EMIR x LILY - PART 2

3K 208 32
                                    




"HAI Cik Lily."

Lily yang sedang membungkus pastri untuk pelanggannya mengangkat wajah untuk melihat empunya suara.

"Hai Zain. Kejap tau." Lily mengisyaratkan yang dia sedang ada kerja.

Zain cuma senyum lalu mengangguk. Dia juga melihat jenis-jenis pastri di dalam display di hadapannya.

"Hai Zain. Sorry, awak nak order ke?" Soal Lily setelah dia selesai dengan kerjanya.

"Bagi peach strudel ni lima, lemon tart lima, ice latte lima." Laju saja Zain membuat pesanan. Maklumlah pakai kad kredit syarikat.

"Wah banyak. Beli untuk siapa ni?" Saja Lily berbasa basi sambil tangannya lincah mengambil pastri dari dalam display itu. Sempat dia menyuruh baristanya menyediakan minuman yang dipesan Zain.

"Beli untuk member. Untuk Emir sekali." Zain sengaja menekankan nama Emir dan melihat reaksi Lily.

"Oh. Mana dia? Tak datang sekali?" Kening Lily terjungkit bila mendengar nama Emir. Sejak kejadian malam itu, mereka tidak berjumpa lagi.

"Ada dekat office. Hari ni klien penting tau Cik Lily. Klien VVIP ni perempuan muda. Tengku Elhan tak ada, jadi Tengku Elman dengan Emirlah yang attend. Tu beli banyak ni."

Lily terdiam seketika dengan maklumat berlebihan dari Zain itu.

TMI. Too much information.

Klien muda? Perempuan? Cantik ke? Fikir Lily.

Melihat Lily mendiamkan diri, Zain bertanya lagi. "Budak hari tu ada kacau Cik Lily lagi ke?"

Soalan dari Zain itu menyedarkan Lily terus dia menggeleng kepalanya. "Tak ada dah. Lepas pada tu pun memang saya tak balik lewat dah."

"Tulah Cik Lily. Lepas ni hati-hati. Malam tu pun Emir yang mahu datang sini lepas nampak location Cik Lily masih dekat kafe. Dah lewat pula tu." Cerita Zain lagi. Walaupun Zain lelaki tetapi mulutnya memang tak boleh nak kawal.

"Location?" Terhenti perbuatan Lily lalu dia memandang Zain.

"Cik Lily tak tahu ke? Emir ada location Cik Lily.. malam tu dia risaukan Cik Lily. Tu kami datang kafe.. takkan Cik Lily tak hairan kami datang dah lewat?"

Lily betul-betul tidak terfikirkan perkara ini kerana dia melayan rasa terkilannya pada Emir. Emir ada location aku dan... Emir risaukan aku?

"Cakap dekat Emir saya nak jumpa dia. Ada hal penting. Boleh?" Pinta Lily pula.

"Hal apa tu?"

"Secret." Lily berbisik pada Zain sebelum dia ketawa kecil.

"Ni coffee.. pastri yang ini, bagi pada Emir ya. Special untuk dia."


🥀🥀🥀


"NAH.."

"Apa ni?" Emir menyambut huluran dari Zain itu.

"Cik Lily bagi khas untuk kau. Untunglah kau.. nanti hari-hari boleh makan pastri dari kafe famous tu."

"Khas untuk aku? Untuk apa?" Emir melihat ke dalam plastik itu. Terdapat dua jenis tart.

Zain sekadar mengangkat bahunya. Dia sibuk keluarkan makanan lain dari dalam beg kertas itu.

"Sebelum aku terlupa.. Cik Lily nak jumpa kau. Dia cakap ada hal penting. Sebelum kau tanya hal apa.. aku dah tanya dan dia cakap rahsia."

BUKAN KALI INI [C] ✅Where stories live. Discover now