PART 3

4.4K 186 2
                                    

OKAY, ada apa-apa lagi sebelum saya end class?" Soal lecturer muda itu.

"Takde.." serentak para pelajar menjawab. Biasalah kalau time dah nak habis class, siapa yang tanya soalan mesti dapat jelingan padu dari kawan-kawan kan?

"Okay, jumpa next class. Thank you guys."

Dhea menyimpan segala buku-buku nota kepunyaannya. Puas hati bila nampak buku notanya penuh. Kalau pelajar lain suka memakai tab atau iPad untuk nota, Dhea masih suka menulis atas buku atau kertas. Berwarna-warni nota Dhea penuh dengan highlight.

"Dhea.. jom pergi mall hari ni nak?" Ajak Zahra.
Baru pukul 2.30 petang. Awal lagi kalau nak balik rumah.

"Tak naklah Zahra.. aku nak balik.. tidur, semalam aku tidur lewat.." Dhea tidur pukul dua pagi kerana membuat assignment.

"Aku ingat nak beli baju untuk Nia.. aku tengok baju dia ada beberapa helai je yang duk ulang pakai.. mak ayah dia kejam betul.. halau dia macam tu je. Baju tu pun dia ambik dari ampaian masa dia keluar.. kesian kan?"

Dhea menarik nafas dalam. Readers tengoklah perangai Zahra ni. Kalau bab memujuk, serah kat dia.

"Tak baik Zahra kau cakap mak ayah dia kejam. Mak ayah dia mesti terluka, anak yang dia tatang.. dia sayang, dah hancurkan kepercayaan diorang. Mungkin Nia tersilap langkah tapi aku tak suka kau cakap mak ayah dia macam tu.." ujar Dhea perlahan. Kalau topik family, dia agak emosi.

"Yelah.." cebik Zahra bila sudah ditarbiah oleh kawannya. Dia tak bermaksud pun sebenarnya.
Cuma dia kesiankan Nia.

Dhea bangun seraya menggalas begnya. Kemudian dia berpaling pada Zahra,

"Nak pergi mall tak ni?"

"Eee nak! Nak! Kau memang the best laa Dhea!" Suara Zahra sudah teruja. Kan dah cakap Dhea ni lembut hati.

Dengan pantas Zahra mengemas barang-barangnya. Yeay nak pergi mall.

"Kejap je. Jangan nak heret aku lama-lama. Kalau tak, kau balik naik Grab.."

"Okay janji!" Zahra mengangkat tangannya berjanji. Kejap pun kejaplah Dhea, dari pergi sorang-sorang. Tak mahu.

🌞🌞🌞

"KAU rasa yang ni okay tak?"

"Beli je laa mana-mana Zahra." Keluh Dhea. Sudah tiga kedai mereka masuk, tetapi satu pun tidak dibelinya. Tu baru cari baju biasa tau bukan baju pengantin. Kalau baju pengantin gamaknya sehari pun tak cukup.

"Eh Nia balik pukul berapa hari ni?" Soal Zahra. Tangannya masih memilih baju yang sesuai.

Nia sudah dapat kerja part time di sebuah cafe. Rezeki dia bila owner mahu terima perempuan mengandung bekerja.

"Pukul 6 kot. Sebab hari ni dia syif siang."

"Mesti dia penat kan? Dengan kelas lagi, dengan kerja lagi, mengandung lagi." Ujar Zahra. Dia yang pergi kelas je pun rasa penat apatah lagi Nia.

Dhea cuma mengangguk. Dia tiada komen untuk itu. Baginya semua manusia akan diuji dan ujian masing-masing berlainan. Cara penerimaan kita sahaja akan menentukan sama ada kita boleh melepasi ujian itu atau tidak.

"Aku ambik yang ni lah dua helai." Zahra menunjukkan baju yang dipilih lalu dia ke kaunter pembayaran. Setelah selesai membayar Zahra mencuit bahu Dhea.

"Kau tak nak ke baju baru? Aku belanja."

"Takpe laa Zahra. Simpan je duit kau.. aku ada lagi duit.."

BUKAN KALI INI [C] ✅Where stories live. Discover now