia melihat jambangan bunga itu. Diambil kad yang terselit di bunga itu.

- you look beautiful

"Siapa yang hantar?" Soal Camellia. Di kad ini tiada nama. Jambangan bunga ros.

"Takde nama pengirim Cik Mel."

"It's okay. You may go. Thank you." Ujar Camellia.

Setelah pembantu peribadinya keluar, Camellia terus membuang jambangan itu ke dalam tong sampah. Tiada nama pengirim? Pengecut.


🥀🥀🥀


PETANG itu Camellia pulang agak lewat. Dia berjalan menuju ke arah keretanya. Dia merasakan seperti ada seseorang yang memerhatinya. Namun bila dia melihat sekeliling, tiada siapa-siapa pun.

Mungkin itu perasaan sahaja. Camellia mencari kunci kereta di dalam handbag sebelum dia merasa ada seseorang berada di belakangnya.

"You nak apa?" Soal Camellia bila dia menoleh ke belakang. Tak habis-habis mengganggunya.

BUKAN KALI INI [C] ✅Where stories live. Discover now