Bab 15: Zinnt

1.3K 122 2
                                    

"SYAHHH!!" Jerit Fellex,nyaring.Dia berlari pantas masuk ke dalam hutan.Semua pokok-pokok di situ mulai bergerak, memberi laluan kepadanya.Dia mesti mendapatkan Syah!

Masih terngiang-ngiang lagi amanat yang diberikan oleh Queen Zyll di cuping telinganya pada beberapa hari yang lalu...

"Bila Syah sampai nanti,kamu kena jaga keselamatan dia sehingga ke Gunung Kematian...."

"Kenapa saya perlu jaga keselamatan dia?"

"Sebab dialah satu-satunya Alchemist yang tinggal..Anak beta..Anak kesayangan beta...tapi,kamu mesti ingat,jangan beritahu Syah tentang hal ni.."

Fellex berlari selaju mungkin.Dia mesti selamatkan Syah! Amanat yang satu itu harus dikotakan!

"SYAHHH!! Mana kau?!" Jerit Fellex. Kakinya pantas berlari bagaikan seekor kuda.

Shingg!!

    Tiba-tiba, anak panah yang tidak diketahui mana asalnya,terbang laju menuju kearah Fellex.

    Mata Fellex yang setajam helang itu,serta-merta menyedari kewujudan anak panah sesat tersebut.Dia pantas bergolek ke tepi.

   Anak panah dan busur dikeluarkan.Dia sudah sedia untuk memanah.

   "Siapa?!" Jerit Fellex. Nafasnya turun naik.Matanya meliar memerhati sekeliling.

    "Hahaha! Bertenanglah.Kamu tu asyik terjerit-jerit aje dari tadi.Cari siapa?" Ucap satu suara dari atas pokok.Orang yang berselubung hitam itu terus melompat turun ke bawah.

Fellex menarik nafas lega.Dia kenal siapa yang berselubung itu.Anak panah dan busur disimpan kembali.

   "Abang..Apa abang buat apa di sini? Abang ada nampak tak seorang Alchemist lalu dekat-dekat sini?" Soal Fellex sambil mengaru-garu kepala yang tak gatal.

   "Abang cuma datang memanah arnab.Alchemist? Hmm..Ada. Arah sana. Tadi dia kena heret dengan seekor Goblin.Abang hampir terpanah Goblin tu lepastu,Goblin tu terus je larikan diri." Jawab Zinnt selamba,abang kepada Fellex.

"Hah? Goblin? Mana Alchemist tu?" Soal Fellex lagi.Dia mendekati abangnya itu.

   "Kan abang dah kata,ada dekat situ.Tuuu~ hujung sana tu.Kamu buat apa cari dia? Penting sangat ke dia tu?" Kini giliran Zinnt pula untuk menyoal.Sempat lagi dia menunding jari ke satu pokok besar.

Kelihatan Syah sedang duduk memeluk lutut dibawah pokok itu dengan wajah yang disembamkan di lutut.

    Fellex menarik nafas lega.Hahh..Nasib baik Syah masih selamat.

"Hmm..Dia tu Alchemist, anak Lord Zaiyron.Dia dalam misi mendapatkan Bunga Asfloera." Jawab Fellex,separuh berbisik.Dia tak mahu Syah terdengar walaupun jarak mereka terlalu jauh.

    "Hah? Macam mana anak raja Lord Zaiyron boleh tersesat di sini?" Soal Zinnt,rasa tidak percaya.Wajah curiga dipamerkan.

   "Entah.Saya pun tak tahu.Saya pergi dulu ya?" Ucap Fellex. Baru sahaja dia ingin melangkah,tiba-tiba tangannya ditarik.

Fellex menoleh,melihat wajah abangnya.

   "Abang ikut kamu." Balas Zinnt, laju.Wajahnya tampak gembira sekali.Senyuman abangnya membuatkan dahi Fellex berkerut seribu.

  'Betul ke ni abang aku? Ke dia ni makhluk jadian?" Soal hati Fellex,sendiri.

••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

"HELLO? Kau okey tak Syah? Goblin tu ada buat apa-apa ke dekat kau?" Soal Fellex sambil mengoncang bahu Syah.

Syah masih diam tak berkutik.Tiada suara yang keluar darinya.

Fellex dan Zinnt turut mendiamkan diri.Mereka memandang sesama sendiri lalu menjongket bahu.Tanda tak tahu.

Tiba-tiba,..

..Syah mengangkat tangan kanannya yang digenggam kuat,kearah Fellex.Wajahnya masih disembamkan ke lutut.Sarung tangannya juga sudah tiada.

Baru sahaja Zinnt ingin memegang tangan Syah, Fellex cepat-cepat menepis tangan abangnya itu.

"Jangan sentuh tangan dia." Ucap Fellex, geram.Zinnt hanya terpingga-pingga,tak faham kenapa adiknya bersikap sedemikian.

"Err..kau genggam apa tu? Boleh tunjukkan?" Soal Fellex.Dia memegang bahu Syah.

"Arggghh! Saya tercabut jari dia!!!" Tiba-tiba Syah menjerit nyaring.Benda yang digengamnya tadi lantas dibaling laju.

Zinnt pulak terus saja tersambut benda yg dibaling Syah tadi.Terbeliak mata Zinnt bila ternampak jari Goblin tu dalam tangan dia.Sudahlah masih lagi terkodek-kodek pulak tu!

"Arghhh! Euww!" Jerit Zinnt,gelo.Dengan pantas,dia baling jari Goblin tu ke tepi.Dia geli melihat jari yang sedang terkodek-kodek tadi tu!

"Hahaha!"

Syah tiba-tiba ketawa lucu.Lawak betul cara Zinnt menjerit tadi.Macam pondan.Dia mengesat air mata yang bersisa di pipi.

"Kenapa saya menangis tadi? Huhuhu..habis tak maco..Eh? Kamu ni siapa? Muka kamu mirip Fellex laa.." Ucap Syah,ingin tahu.Dia masih mengesat wajahnya.

Tiba-tiba sebelah wajah Syah menjadi reput ketika digosok namun kembali pulih dalam beberapa saat sahaja.

Mulut Fellex dan Zinnt serta-merta terlopong luas.

Perlahan-lahaan,Fellex menundingkan jarinya ke wajah Syah.

"Tadi..muka kau.. mereput..sekarang dah elok balik.." Ucap Fellex perlahan. Syah hanya tersenyum.

"Bertenanglah..Kuasa saya tak berkesan keatas diri saya sendiri." Ucap Syah sambil berdiri.Dia mengibas sedikit bajunya yang berhabuk.

"Ohh..begitu. Hmm... Nama saya,Zinnt.Abang Fellex.Gembira bertemu dengan kamu." Ucap Zinnt penuh sopan.Selaku Putera Mahkota,dia haruslah menunjukkan tatatertib yg baik.

Fellex sudah buat muka menyampah.Dia tak suka betul dengan 'adab kesopanan' abang dia tu.Baginya,ia tak mencabar sifat kelakian langsung.

"Oh..Abang Fellex ya..." Ujar Syah,perlahan.Dia tiba-tiba teringatkan abangnya,Syaz.Abang kembar yang telah mati di dalam peperangan Orc-Manusia pada 190 tahun dahulu.

Syah termenung sekejap macam ikan termenung.Matanya tidak berkelip langsung.

    Fellex pantas menepuk bahu Syah.Syah agak tersentak.

"Jom kita pergi dari sini sebelum benda lain pulak datang serang kita." Arah Fellex.

Dia segera menanggalkan sarung tangannya lalu diberi kepada Syah.Syah agak terpingga-pingga.

"Ambiklah.Tak fasal-fasal ada yang mati bila tersentuh dengan kau nanti." Ucap Fellex tanpa memandang wajah Syah. Dia berasa agak kekok kerana ni kali pertama dia berbuat baik.

"Terima kasih." Ucap Syah.Dia menyambut sarung tangan itu lalu memakainya.

Fellex hanya mengangguk-anggukkan kepalanya.

"Wahai pokok-pokok sekalian,tunjukkan kepada saya dimana Syawal dan yg lain berada..Oh.Jangan lupa jugak,berikan cahaya yang terang dalam laluan kami." Ucap Fellex tiba-tiba.

Syah kehairanan.Dia menyengetkan sedikit kepalanya ke kiri.

"Awak cakap dengan pokok?" Soal Syah namun, tidak dijawab oleh Fellex.

Zinnt hanya ketawa kecil.Bila dengar Syah tanya macamtu,terasa lawaklah pulak.

Tiba-tiba pokok-pokok disitu bergerak ketepi,membuat satu laluan untuk mereka.Cahaya yang keluar dari pokok-pokok itu,mulai menerangi laluan tadi.

Syah hanya tergamam tanpa kata.Wow! Menarik!






                           →to be continued..

THE ALCHEMIST (EDITING)Where stories live. Discover now