PART 25

4.1K 231 21
                                    





"HAN.."

Senyuman Tengku Elhan mati tatkala melihat susuk tubuh di hadapannya.

"Han dah lama tunggu?" Lily mengambil tempat di hadapan Tengku Elhan. Bibirnya mengukir senyum bila melihat wajah kacak Tengku Elhan itu.

"Mana Mel?" Soal Tengku Elhan. Matanya cuba mencari bayang Dhea di belakang Lily. Mana tahu Dhea mengajak Lily menemaninya?

"Kak Mel tak bagitahu ke? Dia cakap dia dah bagitahu Han.. dia tak sihat jadi dia nak Lily datang.." Lily pula mengerut dahi. Awal pagi tadi Camelia ke biliknya untuk meminta tolong. Ingatkan apa rupa-rupanya suruh gantikan lunch date dia.

Pada mulanya Lily menolak namun setelah mendengar nama Tengku Elhan, Lily bersetuju.

"Mel sakit apa?" Hilang semua rasa teruja yang dirasakan sejak semalam.

"Kak Mel cakap dia pening kepala."

"Oo.. dia tak bagitahu pun." Gumam Tengku Elhan perlahan. Dia dapat rasakan Dhea mahu mengelak darinya. Dia mencapai telefonnya untuk menghantar pesanan pada Dhea.

"Apa dia Han?" Lily menyoal kerana suara Tengku Elhan amat perlahan.

"Takde apa-apa. So.. let's order first." Tengku Elhan cuba senyum walaupun terpaksa. Rasa kecewa menyelubungi hatinya. Kejap lagilah dia hantar pesanan itu.

Lily melihat Tengku Elhan yang sedang menyuap makanan itu. Entah kenapa dia rasa lelaki ini seperti kurang bercakap. Tak seperti selalu.

"Han suka Kak Mel ke?" Soal Lily memecah kesunyian.

"Kenapa Lily tanya macam tu?" Tengku Elhan meletakkan sudu dan garpu ke atas meja. Dia mengelap mulutnya dan memandang Lily.

"Sebab Lily perasan muka Han berubah bila nampak Lily tadi.." Tipulah jika dia tidak perasan perubahan wajah Tengku Elhan tadi.

"Jangan salah faham. Saya terkejut sebab saya ingat Mel yang datang. Tu je."

"Jadi betullah?" Soal Lily sekali lagi.

Tengku Elhan mengangkat kening tanda tidak faham dengan soalan itu.

"Betullah Han suka Kak Mel?"

Tengku Elhan diam sejenak sebelum dia senyum nipis. Dia memandang tepat pada wajah Lily. Dia tahu Lily sukakannya. Dia boleh rasa bila melihat cara Lily memandangnya.

"Saya suka Dhea.. Dhea Haneesa."

Lily tergamam mendengar pengakuan Tengku Elhan. Macam mana Tengku Elhan kenal nama Kak Mel?

"Han.. macam mana Han-"

"Saya kenal Dhea dah lama." Potong Tengku Elhan. Dia tahu mesti Lily terkejut. Tapi dia tak berniat mahu menipu gadis ini. Mungkin dia akan perlukan bantuan gadis ini.

Apa yang berlaku ni? Tapi kenapa Kak Mel tak pernah cerita pasal ni pada dia? Kenapa Kak Mel berlagak seperti dia tak pernah kenal Tengku Elhan? Macam-macam yang berada di fikiran Lily ketika ini.

Namun dia tidak bertanya memandangkan Tengku Elhan juga tidak bercerita.

"Jom saya hantar Lily balik." Kata Tengku Elhan selepas mereka selesai makan. Dia tidak bercerita bagaimana dia kenal Dhea. Baginya belum tiba masanya lagi. Biarlah dia selesaikan masalahnya dengan Dhea terlebih dahulu.

"Takpe.. Lily drive tadi." Tolak Lily walaupun sebenarnya tadi driver yang hantar dia kerana memang dia mahu Tengku Elhan menghantarnya pulang. Dia ingin mengambil kesempatan untuk meluangkan masa dengan Tengku Elhan namun dia tak menyangka dia akan mendengar pengakuan lelaki itu tadi.

BUKAN KALI INI [C] ✅Where stories live. Discover now