Bab 3: Pixie

2.1K 163 3
                                    

SYAH berjalan disekeliling tempat asing itu.Kadang-kadang dia melompat-lompat macam monyet.Sejuk sangat suhu dekat situ sampai dia rasa nak beku.Jadi,apa salahnya dia bersenam sikit.Biar panas sikit badan dia tu.

Tak ada sesiapa di situ selain dirinya.Kadang-kadang Syah mengeluarkan kuasa healing miliknya.Dia cuba untuk memanaskan badannya dengan kuasanya itu tetapi langsung tidak menjadi.

"Syah...sini..." Satu suara memanggil Syah secara tiba-tiba. Syah memerhati sekeliling.Dia kehairanan.Tiada sesiapa di situ.

"Siapa??" Soal Syah.Dia berjalan sambil berpeluk tubuh.Entah ke mana harus dia tuju,dia pun tidak tahu.

"Sini...sini.." Suara itu bergema lagi.Syah berjalan kearah gema suara yg aneh itu sehinggalah dia menemui satu taman bunga yg sungguh indah.Bunga yg berwarna-warni situ membuatkan dia terasa senang hati.

"Wah..Tempat sini lebih baik dari tadi.Dah tak sejuk dah..Panas..Suam..Arghh..Lega hati." Ucap Syah seorang diri.

Dia duduk diatas rumput yg menghijau itu.Dihadapannya kini terbentang pokok-pokok bunga yg begitu indah sekali.

"Syah..Sini..." Suara itu masih memanggilnya tetapi kini,suara itu lebih jelas dan dekat.Macam...suara tu datang dari pokok bunga tu aje!!

"Ya?? Siapa tu?? Boleh tak tunjukkan diri?? Saya tak sukalah main sorok-sorok macam ni..Kenapa panggil saya??" Syah bangun semula dari duduknya.Baju yg agak berhabuk di tepis-tepis untuk menjatuhkan habuknya.

"Saya di sini..Sepanjang masa.. didepan awak.." Ujar suara itu lagi.Bunga yg berwarna ungu yg berada dihadapan Syah,tiba-tiba mengembang dari kuncupnya.

Kini,muncul satu Pixie kecil yg berbaju kelopak bunga.Dengan malu-malu, dia menutup wajahnya dengan satu helai daun dari pokok bunga tersebut.

Pixie adalah makhluk pari-pari kecil.Mereka ini jenis yg sungguh pemalu.Cantik dan comel tetapi berbahaya jika digigit oleh mereka.Gigitan yg kecil tetapi memang menyakitkan.

Syah hanya tersenyum lalu berlutut dihadapan Pixie tersebut.

"Ya?? Kenapa panggil saya?? Ada apa??" Soal Syah.Matanya meliar melihat sekeliling. Bunga-bunga yg lain juga turut terbuka lalu muncullah pari-pari kecil yg lain.Mereka turun dari pokok bunga lalu menyorok dibelakang batang pokok besar yg sudah tumbang dan hampir mereput itu.

"Kami dengar,ada seorang Alchemist akan datang.Nama Alchemist tu Syah..Jadi betullah awak yg bernama Syah itu?? Saya ternampak awak gunakan kuasa awak tadi.." Soal Pixie kecil itu pula.

"Ya..saya Syah..Seorang Alchemist. Macam mana kamu tahu saya akan datang sedangkan saya tak tahu pun saya akan ke sini?? Lagipun..tadi..saya dipanah petir.Bila terjaga saja,saya sudah disini.Apa sebenarnya yg sedang berlaku??" Syah semakin kepelikkan.

Sudahlah dia tak tahu dimana dia sekarang.Entahkan mimpi entahkan tidak. Sekarang,dia sedang cakap dengan seekor Pixie pula!! Pelik benar.

"Ya!! Awaklah Alchemist yg disebut-sebut tu!! Lelaki yg telah dipanah petir oleh seorang Necromancer.Untuk pengetahuan awak,sekarang ni roh awak berada di Gunung Kematian.Roh awak dipanggil ke sini namun jasad awak disana masih hidup.Walaupun hanya roh,awak tetap boleh gunakan kuasa awak. Awak boleh tolong kami tak?? Ada sesetengah puak kami diserang raksasa pemusnah.Mereka cedera parah.Boleh tak awak selamatkan mereka??" Pinta Pixie ini penuh harap.

Jari Syah dipegang oleh kedua-dua belah tangan kecil Pixie itu.Syah mengaru-garu kepala dengan sebelah tangan lagi.

"Err..okay..Ada pokok herba disekitar sini tak??" Syah sudah bangun.Pixie itu terus mengipas-gipas sayap pepatungnya lalu terapung-apung di udara.

"Ada!! Pokok herba cuma ada disebelah sana,tetapi tersorok di celah-celah pokok bunga.Apa yg awak nak buat apa dengan pokok herba itu?? Bukankah awak ada kuasa pemulihan??" Soal Pixie itu penuh kehairanan.

Syah hanya tersenyum tanpa menjawab soalan Pixie itu.

Dia tahu,walau sehebat manapun seorang Alchemist, seorang Alchemist tetap juga menggunakan pokok herba dalam rawatannya.

Kuasa yg ada pun hanya cukup untuk mengurangkan kesakitan.Jika seorang Alchemist itu mampu mengubati seseorang dengan hanya menggunakan kuasa,itu namanya Alchemist itu sudah berada di tahap yg tertinggi.Padahal,Syah sekarang ni baru menguasai tahap sederhana.

Tahap yg tertinggi sukar memang tidak mudah untuk dicapai.Hanya yg berbakat sahaja yg mampu.

"Marilah ke sini pokok herba.Ku ingin jadikanmu sebagai ubat-ubatanku.Jikamu enggan matilah kamu kerana mengingkari permintaanku.." Syah membaca perkataan spellnya.

Tangan kanan dihalakan kearah kanan.Cahaya hijau bercampur biru keluar dari tapak tangannya itu.Mata Syah pula menjadi warna biru tua.Makin lama,dia semakin terapung di udara.

Dengan sekelip mata,pokok-pokok herba yg tersembunyi di celah-celah pokok bunga,terbang dengan sendirinya kearah Syah.

Pixie yg melihat agak tergamam.Wah!! Dia tidak pernah melihat seorang Alchemist memanggil pokok herba seperti Syah.

Patutlah lelaki itu terpilih sebagai salah seorang penjaga Gunung Kematian ini.Lelaki itu sebenarnya masih ada banyak kuasa yg tersembunyi.

"Yeah!! Akhirnya datang jugak pokok ni dekat saya.Selalunya kalau saya panggil,diaorang lebih rela mati.Hmm..Jom.Saya akan cuba rawat kawan-kawan awak."Ucap Syah,gembira.

Perlahan-lahan,kakinya menjejak tanah semula."Jom..ikut saya." Ujar Pixie tersebut.Dia mulai terbang ke satu arah.Syah meneliti herba ditangan, sebelum mengikut Pixie tersebut dari arah belakang.

Kejayaan yg mengembirakan.Selalunya,Syah akan mencabut pokok herba dengan tanggannya sendiri.Tak disangka,cubaan demi cubaan yg lepas telah meningkatkan tahap Alchemistnya.

THE ALCHEMIST (EDITING)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang