PART 16

4.2K 261 31
                                    






"MACAM mana dengan Mel, Mikhael?" Soal Tan Sri Edric kepada doktor peribadi keluarganya. Dia melihat Camellia yang sudah tidur dengan selepas disuntik oleh Doktor Mikhael.

"She is okay now. Cuma sebab cara dia muntahkan balik makanan tadi agak berbahaya, so dia kekurangan air dalam badan. One more thing, badan dia dah susut banyak sejak last aku jumpa dia. Kenapa boleh jadi macam ni?"

"Panjang ceritanya Mikhael. Jom kita keluar dulu." Tan Sri Edric senyum nipis pada sahabatnya itu.

Sempat Doktor Mikhael memandang sekilas pada gadis itu sebelum mengikut langkah Tan Sri Edric.


🥀🥀🥀



"KENAPA boleh jadi sampai macam ni along?" Tegas suara Tan Sri Edric bertanya. Dia sudah amanahkan Carl untuk menjaga adik-adiknya. Tak sangka perkara seperti ini boleh terjadi.

"Along pun tak pasti kenapa Mel boleh makan udang tu baba. Along tak sempat nak halang dia dah makan."

"Dahlah abang. Benda dah jadi. Tak payahlah marah along." Lembut Puan Sri Huda menenangkan keadaan.

Terkejut dia dan suaminya bila melihat Carl Harraz mendukung Camellia yang sudah lemah tidak bermaya tadi. Wajahnya sangat pucat.

"Saya tak marah along. Cuma saya terkejut. Saya tak nak tengok Mel sakit lagi Huda. Awak tahu kan macam mana keadaan dia dulu?"

"Ya abang. Huda tahu.."

"Tadi pun Mikhael cakap badan Mel kurang air, kurang zat." Keluh Tan Sri Edric. Dia memicit kepalanya memikirkan tentang Camellia.

"Nanti saya cakap dengan Mel. Along.. cakap dengan umi.. Mel ada masalah ke kebelakangan ni?" Puan Sri Huda memandang wajah anak lelakinya.

Carl menggelengkan kepalanya. Dia dapat rasakan semua ini berkaitan dengan Tengku Elhan.

"Macam mana Kak Mel?" Soal Lily yang baru pulang dari cafe. Kebetulan hari ini dia menyiapkan tempahan pelanggan jadi dia pulang agak lewat. Bila dapat tahu keadaan Camellia terus dia bergegas pulang.

"Ada rehat kat atas. She's fine now." Balas Carl.

"Lily nak tengok Kak Mel." Terus Lily menuju ke lif untuk ke bilik kakaknya. Walaupun mereka selalu bergaduh, tetapi Lily tetap sayang dengan Camellia.

"Baba nak kamu siasat.. kenapa Mel boleh jadi macam tu.. kita tak nak pisang berbuah dua kali." Tegas Tan Sri Edric. Dia tahu dia boleh harapkan Carl Harraz untuk mencari punca Camellia bertindak drastik seperti itu.

"Baik baba."

Puan Sri Huda cuma melihat suami dan anaknya silih berganti. Dua lelaki ini bersifat over protective. Jika ada yang mencari pasal dengan ahli keluarganya, mereka akan terima balasan yang setimpal.


🥀🥀🥀


CAMELLIA menggosok matanya bila dia tersedar lengannya lenguh. Dia memandang ke sisi dan melihat Lily sudah terlentok kepala di lengannya.

"Lily.. bangun Lily.." kejut Camellia sambil menepuk lembut bahu Lily.

"Kak Mel dah bangun? Kak Mel nak apa-apa ke? Air ke?" Pantas tangan Lily mencapai botol air mineral dan suakan pada Camellia.

Camellia mengambil dan menyedut straw air mineral itu. Dia hulurkan kembali pada Lily.

"Kenapa tidur sini? Sakit tengkuk nanti." Camellia melihat ke arah jam di dinding. Pukul 12.30 malam.

BUKAN KALI INI [C] ✅Where stories live. Discover now