Bab 17: Cabaran

1.4K 127 8
                                    

"ZAMRY! Lepaskan dia! Awak ni dah kenapa?! Zamry! Lepaskan dialah!" Jerit Syah,lantang sekali.

Nampaknya,Zamry mulai dikuasai Racun Sumpahan sekali lagi.

"Hahahahaha!!" Zamry ketawa jahat.Jika didengar betul-betul,ketawanya sama benar seperti ketawa Kifft.

   Kini dia sedang terapung di udara.Tangannya pula masih mencekik leher Iryan,si pemanah amatur tadi.

Kaki Iryan tidak putus-putus menendang udara sejak sedari tadi.Nafasnya kelihatan semput apabila dicekik sebegitu.

"Oh..lepaskan dia ya?? Okey..okey..Aku akan lepaskan.Hahaha!!" Ucap Zamry sebelum ketawa jahat semula.

Dia melontar laju tubuh Iryan ke tepi.

   "Arghhh!!' Iryan menjerit nyaring!

Gedebakkk!!

   Tubuh Iryan akhirnya terpelanting hingga mengenai sebatang pokok! Dia melayang 6 meter jauhnya!

"Arghh..urghh.." Iryan mengerang kesakitan disitu.Fellex segera berlari mendapatkannya.

"Kau okey?!" Soal Fellex,cemas.Dia meriba kepala Iryan.

"Urghh!!..sakit...arghhhh..arghh" Ucap Iryan dalam kesakitan yang mengila.

Tubuhnya berlumuran dengan darah.Ada sebahagian tubuh badannya terkoyak rabak sehingga menampakkan isi.

"Sabar! Sabar! Aku ada!!" Ucap Fellex sambil mengoyakkan baju berhudnya sehingga menjadi carikkan kain kecil.

Dia segera mengikat kuat bahagian luka yg terkoyak rabak itu dengan mengunakan perca kain tersebut.

"Fellex..saya rasa..sejuk..mengantuk.." Ucap Iryan,lemah.Matanya pula,sekejap terbuka dan sekejap tertutup.

Fellex semakin menggelabah.Dia menampar-nampar perlahan pipi Iryan.

"Iryan! Bertahan! Jangan tidur! Jangan tidur! Dengar tak apa aku cakap?! Jangan tidur!" Ucap Fellex, sambil menampar perlahan pipi Iryan lagi.

"Iryan!" Jerit Syah,nyaring.Baru sahaja dia ingin melangkah ke arah mereka, tiba-tiba..

"Jangan nak lari! Ke sini kau! Sekarang ni,giliran kau pulak untuk mati,Syah!" Ucap Zamry secara tiba-tiba.

   Dia pantas terbang menerpa kearah Syah.Alchemist itu di tangkapnya lalu,dicekiknya pula di udara.

  Syah meronta-ronta,cuba untuk meloloskan diri namun gagal.

Dia hanya menendang angin dan ia hanyalah perbuatan yg sia-sia.Tenaganya mulai habis disitu!

"Err...urhh..ekk..ekk..." Nafas Syah mulai semput akibat dicekik.Tangannya tak henti-henti cuba merungkai cengkaman Zamry.

Syawal juga sudah mengelabah seperti yg lain.Matanya meliar memerhati sekeliling sehingga..

Ya! Sehinggalah matanya tertumpu pada Zinnt.

"Zinnt! Beg tu! Ambil sumpit tidur!" Laung Syawal sambil menundingkan jari telunjuk kearah beg sandangnya.

Zinnt terus sahaja tersentak dari terkejut yang memanjangnya tadi.Dia segera mengambil beg yang dimaksudkan Syawal.

Semua barang diselongkarnya sehingga dia menjumpai satu sumpit.

'Mungkin nilah sumpit tidur tu kut!' Gumamnya dalam hati.

Dia segera mengangkat tinggi sumpit itu ke udara,menunjuk sumpit itu kepada Syawal.Syawal yg melihat hanya mengangguk laju.

Zinnt segera meletakkan sumpit itu di mulutnya.Dia mensasarkan sumpit itu kearah Zamry yg masih seronok mencekik Syah.

THE ALCHEMIST (EDITING)Where stories live. Discover now