PART 4

4.2K 176 2
                                    



TENGKU Elhan melihat gadis yang leka mengecat itu. Gadis itu langsung tidak perasan kehadirannya.

"Tengku.. dah jatuh cinta dekat cik telur ke?" Soal Emir yang juga turut melihat gadis itu.

"Tch. Nama dia Dhea. Suka-suka je kau panggil dia telur."

"Saya tak tahu nama dia Dhea, Tengku. Okay saya tak panggil dah telur. Saya panggil Cik Dhea." Baru Emir tahu nama cik telur sebenar. Dhea, cantik namanya.

"Tapi Tengku dah tangkap cintan ke kat Cik Dhea tu?"

"Kau memang suka menyibuk kan?"

Emir hanya mencebik bibir. Kalau dah suka tu mengaku jelah. Ni tengok dari jauh, tak jantanlah macam tu. Eh terkutuk bos sendiri.

🌞🌞🌞

Dhea tekun mengecat dinding ruang belajar di rumah anak yatim itu. Dia pun tak percaya bila Kak Yah telefon dan bagitahu Tengku Aishah sudah menghantar semua barang-barang yang diperlukan untuk ubah suai ruangan itu. Cepat betul!

Kalau ikutkan Tengku Aishah mahu upah orang untuk mengecat namun Dhea sudah berpesan pada Kak Yah dia mahu buat sendiri. Dia mahu lukis sesuatu di dinding itu.

"Dhea.. rehatlah dulu. Dah sejam dah Dhea mengecat.."

"Takpe Kak Yah. Dhea okay je. Lagipun kejap lagi budak-budak balik. Mesti diorang sibuk nak buat jugak."

"Ni minum dulu.." Kak Yah hulurkan segelas air sejuk kepada Dhea.

🌞🌞🌞

DHEA melangkah ke arah kereta Myvi hitam miliknya. Kerja mengecat akan disambung lusa. Cukuplah hari ini, esok dia ada kelas dari pagi sampai petang.

Berkerut kening Dhea bila melihat tayar keretanya kempis. Dhea duduk mencangkung untuk melihat dengan lebih dekat kalau ada terpijak paku.

"Ishh pagi tadi okay je.. kenapa boleh jadi macam ni pulak?" Gumam Dhea perlahan. Dia masukkan barang-barang ke dalam kereta sebelum ke bonet belakang untuk keluarkan tayar spare.

Dengan segala kudrat yang ada dia keluarkan tayar spare itu. Selepas itu tangannya mencapai bekas yang berisi tools untuk menukar tayar spare. Dia agak penat sebenarnya sebab baru lepas mengecat.

Nasib baiklah dia pernah belajar cara-cara menukar tayar. Tak perlu susahkan orang dah.

Selesai menukar tayar, Dhea melangkah ke arah paip yang tidak jauh darinya lalu dia membasuh tangannya yang kotor.

Tanpa Dhea sedar, segala tingkahlakunya diperhatikan oleh seseorang. Tengku Elhan.

Siapa yang kempiskan tayar Dhea? Emir. Tengku Elhan memaksa Emir walaupun Emir tidak bersetuju. Kenapa dia buat? SENGAJA.

Dhea memandu keluar dari situ dan menuju ke arah kedai tayar yang berhampiran.

Tiba di kedai tayar Dhea pelik bila pekerja itu bagitahu tayarnya cuma kurang angin dan tidak terpijak apa-apa yang tajam. Takkan angin keluar sendiri? Namun Dhea cuma menganggap nasibnya tidak begitu baik hari ini.

🌞🌞🌞

TENGKU Elhan melangkah masuk ke dalam bangunannya. EL Force, sebuah syarikat security miliknya yang sudah bertapak dua tahun di Malaysia dengan hasil usaha dan juga bantuan ahli keluarganya.

Syarikat Tengku Elhan yang membekalkan perkhidmatan security untuk premis dan juga personal. Perkhidmatan security seperti pengawal keselamatan bersenjata api, personal bodyguard, cybersecurity, private investigator, pasukan peronda dan juga lain-lain.

BUKAN KALI INI [C] ✅Where stories live. Discover now