PART 2

5K 185 3
                                    




DHEA merenung Zahra dengan perasaan geram. Ada ke patut tiba-tiba muncul depan rumahnya dengan Nia?

"Alaa Dhea.. tolong laa Nia. Kesian dia. Kau tahu tak jantan-jantan tak guna tu kacau Nia? Kau tengok habis baju Nia ni ha.." Zahra menunjukkan lengan baju koyak milik Nia.

Nia pula cuma menunduk. Dia segan, takut dan malu berhadapan dengan Dhea sekarang. Terasa dia menyusahkan Dhea.

"Zahra kau tau aku macam mana kan?" Keluh Dhea. Dia agak terkilan dengan sikap Zahra sekarang. Bukan Zahra tak kenal dia, terlebih kenal. Dia memang tak suka bergaul dengan orang.

Zahra dulu pun payah dia nak berkawan cuma gadis tu memang tak kenal erti putus asa. Jadi lama-lama hatinya terbuka untuk berkawan dengan Zahra.

"Dhea.. aku kalau aku boleh tolong Nia, aku dah lama tolong tau. Tapi rumah aku tu.. kau tahu laa. Ada abang-abang aku. Adik aku lagi. Mesti Nia tak selesa nanti."

Zahra tinggal bersama keluarganya. Rumah dia pun tak besar mana berbanding rumah teres dua tingkat Dhea ini. Jadi dia tak boleh bawa Nia ke rumahnya.

"Takpe Zahra. Dhea. Saya boleh balik ke bilik sewa saya tadi. Lagipun saya dah bayar sewa sebulan kat situ."

Dhea menggigit bibir. Terasa seperti dia seorang yang kejam bila Nia bersuara begitu.

"Sorry Nia, saya bukan tak nak bagi awak tinggal sini." Dhea terpaksa menolak kerana dia tidak selesa jika ada orang lain di rumahnya.

"Takpe Dhea. Saya faham. Jangan risau okay."

Nia sudah bangun dan mengambil beg pakaiannya. Zahra pula tidak senang duduk bila Nia sudah mahu keluar dari rumah itu. Dia memandang ke arah Dhea namun Dhea tidak endahkan dia.

"Dhea.. kau sanggup ke biar dia macam tu? Dia mengandung tahu tak?"

"Habis tu? Kenapa kau tak bawak je semua ibu mengandung yang takde tempat tinggal tu datang rumah aku?" Sindir Dhea pula. Dia ingat ni rumah kebajikan?

"Kau ni Dhea.. memang takde hati perut laa."
Zahra bangun dan mengikut langkah Nia. Dia kesal kerana Dhea tidak mahu menolong.

Dhea menarik tangan Zahra dengan wajah tidak puas hati. Macam tu je dia sound aku? Aku ni kawan kau tau.

"What? Takde hati perut? Kau ada tanya aku dulu ke apa-apa sebelum bawak Nia ke sini? Tak kan?"

"Ish susahlah cakap dengan kau ni." Dengus Zahra.

"Okay fine. Sebab aku tak nak Nia tinggal rumah aku, kau cakap macam ni dengan aku? Nice Siti Zahra." Dhea mengangguk-ngangguk kepalanya seperti tidak percaya.

Tiba-tiba Zahra rasa bersalah. Dia sudah terlajak kata. Tapi tadi dia betul-betul kecewa dengan Dhea sebab itu dia boleh terlepas cakap.

"Dhea.. ak-" Zahra cuba memegang lengan Dhea namun gadis itu menjauh.

Tiba-tiba mereka terdengar bunyi sesuatu dari luar.

"Allah Nia..!" Zahra menekup mulutnya bila terpandang Nia yang sudah jatuh terjelapuk di luar rumah Dhea.

Dhea terus mendapatkan Nia dan cuba menepuk-nepuk pipi Nia. Mulut Nia bergerak-gerak menandakan dia masih sedar.

"Tolong aku angkat Nia masuk dalam." Arah Dhea pada Zahra. Zahra mengangguk tanda faham.

Dhea dan Zahra merebahkan Nia di sofa yang berada di ruang tamu. Zahra terus ke dapur untuk mengambil segelas air manakala Dhea menelefon seseorang untuk datang ke rumahnya.

Setelah itu, Zahra menyapu air kosong itu ke muka Nia. Mata Nia terbuka seketika sebelum tutup kembali.

🌞🌞🌞

BUKAN KALI INI [C] ✅Where stories live. Discover now