EMIR x LILY - PART 5

3K 233 31
                                    




"MA.. apa ni ma.. tanya soalan macam tu pada tetamu." Emir menggeleng kepala perlahan. Tak boleh tinggal sekejap ada saja soalan cepumas dari Puan Maryam.

Emir meletakkan dulang yang berisi air Sunquick oren ke atas meja.

"Mama saja je. Nak berborak.. eh minumlah. Tak tahulah Emir tu buat air sedap ke tidak. Ha Lily kerja kafe kan? Tak tahulah kena dengan tekak Lily ke tak."

Emir menepuk lembut paha mamanya tanda berhenti mengusiknya. Emir memandang Naufal yang hulurkan secawan air pada Lily itu. Dia mengepal tangannya.

"Mak cik duduk lama ke kat sini?" Dhea bersuara untuk menukar topik.

"Tak adalah. Mak cik tak boleh tinggal rumah tu lama-lama." Puan Maryam senyum tipis. Dia bimbang juga kalau suaminya pulang dan dia tiada si rumah. Walaupun sudah bertahun-tahun suaminya itu tidak pulang.

Dhea mengangguk. Dia tahu sikit sebanyak kisah Emir dari Tengku Elhan.

Sedang Dhea berborak dengan Puan Maryam, Emir melihat Naufal berbisik pada Lily sebelum Naufal bangun meminta diri untuk keluar. Sekali lagi hati Emir sakit bila melihat senyuman Lily untuk Naufal itu.

Puan Maryam menoleh ke arah Lily. "Lily ni memang pendiam ke?"

"Err.." Lily baru mahu bersuara namun Emir terlebih dahulu memotongnya.

"Lily ni banyak cakap sebenarnya ma. Tak tahulah kenapa sejak dua menjak ni dia jadi pendiam.." Emir senyum sinis pada Lily yang kelihatan terkejut itu.

Lily menjeling tajam pada Emir. Pandai-pandai je mamat ni.

"Betul cakap Emir tu. Lily ni banyak cakap sebenarnya mak cik. Mungkin baru nak kenal-kenal." Tambah Dhea pula.

"Kak Dhea.." gumam Lily perlahan dalam nada geram. Kenapa dengan semua orang ni?

"Oh ye ke.. tadi Lily tak jawab pun mak cik tanya."

"Tanya apa mak cik?" Lily pula bertanya pula. Ada ke soalan yang dia tak jawab tadi?

"Lily tak berkenan ke dengan Emir ni?" Sekali lagi Puan Maryam bertanya. Dia boleh nampak pandangan Emir pada Lily tempoh hari.

Kali ini semua mata memandang Lily termasuk Emir. Lily yang merasa tidak selesa itu menggaru pipinya. Perlahan-lahan Lily mengepal tangannya dan menarik nafas dalam.

"Maaf mak cik.. sebenarnya Emir yang tolak Lily. Dah orang tak nak, jadi Lily buka hati dekat orang lainlah."

Semua terkedu dengan jawapan Lily. Puan Maryam terus menepuk lengan kasar anaknya.

Pakk!

"Aduh ma.. sss.." Emir berdesis seraya menggosok tempat yang dipukul Puan Maryam.

"Kenapa kamu buat macam tu dekat Lily? Ha? Cuba bagitahu mama?" Puan Maryam mencerlung ke arah anak lelakinya. Kecil besar sahaja dia melihat Emir ketika ini.

"Mama kalau ye pun jangan dekat sini.." Bisik Emir. Sudahlah Dhea juga ada di sini. Nasib baik Naufal tu ada dekat luar.

Dhea pula menggosok perutnya kerana terkejut. Kus semangat. Dia tak tahu hal ini. Patutlah Lily beria tak mahu berjumpa dengan Emir. Rosak rancangannya.

"Tak apalah mak cik. Lily okey je. Lagipun dekat luar tu ada menunggu Lily." Tambah Lily lagi sambil melihat pada Emir. Dia mahu menunjukkan yang dia betul-betul sudah boleh move on.

Emir yang mendengar mula mengepal tangannya. Maknanya Lily dan Naufal?

"Mak cik minta maaflah Lily kalau Emir buat kamu berasa hati ya." Puan Maryam sudah rasa serba salah. Sudahlah dia yang bertanya pada Lily tadi, rupa-rupanya anak sendiri yang buat hal. Memang nak kena si Emir ni.

BUKAN KALI INI [C] ✅Where stories live. Discover now