EMIR X LILY - PART 6

2.8K 232 16
                                    




"BOS, ada orang nak jumpa dekat luar." Ujar salah seorang staf Lily.

"Siapa? Customer?"

"Rasa macam bukan. Sebab dia tak order pun, dia masuk-masuk je nak jumpa bos."

"Okey." Lily mengangguk. Dia buang apron pada badannya dan mengemas tudungnya sebelum dia keluar. Dia melihat ke arah sudut yang ditunjukkan oleh stafnya itu.

"Ya encik.. boleh saya bantu?" Soal Lily pada lelaki agak berusia itu. Lelaki itu memakai suit berwarna coklat.

"Lily? Tunang Emir?"

Lily yang agak terkejut itu cuma mengangguk. Tak ramai yang tahu dia sudah bertunang. Tapi dia seakan kenal dengan lelaki ini. Mirip Emir.

"Saya Datuk Ridzuan.. ayah Emir." Lelaki itu perkenalkan dirinya dengan senyuman.

"Oh.. maafkan saya, saya tak tahu."

"Tak apa.. boleh saya bercakap dengan Lily sebentar? Kalau tak mengganggu?"

Lily memandang sekeliling sebelum dia mengangguk. Memandangkan tidak ramai pelanggan ketika ini, rasanya dia boleh meluangkan masa sebentar dengan lelaki yang perkenalkan dirinya sebagai ayah Emir ini.

Kejap, kalau ayah Emir maknanya dia akan jadi ayah mentua aku? Detik Lily.

"Maaflah kalau saya datang mengganggu. Saya bukan apa, cuma nak kenal-kenal dengan bakal menantu. Emir ada cerita apa-apa tak pasal saya?.." ujar lelaki itu sambil tersenyum.

"Tak sedap pula bahasa saya, panggil papa jelah. Lagipun nanti Lily jadi menantu papa juga kan?" Tambah Datuk Ridzuan lagi.

Lily sekali lagi terpaku. Apa yang perlu dia jawab ni? Sememangnya Emir tidak pernah bercerita apa-apa pasal ayahnya dan Lily juga tidak menyuruh lelaki itu bercerita. Dia faham bila Emir meminta sedikit masa untuk bercerita tentang hal ini.

"Tak ada mengganggu pun, kebetulan orang tak ramai. Err Lily panggil uncle jelah boleh?" Serba salah Lily bertanya, bukan apa dia tidak selesa memanggil lelaki itu papa sedangkan Emir tidak pernah perkenalkan lelaki ini padanya.

"Boleh.. uncle pun boleh." Riak Datuk Ridzuan masih lagi tersenyum manis ke arah bakal menantunya. Cantik, pandai anak lelakinya pilih.

"Maaf uncle tapi Emir tak pernah cerita apa-apa pun pada saya.."

"Oh.. mungkin Emir masih marahkan uncle. Uncle banyak berdosa pada dia, pada mama dia.. tapi sekarang Emir pun tak bagi peluang untuk uncle minta maaf.." Keluh Datuk Ridzuan.

Lily sekali lagi serba salah. Situasi ini agak janggal baginya. "Saya tak tahu apa masalah Emir dengan uncle, tapi Emir tu baik uncle. Kalau jelas betul-betul pada dia, InsyaAllah dia boleh terima."

Datuk Ridzuan senyum kelat seraya mengangguk. Mereka berbual tidak lama memandangkan lelaki itu harus pulang ke pejabatnya.

Sempat juga Datuk Ridzuan memberi kad namanya pada Lily, senang untuk mereka berhubung selepas ini.







SEPANJANG Emir dan Lily bertunang, mereka sudah jarang berjumpa. Bermesej pun kurang memandangkan Puan Sri Huda dan Puan Maryam sudah memberi amaran untuk menjaga batas mereka semasa bertunang. Emir juga belum mengetahui perihal Datuk Ridzuan bertemu dengan Lily.

Lily senyum melihat Dhea berjalan seperti penguin menuju ke arah dapur. Kandungan Dhea yang sudah masuk lapan bulan itu menyukarkan pergerakan Dhea. Comel saja Dhea berjalan.

Lily bangun mengikut kakaknya ke dapur. Ingin berborak.

"Kak Dhea.."

"Ha Lily.. hari ni tak kerja ke?" Hairan bila melihat Lily masih di rumah sedangkan sekarang sudah pukul 11 tengahari.

BUKAN KALI INI [C] ✅Where stories live. Discover now