Bab 5: Elf

1.8K 142 0
                                    

TIBA-TIBA,angin sejuk menerpa tubuh Syah.Sejukk!! Syah berpeluk tubuh.Badan dia terasa seram sejuk pulak.

Aduhai..dari mana datangnya angin seriau ni? Syah memerhati sekeliling.Mujurlah dia sudah sempat menyembuhkan kecederaan pari-pari Pixie tadi.Kalau tak,memang pasti dia sudah hilang tumpuan sepenuhnya.

"Kenapa Syah?" Soal Pixie yang berwarna ungu tadi.Dia juga turut memerhati sekeliling.

"Tadi..tadi macam ada angin pelik lalu dan tembus badan saya..Saya tak tahu kenapa.. Macam ada..Arghh! Kenapa ni?! Kenapa saya rasa sakit sangat? Arghh!" Syah memegang dada.Dia mengerang kesakitan.

Pari-pari Pixie kecil disitu sudah panik.Mereka tak tahu apa yang harus dilakukan.Mereka berterbangan ke sini dan ke sana,cuba mencari bantuan.

Syah masih mengerang kesakitan.Dadanya terasa dipijak-pijak sesuatu! Semakin lama semakin sakit! Hanya Tuhan sahaja yang tahu.

Syah mengerekot kesakitan disitu,seorang diri.Dia tak tahu apa yang sedang terjadi keatasnya kini!

••••••••••••••••••••••❄•••••••••••••••••••••••

"HaHaHa! Matilah kau! Pergi mampus! Aku nak seksa kau cukup-cukup sebelum aku bunuh kau.Pergi matilah dengan ubat kau tu,jahanam! Berani sangatkan nak halang aku?! Nah! Sekarang kau rasa apa yang kau nak. Dasar Alchemist bodoh! Puihh!" Hambur Necromancer itu penuh amarah.

Dada Syah yang sudah dibalut tadi,di tendang-tendang,dipijak-pijak dan disepak teranjang Kifft sekuat hati.Berdarah semula luka Syah.Seronok sangat Kifft tu tendang Syah.Macamlah dia tu sedang sepak bola.

Kedengaran Syah mengerang kesakitan.Sangat memilukan bagi sesiapa yang mendengarnya.Kepiluan.

Zamry yang berada dipintu masih mempertahankan dirinya dengan sebatang besi.Raksasa pemakan daging itu masih tidak putus-putus ingin menerkamnya walaupun sudah ditikam Zamry banyak kali.

"Woi Kifft bangang! Berhenti kacau tuan aku! Arghh! Pergi main jauh-jauhlah,raksasa tak guna! Kau nak kena sangat dengan aku ke hah?! Ambik ni! Padan muka kau!" Zamry menikam salah satu mata raksasa itu.

Raksasa itu melolong kesakitan.Sebelah matanya sudah buta ditikam Zamry tadi.Darah bersemburan tatkala Zamry menarik semula batang besi itu.

Seekor lagi raksasa itu menyerang Zamry.Zamry memukul kepala raksasa itu sekuat hatinya.

   Bukk!

Kepala raksasa itu terus sahaja pecah.Otaknya yang sudah berkecai,jatuh ke lantai.Tubuh raksasa itu juga jatuh menyembah bumi.

Seekor lagi raksasa yang buta itu menyerang Zamry pula.

   "Argghh!" Dia menjerit kesakitan apabila tangannya digigit raksasa itu.

"Arghh! Berani kau gigit tangan aku?! Ambik ni! Dah buta pun nak tunjuk berlagak lagi?!" Amuk Zamry.Dia menikam kepala raksasa buta itu.Tembus kepala raksasa itu dibuatnya!

Kini kedua-dua raksasa pemakan daging itu sudah tumbang.Yang tinggal sekarang hanya Necromancer gila itu sahaja.

Kifft yang tadinya begitu asyik menendang Syah,terus terhenti.Matanya membulat.Dia tak sangka,anak-anak belaannya sudah mati dibunuh Zamry begitu sahaja! Dengan hanya gunakan sebatang besi pula tu!

"Berani kau bunuh anak-anak aku?! Jahanam!" Penuh amarah,Kifft membaling pisau-pisau yang dijelmakan dari lohong hitam di belakangnya.

Zamry menepis semua pisau-pisau itu dengan menggunakan besi tadi.Kini Zamry pula yang tersenyum mengejek.

THE ALCHEMIST (EDITING)Where stories live. Discover now