Bab 1: Syah

3.4K 196 8
                                    

Pada masa kini,

KILAT berdentum hebat diruang angkasa.

Gedebum!! Gedebang!!

Bagaikan ada pertelingkahan diantara guruh dan kilat di langit yang berawan hitam itu.Kadang-kadang,ia agak menganggu tumpuan Syah yang sedang sibuk meneliti buku rujukan herba.

Buku berselerakkan di merata tempat.Apa yang dicari masih tidak dijumpai olehnya.Raungan kesakitan di situ mengusarkan hatinya.

"Tuan! Ada pesakit lagi.Tolong dia tuan.Dia dah tenat sangat ni." Ujar pembantunya,Zamry.Ada seorang pesakit yang digendong dibelakangnya.

"Letakkan dia di situ.Asingkan.Jangan diletak dekat-dekat dengan orang lain.Nanti lebih berjangkit." Arah Syah,si Alchemist yang profesional itu.

Zamry meletakkan pesakit itu diatas katil yang sudah usang,jauh dari pesakit lain.

Pesakit itu begitu terseksa dengan kulit yang mengelupas di sana sini.Nafasnya semput.Sekali sekala dia meraung bagai ada orang mencurah air panas diatasnya.

Syah menuju kearah pesakit yang sedang meronta-ronta itu.Zamry pula sudah tidak kerauan.Sekali sekala dia memerhati keadaan sekeliling. Lebih kurang 150 pesakit ditempatkan disitu.

Ada yang meraung kesakitan,ada yang mengelupur seperti ikan yang baru sahaja ditangkap.Raungan-raungan disitu agak mengilukan hati Zamry.

"Pegang dia.Saya nak periksa keadaan dia ni."Arah Syah lagi.Dia membuka sarung tangannya lalu mencengkam kepala pesakit itu dengan sebelah tangan.

Zamry akur.Kedua-dua belah tangan pesakit yang sedang meronta itu,digenggam erat.Sekali pandang,keadaan pesakit itu kelihatan seperti zombie sahaja.Memang mengerikan bila sebahagian anggota badannya tiada isi langsung. Tulang-temulangnya jelas kelihatan.

Cahaya biru keluar dari tapak tangan Syah.Itu adalah kuasa pemulihan.Dia cuba menggunakan kuasa healnya untuk mengurangkan kesakitan pesakit tersebut.

Zingggg!!

Tiba-tiba ada pancaran merah keluar dari dahi pesakit tersebut.Tangan Syah terasa panas! Dia terdorong ke belakang.

Syah melihat tapak tangannya yang sudah berlubang akibat pancaran cahaya tadi.Sekejap sahaja,kulitnya mulai bercantum semula.Ternyata sinaran tadi tidak berkesan sangat keatasnya.

"Warghh! Pergi matilah Alchemist tak guna! Jahanam! Jangan berani kau usik kerja aku lagi!" Jerit pesakit itu secara tiba-tiba.Dia terus sahaja terapung di udara.

Cahaya merah jelas terpancar dari mata dan mulut pesakit tersebut.Kertas-kertas berterbangan di merata tempat akibat ditiup angin kencang.Kilat diluar sudah bertukar menjadi warna merah api dan berpancar-pancar tanpa henti.

Syah tahu,ini semua angkara seorang Necromancer.Ini kerana hanya seorang Necromancer sahaja yang mampu merasuk manusia dari jauh.Keistimewaan Necromancer ialah mampu untuk mengawal cuaca,benda-benda hidup dan membinasakan sesuatu.Langsung tidak membawa faedah.

"Kau nak apa sebenarnya hah? Kenapa kau anaiya semua penduduk di sini? Tarik balik semua musibah yang telah kau lakukan! Apa yang kau mahu?! Beritahu aku!" Jerit Syah,nyaring.Kemarahannya membuak-buak.

Ubat-ubatan dan racun yang berada disekeliling,terapung-apung akibat kemarahan Syah.Aura biru dan hijau keluar dari tubuhnya.

Zamry pulak sudah kecut perut.Dia menjauhi pesakit itu lalu menyorok dibelakang Syah.

"Ha!! Ha!! Ha!! Aku tak akan tarik balik semua penyakit maut ini sehingga raja kau serahkan Empayar Kota Bayangan kepada aku! Aku!" Jawab pesakit yang sedang dikawal tubuhnya dari jauh itu.

Bunyi dentuman kilat menambahkan lagi ketegangan yang sedia ada.

"Jangan harap! Raja tidak akan berikan empayar ini kepada kau sebab kau tu raksasa! Kau tak layak miliki empayar ni! Jangan mimpilah wahai Necromancer yang pengecut! Datang pun dengan cara merasuk pesakit aku!" Sindir Syah dengan penuh berani.

"Tak guna! Berani kau hina aku?!"

Oleh kerana terlalu marah,Necromancer yang sedang merasuk tubuh pesakit itu terus sahaja mengawal halilintar agar menyambar Syah.

Halilintar itu meluru masuk melalui tingkap dalam kelajuan maksima!

PRANGG!!

Tingkap tersebut pecah berderai dan menuju kearah Syah.

Syah yang tidak sempat berbuat apa-apa,terkena panahan halilintar itu.Arghh! Dia menjerit kesakitan.Panahan petir itu tepat ke dadanya!

Ubat-ubatan serta racun yang terapung tadi jatuh semula ditempat asalnya.

"Tak guna! Kau...kau serang hendap aku! Pengecut..Arghh!" Ucap Syah dalam kesakitan yang tidak tertanggung azabnya.Tubuhnya hampir rebah ke tanah namun sempat disambut Zamry.

"T..ttt..tuan tak apa-apa? Tuan okey?" Soal Zamry ketakutan.Dia meriba Syah.

"Saya..tak apa-apa.. Rasanyalah..argh.." Berkerut-kerut dahi Syah menahan kesakitan. Dia memegang dada yang dipanah petir tadi.

Kedengaran tawa jahat bergema di serata tempat.

"Padan muka! Rasakan kehebatan aku! Kau tu cuma Alchemist yang lemah.Apa yang kau mampu buat selain sembuhkan luka? Hahaha! Bodoh betul kamu ni ya? Nak melawan aku yang lebih hebat dari kau tu?" Suara jahat itu sempat meriakkan diri dan mengutuk Syah.

Syah sudah naik bengang.

Dia mahu berdiri tetapi dia jatuh semula.Badannya terasa lemah sekali.Adakah panahan halilintar tadi beracun? Kenapa badan dia tidak pulih seperti selalunya?

"Hahaha! Ingat pesanan aku ni..Kau jangan berani nak ganggu kerja aku lagi.Beritahu raja bahawa aku inginkan empayar ini secepat mungkin..Penyakit maut yang melanda ini tiada penawarnya.Aku sahaja yang tahu apa penawarnya!! Kalau kau tak mahu keadaan bertambah teruk,lebih baik kau ikut kata-kata aku! Selamat tinggal Alchemist yang lembik." Ucap suara jahat itu lagi.

Tubuh pesakit itu perlahan-lahan jatuh diatas katil semula.

Suasana menjadi reda kembali.Kilat merah sudah hilang dari pandangan mereka.Hanya titisan hujan sahaja yang memenuhi ruang angkasa tika ini.

"Tak..guna.." Ucap Syah tersekat-sekat.Pandangannya semakin kelam dan akhirnya dia pengsan,tidak sedarkan diri.

"Tuan? Tuan?!" Panggil Zamry.

Tubuh Syah digoncang perlahan.Syah langsung tidak memberikan sebarang reaksi.

Luka Syah disentuh.Kelihatan agak dalam dan besar.Tunggu sekejap..! Zamry melihat darah Syah yang melekat di jarinya itu.Dia kepelikkan.

"Darah tuan berwarna biru? Adakah ini kerana.....kilat itu mengandungi racun Amfric? Oh tidak!" Ucap Zamry,panik.

Tubuh Syah dicempungnya.Zamry ingin bawa Syah ke pusat rawatan dengan segera! Racun Amfric yang tidak berkesan keatas manusia,mampu membunuh seorang Alchemist!






to be continued..

THE ALCHEMIST (EDITING)Where stories live. Discover now