EMIR x LILY - END

2.9K 249 25
                                    



LILY hairan melihat Emir yang kurang bercakap sejak lelaki itu pulang. Sudahlah Emir pulang agak lewat hari ini.

"Abang.. jom makan. Lily dah panaskan lauk."

Emir memandang wajah isterinya. Makin berat rasa bersalah dalam diri. Lily masih belum mengetahui apa yang terjadi. Agak-agak apa yang Lily fikir tentang diri dan keluarganya?

"Sekejap.. abang mandi kejap." Jawab Emir lalu dia bangun menuju ke bilik air.

Lily menggigit bibir melihat wajah kusut suaminya. Biasanya jika lelaki itu pulang, Lily lah orang yang pertama dia cari. Tetapi hari ini lelaki itu terus masuk ke bilik.





"MAKIN ramai yang cari ED Group. Mereka tetap cari kita walaupun itu kes yang sudah bertahun-tahun sebab mereka tak tahu mana nak tuju. Company Datuk Ridzuan pula kosong." Ujar Carl dengan tenang.

ED Group sudah membuat laporan polis dan menyerahkan perkara ini kepada legal team ED Group. Cuma tunggu masa sahaja. Lelaki itu pula licik, nama syarikat dan alamatnya selalu bertukar ganti.

"Aku cari orang tua tu dulu. Aku nak berdepan dengan dia." Kata Emir pada Carl.

"Emir. Tak payah ikut perasaan. Kita serahkan je pada yang berkuasa." Celah Tan Sri Edric pula. Dia tak mahu menantunya terlibat dengan perkara-perkara tak elok.

"Tapi baba-"

"Baba tahu Emir marahkan papa Emir. Tapi baba tak nak keruhkan keadaan."

Tengku Elhan memandang Tan Sri Edric. Dia tahu cara lelaki itu. Tan Sri Edric seorang yang sangat mengikut undang-undang dan dia tak akan kotorkan tangan dengan benda-benda remeh seperti ini.

Sama seperti kes Fikri dahulu. Jika dia tak masuk campur, mungkin Fikri cuma akan dimasukkan ke penjara dan itu tidak cukup untuk Tengku Elhan. Selepas dia puas menyeksa lelaki itu, barulah Fikri dihantar pada muka pengadilan.

"Han rasa.. kita patut bagi Emir jumpa dengan Datuk Ridzuan dulu. Biar dia settle kan apa yang patut barulah kita serah pada pihak berkuasa."

Carl mengangguk tanda setuju. Dia juga faham situasi Emir ketika ini.

"Ikut kamu bertigalah. Tapi ingat, baba tak mahu benda-benda yang tak elok kamu lakukan. Buatlah apa yang kamu nak buat, tapi lakukan dengan bermaruah." Tan Sri Edric terus keluar dari bilik bacaannya.





LILY melihat babanya sudah keluar dari bilik bacaan itu. Mereka ke sini atas arahan Tan Sri Edric dan Lily hairan apabila semua kaum lelaki dalam keluarga itu berkumpul di bilik itu.

"Kak Dhea.. umi.. mereka bincang pasal apa?" Lily cuba mengorek cerita dengan Dhea dan Puan Sri Huda. Mungkin mereka tahu.

"Umi pun tak tahu Lily.. adalah tu hal syarikat kot. Sebab tu bincang dalam bilik bacaan." Balas Puan Sri Huda.

Lily mengeluh. Dia memandang Dhea yang sedang mendodoi anaknya itu.

"Kak Dhea.." Panggil Lily meleret.

"Jangan tanya Kak Dhea. Abang Han pun tak bagitahu apa-apa." Dhea sudah tersengih memandang Lily. Dia sendiri tak tahu apa-apa dan dia juga curious. Nantilah dia tanya.

Lily berdecit mendengar jawapan Dhea itu. Tak boleh harap betullah. Apalah yang mereka bincang tu?







KEESOKAN harinya sewaktu baru membuka kafe, Lily diberitahu ada seseorang mencarinya di luar.

"Eh uncle? Kenapa cari Lily?" Lilly terkejut melihat Datuk Ridzuan di hadapannya dan lelaki itu memakai jaket hitam serta topi hitam.

Datuk Ridzuan terus mendongak memandang Lily di hadapannya. "Lily.. uncle nak minta tolong Lily boleh?"

BUKAN KALI INI [C] ✅Where stories live. Discover now