PART 11

6K 373 108
                                    




HARI ini Dhea tiada kelas. Dia membakar brownies cookies dan ingin hantar pada rumah kebajikan anak yatim. Alang-alang dia sengaja bakar lebih, mahu bagi pada Tengku Elena. Budak tu setiap hari mesej dia menggunakan nombor Tengku Aishah untuk suruh dia buat cookies.

"Akak bagi pada abang Han laa. El dengan bonda keluar. Abang Han ada kat office hari ni." Ujar Tengku Elena di sebalik telefon.

"Tapi-"

"Jangan risau. Nanti baby bagitahu pada abang Han. Akak jangan risau eh." Laju Tengku Elena memotong percakapan Dhea.

Nampaknya ketiga-tiga Tengku ini memang jenis suka potong percakapan orang. Sabarlah Dhea.

"Okay El." Dhea matikan talian. Dia pernah ke pejabat Tengku Elhan. Jadi dia tak kisah. Lagipun boleh jumpa dengan kekasih hati.

Dhea bungkus cantik-cantik cookies untuk Tengku Elhan. Dia tahu Tengku Elhan juga suka cookies buatan dia. Siap ada nota special!

🥀🥀🥀🥀🥀

TENGKU Elhan melihat gadis yang masuk ke pejabatnya. Terkejut juga dia bila Emir mengatakan ada seorang gadis mahu berjumpa dengannya. Biasanya dia memang tak layan orang datang tanpa temu janji tapi bila mendengar nama ini. Dia benarkan.

"Kau buat apa kat sini?" Soal Tengku Elhan dingin. Dia memandang tajam pada gadis di hadapannya ini. Orang yang amat dibencinya.

"Kenapa Han buat macam tu?"

"Call me Tengku. Kau tak layak nak panggil aku macam tu."

Gadis itu tersentak. Sampai macam tu sekali Han benci aku? Tapi dia tetap tenang. Dia mahu buat perhitungan dengan Tengku Elhan.

"Kenapa Tengku buat macam tu?"

"Buat apa?" Soal Tengku Elhan mendatar.

"Tengku sengaja rapat dengan Dhea? Nak sakitkan hati saya?"

"Nak sakitkan hati kau? Yakinnya kau." Tengku Elhan senyum sinis.

"Jangan menipu Tengku. Saya kenal siapa Tengku. Saya kenal perangai Tengku. Saya tahu Tengku masih berdendam dengan saya."

Tengku Elhan bangun dari kerusinya lalu dia merapati gadis itu. Dia melihat gadis itu atas bawah dengan perasaan jijik.

Gadis itu mengetap bibir bila Tengku Elhan memandangnya. Dia faham pandangan itu.

"Ye. Memang aku berdendam dengan kau. Memang aku sengaja rapat dengan Dhea sebab aku nak sakitkan hati kau. Aku tahu kau kena buang keluarga kan? Takde orang nak tolong kau? Tch..tch..tch.. kesian kau kan?" Tengku Elhan ketawa.

Gadis itu tersentak. Tengku Elhan tahu?

"Kau tahu macam mana diorang tahu? Aku. Aku yang bagitahu family kau." Tengku Elhan ketawa kecil seraya gelengkan kepala.

"A-apa?" Gadis itu menutup mulut tidak percaya.

"Tapi kau pandai jugak kan? Kau boleh lari siap tukar nombor baru.. tapi aku tetap cari kau.. kau nak tahu kenapa?"

Gadis itu menggelengkan kepalanya. Memang dia putuskan hubungan dengan semua orang selepas dihalau oleh ahli keluarganya.

"Aku nak hidup kau sengsara! Aku takkan biarkan orang menipu aku hidup senang-lenang. Aku akan buat semua orang bencikan kau. Tapi sayang.. Dhea tolong kau. Jadi terpaksalah dia masuk dalam plan aku." Tengku Elhan senyum sinis.

Gadis itu memandang Tengku Elhan dengan rasa tidak percaya. Tengku Elhan seakan-akan lelaki psiko sekarang ini.

"Sikit pun Tengku takde perasaan pada dia?"

BUKAN KALI INI [C] ✅Where stories live. Discover now