EMIR x LILY - PART 3

2.8K 236 20
                                    




"KAWAN? Siapa kawan?" Soal Lily sambil mengerling ke arah Emir yang memandu di hadapan. Tak suka bila Dhea menganggap mereka kawan sedangkan Emir langsung tidak menganggapnya kawan.

"Lily dengan Emirlah. Siapa lagi yang ada dalam ni?" Dhea ketawa kecil seraya menggeleng kepalanya.

"Kalau kawan, takkanlah bercik-cik bagai." Bidas Lily selamba. Biarlah Emir nak terasa pun, dia tak kisah.

Dhea pula terdiam. Dia melihat Lily yang berpeluk tubuh. Macam ada sesuatu antara mereka berdua.

Emir menelan air liur. Mungkin dia ada buat salah lagi?


🥀🥀🥀



"EMIR awak tunggu Lily dekat sini boleh? Saya dengan Dhea pergi masuk kedai depan sana sekejap." Ujar Tengku Aishah. Kebetulan Lily ke tandas ketika ini.

Emir mengangguk pada Tengku Aishah dan cuma melihat Tengku Aishah dan Dhea sudah berlalu pergi. Dalam kepalanya memikirkan bagaimana untuk mengatasi rasa janggal antara dia dan Lily.

Melihat Lily yang baru keluar dari tandas, Emir terus melangkah ke arah Lily.

"Cik Lily.."

"Hmm.." Lily hanya menggumam dan matanya mencari kelibat kakaknya dan Tengku Aishah.

"Cik Dhea masuk kedai depan sana." Bagitahu Emir pula.

Sekali lagi Lily menggumam sebelum dia melangkah ke arah kedai yang ditunjukkan oleh Emir.

Emir menghela nafas berat bila Lily tidak mahu bercakap dengannya. Perlahan-lahan dia juga mengikut langkah Lily.

Lily pula mengutuk dirinya kerana tidak mampu mengawal emosi tadi. Sepatutnya dia berlagak seperti mereka tiada apa-apa tetapi reaksinya tadi menunjukkan yang dia masih tidak boleh move on. Come on Lily!

"Hai Emir."

Suara lunak perempuan menegur Emir membuatkan Lily menoleh ke belakang. Tengku Adelia. Model cantik itu lagi.

"Hai Cik Adelia." Sapa Emir kembali. Tengku Adelia sememangnya ramah jadi Emir agak selesa dengannya.

"Banyaknya shopping. Untuk girlfriend ek?" Tegur Tengku Adelia bila melihat banyak beg kertas di tangan Emir.

"Tak adalah. Saya mana ada girlfriend."

"Yelah tu. Handsome macam ni takkan tak ada girlfriend." Tengku Adelia ketawa kecil.

"Cik Adelia seorang ke?"

"Ya, I ni macam nilah. Lone ranger. Ke you nak teman I?" Tengku Adelia menaikkan keningnya.

Namun Emir pula terkedu. Tengku Adelia ketawa kecil bila Emir terkejut dengan gurauan dia.

Lily yang mendengar perbualan mereka itu meneruskan langkahnya. Walaupun dia tahu mereka bukan bercinta tetapi hatinya merasa sakit. Ish tak sukalah perasaan macam ni. Getus Lily.

Emir perasan yang Lily sudah meninggalkan dirinya itu akhirnya meminta diri dari Tengku Adelia. Dia berlari kecil untuk mendapatkan Lily.

"Cik Lily!" Panggil Emir namun Lily tidak hiraukannya.

Dia percepatkan langkah dan menyamai langkah Lily. "Cik Lily."

"Nak apa?" Dengus Lily. Dia tak mahu berhadapan dengan Emir ketika emosinya tidak stabil. Bimbang Emir tahu isi hatinya dan menjadikan lelaki itu serba salah.

"Cik Dhea dengan Tengku Aishah dekat kedai sana." Emir menunjukkan arah yang bertentangan dengan Lily.

Lily yang tersedar akan itu sekali lagi mengutuk dirinya. Ya Allah Lily! Kenapa kau memalukan diri sendiri?

BUKAN KALI INI [C] ✅Where stories live. Discover now