Bab 64: Pengsan

1.3K 95 3
                                    

ZINNT merenung tajam adiknya bagai nak telan.Dia berpeluk tubuh sebelum membuang pandang kearah Syawal yang pengsan.Pelik benar.Lelaki itu pengsan sambil tersenyum.Macam orang mati syahidlah pulak.Apa yang seronoknya? Dah nampak Syurga?

Fellex pula hanya mengaru kepala yang tak gatal.Tersengih-sengih saja dari tadi.Bibir akhirnya dikemam,cuba untuk menghentikan sengihan meleretnya.

"Apa yang adik dah buat dekat Syawal tadi? Adik cuba nak berme...."

Belum sempat Zinnt menghabiskan kata-kata rapunya,Fellex lebih cepat memintas.

"Tak! Tolong sikit eh? Adik tak buatlah benda mengarut macam tu! Hish.Gelilah." Geli-geleman dia menuturkan.

Diam.Zinnt akhirnya membuang pandang semula ke arah Syawal yang dah 'mati syahid' itu.Keluhan perlahan dihela.

"Adik... Abang minta maaf pasal dekat jambatan tadi tu.Abang tak sepatutnya pentingkan diri.Maaf sebab buat adik risau." Ucapnya tanpa berpaling.Bukan ego tetapi malu.Malu dengan sikapnya.

Senyap.Fellex langsung tak membalas.Malah dia bingkas berdiri tanpa sebaris pun senyuman dibibirnya.

"Benda yang lepas..biarkan berlalu pergi.Sekarang ni adik nak minta tolong abang sikit.Boleh kan?" Soalnya dengan muka yang agak serius.

Zinnt hanya mengaru-garu kepala yang tak gatal.Selalunya jika Fellex menggunakan perkataan 'adik' sebagai kata ganti diri,ini bermakna dia ingin bermanja.Tetapi jika perkataan 'saya' pula digunakan,ia bermakna dia serius.Hmm... Rasa-rasanya Fellex bukan serius pun ketika ini.

"Er.. Ya...Boleh."

Persetujuan Zinnt membuatkan bibir Fellex tersenyum.Kotak kecemasan dicapai.Dia kemudiannya duduk bersila di hadapan abangnya itu.Tangan Zinnt diraih.

"Tadi...adik dah cuci luka adik.Tapi ada sesetengah luka yang adik tak dapat nak capai.Serpihan kaca yang terbenam dalam daging adik pulak susah nak dicabut sendiri.Tadi adik nak minta tolong Syawal.Tengok-tengok dia dah pengsan macam tu. Sakitlah... Abang... Tolong adik ya?" Adunya bersama wajah manja.Sengaja nak meraih perhatian Zinnt walaupun dirinya langsung tak mengerti erti sakit.

Ya.Dia tak pernah mengenal apa itu erti sakit dalam seumur hidupnya.Sejak kecil lagi dia dididik bagaikan seorang pahlawan sejati manakala Zinnt pula dididik bagaikan seorang putera mahkota kesayangan. Ada perbezaan jurang kasih sayang di situ namun Fellex tak pernah kisah.Dia lebih sukakan pedang,peperangan dan bahasa lasak berbanding Zinnt yang sukakan kasih sayang dan juga adab kesopanan.

Kini dahi Zinnt sudahpun berkerut seribu.Riak risau terpapar di wajahnya.Muka adiknya pantas dibelek rakus.Ada sedikit calar-balar yang jelas kelihatan.Masih baru kerana ada sisa darah yang melekat.

"Adik! Kenapa adik tak beritahu abang?! Kenapa baru sekarang nak bagitahu?! Apa yang dah jadi?!" Soalnya,cemas.Lengan baju Fellex kemudiannya diselak sehingga ke bahu.Lebih banyak calar dan kesan tusukan kaca kelihatan di situ.

Hampir menitis air mata Zinnt dibuatnya.Rasa bersalah menguasai diri.Dia sememangnya tidak pandai menjaga adiknya.Tengok.Fellex luka parah pun dia tak sedar kerana rajukan yang membuta tulinya!

Manakala Fellex pula sudah memuncung.

"Apa abang cakap? Kenapa tak beritahu abang? Hmm.. Tadi kan.. Ada orang ni kan.. Dia kan..merajuk sampaikan nak cakap dengan orang pun tak mahu.. Tak tahulah siapa dia tu tapi dia tu manja sangat.. Marah sikit pun dah merajuk.." Penuh sindiran dia mengata.Orang yang di maksudkannya adalah Zinnt.

Matanya tajam menikam wajah Zinnt.Tersipu-sipu sudah Zinnt dibuatnya.Pipi Fellex ditolak perlahan.

"Adik ni jahatlah! Sedap-sedap je mengata abang.. Tadi dia sendiri yang kata benda yang lepas biarkan berlalu... Hish! Tukar topik cepat! Macam mana adik boleh luka teruk macam ni?" Dalihnya sambil tangannya ligat menyelongkar kotak kecemasan.

THE ALCHEMIST (EDITING)Where stories live. Discover now