Bab 8: Oh Tidak!

1.6K 138 4
                                    

SYAH merasakan ada beberapa titisan cecair jatuh ke wajahnya.Cecair itu buatkan dia rasa tak selesa. Syah mahu tahu dari mana air itu datang. Dia cuba untuk membuka matanya tetapi terasa beratlah pulak.

'Aik? Hujan ke? Ke..Elf tu kencing atas aku pulak? Ohh! Tidak! Berani dia cuba buat macamtu? Kalau betullah dia buat macamtu,sampai hujung dunia aku kejar dia! Lepastu..aku akan paksa dia minum Potion Kentut! Biar dia kentut sampai terputus urat kentut dia.Masatu,jangan harap nak mintak tolong aku.' Amuk hati Syah,geram.Matanya masih tidak mampu dibuka.

"Tuan!Janganlah mati dulu..Kenapa jantung Tuan tak berdenyut? Kenapa? Apa yang patut saya buat? Tuan..sedarlah.."Ucap Zamry sambil mengoncang-goncang tubuh Syah.

Zamry masih lagi menangis,tidak tahu apa patut dilakukan.Dia hanya mempunyai kuasa graviti sahaja.Mana mungkin dia boleh gunakan kuasa tu untukrawat Syah.

Syah yang terdengar suara Zamry tadi,sudah tersenyum di dalam hati.

'Ohh..Zamry rupanya.Ingatkan Elf yang kuat marah tadi tu..Nasib baik.Kalau tak,meninggal jugak aku kena belasah dengan Elf tu sebab aku kutuk dia tadi...Hehehe..Aku nak main-mainkan Zamrylah pulaklah..'Gumam hati Syah.Dia masih berpura-pura pengsan.Tak jadi pulak nak bangun.

"Zamry. Ke tepi sikit.Saya nak periksa dia." Ucap Syawal yang baru tiba dengan alat perubatannya.

  Zamry mengelap air matanya sambil beralih ke tepi,memberi ruang untuk Syawal.

Syawal segera mengambil tangan Syah lalu memeriksa nadinya.Selepas seketika,Syawal tersenyum.Terhinggut-hinggut bahu Syawal,menahan ketawa.

Zamry yang melihat,agak kepelikan dan jugak risau dengan keadaan Syawal tu.Dah kena sakit mental dah ke?

Setahu dia,tak pernah langsung pun ada orang tahan ketawa masa merawat pesakit.Tapi,kalau yang tahan kentut tu,adalah.Ke..Syawal ni..dah mula gila macam Kifft?

"Wahaha! Kah,kah,kah!" Syawal tiba-tiba ketawa berdekah-dekah. Kuat pulak tu.

Tersentak Zamry dibuatnya.Syawal ni dah demam tahap sakit kronik ke apa? Sudahlah ketawa macam gergasi!

"Kenapa awak ketawa? Dia dah hampir nak mati dah kut! Cepatlah rawat dia! Yang awak ketawa pulak ni apasal?! Dah gila dah ke?!" Marah Zamry. Dia menampar kuat lengan Syawal.

Syah yang sedang berpura-pura pengsan,tetap tabahkan hati agar tidak ketawa.Dia pun nak gelakkan Zamry jugak! Mana adil Syawal gelak sorang-sorang.

"Adoi! Kenapa tampar saya tiba-tiba ni??" Terhenti habis gelak ketawa Syawal tadi.Berkerut-kerut muka dia menahan sakit.

Lengan yang ditampar tadi, digosok laju.Pedih yang langsung tidak terperi.

"Ish! Awak boleh tanya kenapa pulak? Hrrhh! Cepatlah rawat Syah! Awak nak tengok sangat ke dia mati?! Cepatlah! Rawat dia! Cepat!!" Desak Zamry lagi.Suaranya semakin meninggi.

Zamry memang dah bengang.Ada ke patut Syawal masih nak bergelak sakan lagi masa saat yang genting ni??

"Ehh..bertenanglah Zamry.Tengok tu..Luka dia dah makin bercantum balik.Tahu tak apa maknanya?" Soal Syawal sambil menunjuk luka Syah yang sudah bercantum semula secara perlahan itu.

Zamry melihat ke arah telunjuk Syawal.Wajahnya sudah berubah riak.Air matanya hampir tertumpah semula.Cis! Tak sangka dia sedang dipermainkan Syah dari tadi.

Tepat ada masa itu juga,kedengaran tawa Syah meletus.Dia tak dapat menahan ketawanya lagi.Syah segera membuka mata.Anak mata kelabu asap miliknya itu jelas kelihatan.

"Hahaha! Hai Zamry,Hai Syawal." Sapa Syah,perlahan.Dia tersenyum gembira.Zamry sudah mengetap gigi.

Syawal pulak hanya mengangguk perlahan sambil tersenyum lebar.Tangannya pula sibuk mengeluarkan alat perubatan yang diperlukan.

THE ALCHEMIST (EDITING)Where stories live. Discover now