Ramadhan and Raya Special ✨ END ✨

2.2K 178 29
                                    



"HONEY.. malam ni bie balik lewat tau." Bagitahu Tengku Elhan sambil dia bersiap-siap untuk terawih di masjid.

"Balik lewat lagi? Semalam dah balik lewat." Dhea berpeluk tubuh tanda tidak puas hati. Tak tahulah apa yang dilakukan suaminya itu.

Sudah dua malam dia tidur di rumah Tengku Aishah kerana suaminya ada kerja. Dia tak kisah tidur di rumah mentuanya, tapi bila ditanya kerja apa Tengku Elhan seolah-olah tidak mahu berterus terang.

"Bie ada kerja sikit lepas terawih."

Dhea mendiamkan dirinya. Dia melihat Tengku Elhan yang sudah bersiap memakai kurta dan kain pelikat itu. Bukan itu saja, Tengku Elhan juga membawa sebuah beg kecil yang berisi pakaian.

"Honey.." panggil Tengku Elhan apabila isterinya cuma mendiamkan diri.

"Kerja apa?"

Tengku Elhan telan air liur. "Err.. kerja office. Ada benda nak kena settle dengan Emir."

Dhea masih lagi menatap Tengku Elhan dengan pandangan yang tidak percaya.

"Honey jangan nak fikir yang bukan-bukan." Tengku Elhan terus menarik pinggang isterinya rapat ke tubuh.

"Memanglah fikir yang bukan-bukan. Dah dua malam bie balik lewat. Entah apa yang bie buat dekat luar." Dengus Dhea pula.

"Bie buat kerja je sayang.." Tengku Elhan mengucup dahi isterinya. Mana mungkin dia bagitahu apa yang dia buat di luar.

Dhea diam tidak berkutik.

"Nanti honey tidur dulu. Tak perlu tunggu bie ya." Tengku Elhan mengusap pipi isterinya sebelum dia keluar dari bilik.

Habis batal wudhuk semata-mata mahu menenangkan Dhea. Baik dia keluar cepat sebelum lagi banyak benda yang Dhea tanya.





DHEA cuma memandang kosong pada anaknya yang bermain dengan Tengku Elena. Kepalanya ligat memikirkan tentang keberadaan Tengku Elhan sekarang.

"Kenapa Kak Dhea monyok aje ni?" Soal Tengku Elena. Tengku Aishah dengan Tengku Fahri juga sudah keluar ke masjid untuk terawih. Tinggal Dhea dan Tengku Elena saja di rumah.

Dhea senyum tipis sebelum menjawab. "Tak ada papelah."

"Mana boleh tak ada apa-apa. Ceritalah. Mana tahu El boleh tolong.."

"Hmm. El tahu Abang Han dah dua malam balik lewat?"

Tengku Elena menggeleng. Dia tak perasan pula. "El tidur awal. Tak perasan pula Abang Han balik lewat."

"Malam ni pun Abang Han balik lewat. Bila tanya, dia cakap ada kerja dengan Emir. Kerja apa malam-malam macam ni?" Luah Dhea berserta keluhan kecil.

Tengku Elena diam sebentar sebelum bersuara. "Kak Dhea dah tanya Emir?"

Dhea pula menggeleng. Dia tak mahu menjadi isteri yang mengongkong pergerakan suaminya. "Tak naklah sampai macam tu El."

"Kalau macam tu, Kak Dhea tanya Kak Lily. Kot Kak Lily tahu." Sekali lagi Tengku Elena memberi idea.

"Ha'ahlah. Kenapa Kak Dhea tak terfikir ya?" Dengan pantas Dhea mendail nombor adiknya.







TEPAT pukul 12 tengah malam Dhea, Lily, Tengku Elena dan Tengku Affan Faiq tiba di training centre. Kerana tidak mahu menyusahkan Tengku Aishah, Dhea terpaksa mengheret Tengku Elena dan Faiq ke sini.

Bila Dhea menelefon Lily tadi, terus Lily mencari location suaminya dan ternyata mereka berada di sini.

Lily juga tidak tahu kerja apa yang suaminya buat sehingga pulang lewat malam.

BUKAN KALI INI [C] ✅Where stories live. Discover now