PART 37

4.3K 319 54
                                    




DHEA terkaku. Adakah benar apa yang dia lihat sekarang? Tengku Elhan?

"Kenapa dengan kau ni?? Baru sekejap aku pergi.. kau dah cari lain?" Tengku Elhan memandang tajam pada Dhea.

"Han.." Dhea mengerutkan dahi. Dia melihat riak bengis Tengku Elhan.

"Woi. Agak-agaklah. Kau kenapa ni?" Tengku Elman menolak bahu Tengku Elhan.

"Kau pun sama. Kau dah tahu aku suka dia.. kau menggatal jugak dengan dia? Dah tak ada orang lain ke?" Tengku Elhan menarik kolar baju abangnya.

"Han. Stop! Apa Han buat ni?" Suara Dhea sedikit tinggi apabila dia melihat Tengku Elhan seperti mahu memukul Tengku Elman.

"Kenapa nak bela sangat dia ni? Betul kau dah suka dia?" Jerkah Tengku Elhan. Rahangnya diketap kuat menandakan dia sedang marah.

"Apa ni Han? Kitorang takde apa-apalah!" Dhea menggeleng kepalanya dengan tuduhan tidak berasas itu.

"Huh. Tak sangka.. semua perempuan sama je!" Tengku Elhan menolak badan Tengku Elman sebelum dia melangkah pergi.

"Han!" Jerit Dhea namun Tengku Elhan tidak peduli. Dhea berlari mendapatkan Tengku Elhan namun lelaki itu sudah laju menghilangkan dirinya.

"Han.. Dhea takde apa-apa pun dengan dia.." Dhea jatuh terduduk di situ. Bahunya sudah terhinjut-hinjut kerana menahan tangis.

Kenapa Han tak nak dengar penjelasan Dhea?


🥀🥀🥀


"HAN!" Dhea terbangun dari tidurnya dengan jantung berdegup kencang. Nafasnya turun naik  seolah-olah baru lepas berlari. Dhea melihat kiri dan kanan. Ternyata dia berada di rumahnya.

"Aku mimpi ke? Astaghfirullah.." Dhea meraup wajahnya. Dia melihat jam. Pukul empat pagi. Tanpa berlengah Dhea bangun dan menuju ke bilik air untuk mengambil wudhuk. Dhea tidak dapat melelapkan matanya sehingga ke pagi.


🥀🥀🥀


"MORNING Dhea.." Puan Sri Huda menyapa Dhea. Terkejut melihat Dhea sudah berada di dapur awal-awal pagi begini.

"Morning umi.." Dhea membalas dengan senyuman. Dia sedang membuat french toast.

"Awal Dhea bangun hari ini." Baru pukul tujuh pagi sewaktu dia baru keluar dari biliknya tadi.

"Hmm.. Dhea tak boleh tidur semalam." Dhea cuba melelapkan mata tadi tapi tak dapat. Jadi selepas solat Subuh dia terus turun ke bawah.

"Kenapa ni?" Tangan Puan Sri Huda mengusap bahu Dhea yang sedang membalikkan roti di dalam kuali itu.

"Dhea mimpi semalam."

"Mimpi buruk?" Puan Sri Huda memalingkan tubuh Dhea.

Dhea hanya mengangguk. Sekarang dia sudah tidak perlu makan pil tidur cuma kadang-kadang dia akan bermimpi. Kebanyakannya mimpi buruk.

Sebab itu Dhea mengikut saranan doktornya dengan melakukan banyak aktiviti pada siang hari dan itu akan membantu kualiti tidur malamnya.

"Tapi umi don't worry. I can handle this.. Dhea dah siap buat roti telur. Lepas tu nak masak apa lagi umi untuk sarapan? Dhea tolong boleh?" Dhea cuba mengalih topik.

"Boleh sayang.. Lily nak makan bihun goreng hari ni. Dhea tolong potong sayur ya."

"Lily tak habis-habis dengan bihun goreng umi kan. Suka sangat dia." Dhea ketawa kecil. Kalau boleh hari-hari Lily tu nak makan bihun goreng yang Puan Sri Huda buat.

BUKAN KALI INI [C] ✅Where stories live. Discover now