FINALE

7K 325 42
                                    





"SEDAP kuih tu?" Tegur Lily pada Emir yang sedang enak menikmati kuih-muih. Dalam ramai-ramai pekerja Tengku Elhan, cuma Emir sahaja yang datang untuk majlis akad nikah.

"Uhuk..uhukk." Emir tiba-tiba tersedak bila Lily menegurnya. Tangannya pantas menepuk-nepuk dada untuk melegakan tekaknya.

"Eh sorry! Sorry!" Lily dengan pantas menuang air botol ke dalam gelas dan hulurkan kepada Emir.

"Te-terima kasih." Ucap Emir setelah tekaknya sedikit lega dengan muka yang merah padam.

"Sorry saya tak berniat pun." Mendung wajah Lily kerana rasa bersalah. Tak sangka Emir boleh tersedak pula.

"Tak apa Cik Lily." Emir menggelengkan kepalanya bila wajah Lily sudah berubah.

"Kan saya dah cakap jangan panggil saya Cik Lily." Tegur Lily lagi. Lelaki ini seolah-olah mahu meletak jurang antara mereka.

"Maaf. Saya kena hormat Cik Lily."

Lily mendengus sebelum dia meninggalkan Emir. Dia tak suka bila Emir memanggilnya dengan panggilan cik.

Emir cuma senyum tipis bila Lily sudah menjauh. Dia tahu Lily marah tetapi dia tak boleh buat apa-apa. Mereka cuma kenalan sahaja. Tidak lebih. Cik Lily nampak manis sangat bila pakai tudung. Detik Emir.



🥀🥀🥀


"DHEA nak naik dulu tak? Belum solat Isyak kan?" Tegur Puan Sri Huda setelah tetamu sudah beransur pulang.

"Nak naik juga umi. Tapi tulah ada orang lagi." Dhea memandang tetamu-tetamu yang masih ada. Saudara mara mereka tak ramai, yang ada pun sudah pulang.

"Tak apalah. Yang tinggal ni cuma kawan-kawan baba. Dhea naiklah. Ajaklah Han sekali."

"Err kena ajak Han ke umi?" Soal Dhea pula. Walaupun Tengku Elhan sudah bergelar suaminya namun dia masih merasa janggal.

"Lah dah jadi suami Dhea kan?"

"Yalah Dhea. Han dah jadi suami kamu. Nak malu apanya lagi? Dah berkepit tadi malu lagi ke?" Celah Tengku Aishah pula. Tak puas mengusik menantu dia.

"Bonda.." Dhea menepuk lembut bahu Tengku Aishah. Malu apabila umi dan bondanya tak habis-habis mengusik.

Sempat dia mengerling ke arah suaminya yang berborak dengan tetamu yang masih ada.

Sejak tadi Tengku Elhan langsung tidak mahu berenggang. Nasib baik Tengku Aishah memahami keadaan Dhea yang sudah penat ke sana sini, jadi dia menegur anak lelakinya itu.

Dalam pada dia memandang suaminya, tiba-tiba suaminya berpaling dan senyum ke arahnya.

"Alamak." Dhea terus menoleh ke arah lain. Malu bila terkantoi usha suami sendiri. Tulah siapa suruh handsome sangat? Eh?


🥀🥀🥀


DHEA sedang membuka tudungnya ketika terdengar ketukan di pintu biliknya. Terus dia menyarung kembali tudung sebelum membuka pintu.

"Assalamualaikum sayang." Terpancul wajah kacak Tengku Elhan di muka pintu.

"Waalaikumussalam."

"Kenapa naik tak ajak Han?" Soal Tengku Elhan. Selesai berbual dengan tetamu, dia hairan bila isterinya sudah tiada di bawah. Nasib umi memberitahunya yang Dhea sudah naik. Kalau tak menggelabah juga Tengku Elhan.

"Dhea ingat Han nak layan tetamu dulu."

"Dah tu tak nak ajak suami masuk ke ni?" Han jungkit kening bila Dhea berdiri tegak di tengah-tengah pintu.

BUKAN KALI INI [C] ✅Where stories live. Discover now