Bab 50: Rahsia

1.2K 86 11
                                    

Di sebuah menara Magician,
(Tempat tinggal Ivy dan Poison)


KELIHATAN Poison dan Ivy sedang duduk bersandar di tepian katil yang menghadap ke arah luar jendeka.Berpegangan tangan.Poison menyandarkan kepalanya di bahu Ivy.Mereka sama-sama membuang pandang ke luar jendela.

Hujan mayat itu masih tetap ada dan tak pernah hilang.Bau darah dan bau mayat yang bercantum sememangnya meloyakan anak tekak.Nasib baiklah Sihir Pewangi melindungi seluruh bilik ini agar bau yang teruk itu dapat dihilangkan.

"Hmm..abang.Adik nak tanya sikit.Abang pergi mana tadi? Ayah tahu tak?" Soal Poison secara tiba-tiba.Dia mengangkat wajah,memandang wajah abangnya.

Ivy kelihatan tersentak.Wajah adiknya dipandang sepintas lalu.Dia kemudiannya mengemam bibir.Pandangannya dilontarkan pula ke arah lain.

"Abang....hanya pergi bersiar-siar sekejap." Bohongnya.

Dia kemudiannya tunduk membelek rantai yang tergantung kemas di lehernya.

Rantai yang pelik.

Dia tak pernah tahu pun dari mana datangnya rantai ini.Apa yang dia tahu,sejak kecil lagi rantai ini ada bersamanya.Hanya itu sahaja yang dia ingat.Dia tertanya-tany,adakah dia ini adalah anak yang terbuang? Jikalau dia ada ibubapa,mengapa sampai ke hari ini langsung tiada sesiapa yang mencarinya? Mengapa?

Dahi Poison berkerut seribu.Bersiar-siar? Kedua-dua belah tangan abangnya pantas diraih.Mata unggu abangnya itu ditatap.

"Abang. Cu..cuba jujur dengan adik.Abang pergi mana tadi?" Soalnya bersama suara yang bergetar.Ketakutan datang mengetuk mindanya.

Perlahan-lahan Ivy menoleh.Anak mata jingga adiknya itu ditenung.Dagu Poison kemudiannya disentuh lembut.Dia mendekatkan wajahnya.

"Baiklah.Abang akan jujur.Poison...abang pergi ke Jurang Kekayaan tadi.Tapi,..ayah tak tahu abang ke sana." Bisiknya,perlahan. Pipi mulus Poison dikucupnya,lembut.

Poison agak terkedu diperlakukan sebegitu.

"Apa?! Abang keluar tanpa izin ayah? Apa yang abang buat dekat sana tu? Abang tahu tak,tempat tu berbahaya?! Abang boleh terbunuh!" Bisik Poison,tegas.Suaranya ditekankan sedikit.

Dia tak mahu ayah kandungnya terdengar perbualan mereka.

Ivy hanya tersenyum indah.Tangan adiknya itu diramas perlahan.

"Kenapa ni? Apa yang perlu di takutkan? Selagi adik tak bercerita,ayah takkan tahu.Lagipun,abang ke situ kerana bersebab.Ada benda yang abang ingin sembunyikan dan abang..tak mahu ayah ketahuinya.Boleh adik simpan rahsia ini?" Ucapnya,perlahan.Pandangan mereka bertembung menjadi satu.

Suasana menjadi sepi untuk seketika.Poison dan Ivy melayani perasaan masing-masing.

Bosan menunggu,Ivy kemudiannya menjelmakan segugus buah anggur Inzelin di tapak tangannya.Dia mengambil seulas lalu disumbatkan ke dalam mulut.Buah inilah buah kegemarannya sedari kecil.

Perbezaan buah anggur Inzelin dengan buah anggur biasa adalah,buah ini mempunyai corak biru bercampur unggu.Dan yang paling menakutkan,buah ini sebenarnya...beracun.

"Hurm..Adik mengaku yang adik boleh rahsiakan tapi,abang dah lupa ke? Roh di luar sana itu pasti akan beritahu ayah.Mulut 'mereka' tak pernah senyap.Bising! Lagipun mereka itulah 'mata-mata' ayah ketika dia tiada.Pengikut setia kegelapan.Adik takut yang abang...emm! Apa ni?"

Poison pantas menekup mulutnya yang penuh. Dia menyuyah perlahan benda tersebut.Ada jus lebihan yang mengalir di bibirnya.Benda yang berada di dalam mulutnya itu terasa manis,bercampur dengan rasa masam.Hmm..Buah anggur Inzelin?

Wajah Ivy kemudiannya dipandang.Lelaki itu sedang tersenyum nakal sambil menjilat jarinya sendiri.

"Abang ni jahatlah! Kenapa suap mulut adik masa adik sedang bercakap? Nasib baik tak tersembur.." Ucap Poison dengan pipi yang berona merah.Lengan abangnya itu dipukul perlahan.

Ivy ketawa kecil.

"Hahaha! Siapa suruh adik cakap banyak sangat? Kan dah kena? Tapi adik janganlah risau.Kulit buah yang beracun tu dah lama abang buang." Ucap Ivy sebelum dia menyumbat lagi mulut adiknya itu dengan buah tersebut.

Bibir adiknya yang comot,dikesatnya perlahan. Ada rasa kasih yang melimpah ruah di situ.

Poison terharu dilayan sebegini.Selama dia hidup,dia tak pernah merasai kasih sayang dan perasaan bahagia seperti ini.Ayahnya begitu dingin,bongkak dan kejam.Dia di didik seperti orang bawahan dan di layan seperti anjing.Hanya Ivy sahaja yang memahami perasaannya selama mereka hidup bersama.

Lelaki inilah tempat mengadunya.Lelaki inilah tempatnya menumpang kasih.Dan...lelaki inilah pelindungnya ketika dia didera.Sungguh! Dia benar-benar menyayangi lelaki ini.

Buah tersebut dikunyah perlahan.Dia perlahan-lahan melentokkan kepalanya di ribaan Ivy.Dia menutup matanya.Tak lama kemudian, terasa kepalanya diusap seseorang.

"Abang... Pasal rahsia tu,..boleh adik tahu apa bendanya?" Soal Poison dengan mata yang tertutup.Dia seronok merasai belaian kasih abangnya ini.

Cukuplah...walaupun hanya untuk sekejap.Dia benar-benar menyukai saat ini.

"Hrm... Rahsia.Nanti abang beritahu ya?" Ucap Ivy,perlahan.Ubun-ubun Poison dikucup lembut.

"Sekarang ni....tidurlah dulu,sayang.Nanti,pasti 'syaitan' tu takkan benarkan kita tidur lagi.Ingat tak apa yang akan terjadi setiap kali matahari tegak diatas kepala...? Hmm?" Soal Ivy lagi,cuba untuk mengingatkan.

Syaitan yang dimaksudkan adalah ayah mereka.

Poison hanya mengangguk dengan mata yang tertutup.Perlahan-lahan kelopak matanya dibuka.Ada cecair jernih yang bertakung di tubir matanya.

Ada cecair jernih yang bertakung di tubir matanya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Ya.Adik tahu... Kita akan di rantai dan di layan seperti hamba.Sama seperti selalunya..." Balasnya,sebak.Di saat matanya ditutup,air mata tersebut jatuh mengenai pipinya.

Ivy hanya tersenyum nipis.Dia membuang pandang ke luar jendela.Ada cecair jernih yang turut mengalir di pipinya.

"Sabar,sayang... Tak lama lagi,kita akan keluar dari sini... Kesengsaraan ini..akan hilang tak lama lagi."

________________🍇________________

Author's note:

Hehehe.. Bab kali ni terlebih romantiklah pulak!😂😪

THE ALCHEMIST (EDITING)Where stories live. Discover now