Bab 54: Raksasa Yang Kejam

1.2K 93 0
                                    

TIBA-TIBA..

    "Arghhhhhh!!"

   "Tolonggg!!"

   ...Jeritan yang berselang-seli dapat didengari.Tetapi bunyinya seperti dari orang yang sama.

     Tatkala mereka berpaling,kelihatan salah seorang satria mereka sedang diseret pergi!
Itu..itu adalah Jeneral West!

    Penjaga Jurang Kekayaaan a.k.a raksasa jahat itu tersenyum ngeri.Dengan hanya mengunakan sebelah tangan yang panjang,dia pantas menarik Jeneral West ke dalam pelukannya.Sebelah lagi tangan yang bercangkuk,dihalakan ke leher jeneral itu.

    "Ja..Jangan apa-apakan dia!" Syah bersuara lemah.Dia perlahan-lahan turun dari belakang Zinnt.

     Semua orang terkaku di tempat masing-masing.

    Raksasa itu hanya memandang sinis ke arah Syah manakala Jeneral West sudahpun terketar-ketar dalam pelukannya.

    "Jadi...kaulah anak kepada Alchemist yang telah menidurkan aku beribu tahun yang dahulu?" Soal raksasa itu,geram.

   Syah terkedu.Tangannya tiba-tiba terketar-ketar.Dia menekup mulut.A..apa?

    "A..anak Alchemist? Kau pernah kenal ayah aku? Di mana kau jumpa dia? Dia..pernah ke sini?" Soal Syah,sedih.Air matanya hampir tumpah.

    Raksasa tadi lantas senyum mengejek.

    "Oh...Kasihannya... Kau tak pernah jumpa ayah kau? Ayah kau tinggalkan kau ya? Kasihan...Mesti dia bencikan kau,bukan? Muka kau hampir semirip dia.. Sayang benar.. Cuma kau tak sekuat dia saja.." Raksasa itu bernada menghina.

   Hati Syah tergores.Dia menekup telinga.Tak mahu mendengar lagi.

    "Cukup tu! Ayah aku tak macam tu! Lepaskan Jeneral West sekarang!" Jeritnya,perit.Ya.Perit hatinya tatkala raksasa itu berkata sebegitu.

   "Heh.Aku tak habis lagi.Ke kau ni anak luar nikah? Sebab tulah dia tinggalkan kau? Sebab kau ni tak berguna? Sebab kau ni lembik? Tak ada apa-apa yang istimewa? Ke sebab kau ni terlalu menyusahkan?" Kutuk raksasa itu lagi.

    Syah serta-merta jatuh terduduk memegang tanah.Dia memegang dadanya dengan mengunakan sebelah tangan.Hatinya benar-benar pedih.Benarkah? Benarkah dia ni anak luar nikah? Terlalu menyusahkan sehinggakan ayahnya meninggalkan dia?

    "Syah!" Iryan pantas mendapatkan lelaki itu.Belakang lelaki itu diusap-usapnya laju.

    "Syah..jangan percayakan dia! Dia cuma nak buang masa kita! Tengok langit tu! Hari nak hujan balik! Nanti jambatan tu akan hilang dan dia mesti akan bunuh kita satu persatu!" Dia mengingatkan.

    Syah masih tidak berganjak.Hatinya perit.Dia menutup mata,menahan azab di hati.

    "Syah...Sila seru beta.Beta akan hapuskan raksasa lahnat tu dalam sekelip mata.Sama juga seperti raksasa yang berasa di sebelahmu,jika kamu mahu.." Tiba-tiba satu suara aneh bermain di minda Syah.Namun Syah kenal siapa pemilik suara itu.

   "Raksasa di yang berada dekat sebelah aku? Siapa?" Syah menyoal kembali di dalam mindanya.

     "Alahai.Takkan kamu tak tahu? Dia adalah....Iryan.Pengkhianat yang selama ini cuba mencari peluang untuk membunuhmu." Suara itu kedengaran lagi di dalam mindanya.

     Syah pantas menoleh ke tepi,memandang wajah Iryan dengan perasaan bercampur-baur. Selama ini...

     ....dia dikhianati dalam diam? Oleh remaja yang banyak menghiburkan hatinya ini?

THE ALCHEMIST (EDITING)Where stories live. Discover now