PART 22

4.2K 262 23
                                    




"Are you okay?" Tengku Elhan memandang Camellia. Kebetulan dia juga berada di sini dan dia perasan Camellia masuk tadi. Bila nampak Datuk Kamal pegang tangan Camellia terus dia bangun mendekati.

Camellia mengangguk. Terbit rasa lega di hatinya bila ada yang membantu walaupun itu Tengku Elhan. Pelanggan-pelanggan lain cuma berani memandang dan langsung tidak membantu.

"Kenapa ni Datuk? Dari jauh saya nampak Datuk pegang-pegang tangan Cik Mel ni." Tajam mata Tengku Elhan memandang Datuk Kamal.

"Saya cuma nak berkenalan sahaja."

"Kalau orang dah tak sudi, Datuk patut faham. Ke Datuk nak saya fahamkan?" Tengku Elhan menepuk bahu Datuk Kamal.

"It's okay Tengku. Saya mintak maaf Cik Mel. Nanti PA saya akan bagitahu tarikh dan masa untuk meeting kita." Datuk Kamal cuba bersikap professional.

"It's over Datuk. Our deal is over." Tegas Camellia. Dia tak perlukan client macam ni.

Datuk Kamal mahu membalas namun renungan Tengku Elhan membuatkan dia berhenti. Dia mendengus sebelum dia keluar dari restoran mewah itu.

Tengku Elhan cuma mengangkat bahu sebelum dia memandang Camellia.

"Mana Carl?" Soal Tengku Elhan. Biasa ke mana ada Camellia disitu juga ada Carl.

"Kerja." Balas Camellia sepatah. Dia cuma memandang sekilas pada Tengku Elhan sebelum dia melangkah keluar.

"Sebab tu jumpa datuk gatal tu sorang-sorang?" Soal Tengku Elhan yang juga berjalan menyaingi langkah Camellia.

Camellia tidak menjawab. Dia melajukan langkah menuju ke keretanya. Tengku Elhan menahan Camellia dari membuka pintu keretanya.

Camellia mendengus dan memandang tepat ke arah mata Tengku Elhan.

"You know what Tengku Elhan? Perangai you sekarang ni dengan Datuk tadi sama. Takde beza." Ujar Camellia.

Tengku Elhan cuma senyum mendengar kata-kata dari gadis itu.

"Tak sama honey. I am not flirting with you. I am into you." Tengku Elhan turut membalas renungan Camellia.

"Please." Camellia mengalih pandangannya dan cuba untuk membuka pintu keretanya kembali.

"I am sorry." Ujar Tengku Elhan perlahan. Dia cuba mencari mata Camellia namun gadis itu mengelak pandangannya.

Camellia agak terkejut dengan ucapan maaf yang keluar dari mulut Tengku Elhan namun itu langsung tidak mengubah apa-apa.

"Move."

Tengku Elhan mengeluh namun dia melangkah setapak ke belakang. Kali ini dia tidak mahu memaksa gadis itu.

Camellia masuk ke dalam keretanya. Dia mula memandu dan langsung tidak memandang ke arah Tengku Elhan yang masih berdiri di situ.

Semasa memandu, Camellia mengetap giginya dengan kuat. Stereng digenggam kemas. Sebelum dia membuat keputusan untuk pulang ke Malaysia, dia sudah berfikir masak-masak. Dia tahu walau dia lari macam mana pun, dia tetap akan berjumpa dengan Tengku Elhan.

And she thought she was strong enough.


🥀🥀🥀



"EMIR."

"Ya Tengku. Kau tahu Datuk Kamal MK Corp tu kan?"

Emir mengangguk.

"Kau warning Datuk Kamal, jangan kacau Camellia. Kalau dia berani, dia kena hadap aku." Tengku Elhan tahu banyak rahsia Datuk Kamal dan dia yakin Datuk Kamal tidak akan berani mengganggu Camellia lagi.

BUKAN KALI INI [C] ✅Where stories live. Discover now