Bab 55: Cagaran Sebuah Ciuman

1.4K 96 10
                                    

ZINNT tersentak di saat raksasa itu menundingkan jari kearahnya.Dia mengigil ketakutan. Wajahnya pucat.Tak nak! Dia tak nak mati!

Perlahan-lahan raksasa itu mendekati Zinnt.Tersenyum jahat.Hari ini...dia bakal melapah daging Elf yang enak.

Pakkk!!

Baru enam tapak raksasa itu melangkah,tiba-tiba dia dapat merasakan tangannya diraih seseorang.Pegangan tersebut terlalu kejap sehinggakan dia tak mampu bergerak sedikitpun.

Raksasa itu pantas menoleh.Rupa-rupanya,Syah yang sedang menghalang kerjanya kini.Alchemist itu diam tunduk memandang tanah namun tangannya masih tetap kuat mencengkam.

Tiba-tiba...

....Syah perlahan-lahan mengangkat wajahnya.Tersenyum sinis.Sebelah matanya berwarna biru manakala sebelah lagi matanya berwarna unggu.Ada lambang pentagram di situ.

Dia...bukan lagi Syah yang dulu.Ada 'sesuatu' yang sedang merasuk dirinya,kini.

Ada 'sesuatu' yang sedang merasuk dirinya,kini

Ups! Tento obrázek porušuje naše pokyny k obsahu. Před publikováním ho, prosím, buď odstraň, nebo nahraď jiným.

"Beta

Ups! Tento obrázek porušuje naše pokyny k obsahu. Před publikováním ho, prosím, buď odstraň, nebo nahraď jiným.

"Beta...gembira bertemu dengan kamu...Calicia Estwell.."

Serentak dengan itu,Syah serta-merta memulas kuat tangan raksasa tersebut hingga tercabut!

"Arghhhhh!!!!!"

Raksasa itu mengerang kesakitan.Dirundung rasa sakit yang tidak terperi.Darah hitam mulai bersemburan di merata tempat!

Syah hanya tersenyum mengejek.Tangan raksasa yang telahpun tercabut itu,lantas dibuang ke tepi.Dia kemudiannya menjelmakan sehelai tisu lalu mengelap darah yang melekat di tapak tangannya penuh bongkak.

"Kamu memang nak cari nahas,Calicia. Beta tak suka betul kamu berkurang ajar di sini.." Ucap Syah,sombong.Tak.Dia bukannya Syah.Dia adalah 'sesuatu' yang sukar diungkapkan dengan kata-kata.

Raksasa yang dikenali sebagai Calicia tadi,hanya mendengus geram.Bau Syah yang enak tadi,sudahpun tiada di deria baunya.Yang ada sekarang,hanyalah bau yang agak aneh dari kebiasaannya.

"Kau... Siapa kau? Kenapa bau kau...lain? Macam mana kau tau nama aku?" Calicia menyoal kehairanan.Namun begitu,dia tetap mulai menyukai Syah yang sombong ini.Lelaki itu..tampak lebih kejam berbanding sebelum ini.

THE ALCHEMIST (EDITING)Kde žijí příběhy. Začni objevovat