Bab 23: Tenaga Misteri

1.3K 124 3
                                    

JAMBATAN pelangi itu dilintasi dengan perasaan takut-takut. Ada yang teruja,ada yang rasa macam nak patah balik dan ada jugak yang rasa nak menangis.

    Eh,eh? Siapa yang nak nangis tu ye? Hahaha..Tak lain tak bukan,cuma Iryan sajalah.

     Setelah sepuluh minit berjalan,mereka tiba jua di seberang Sungai Berasid.

   Zinnt dan Fellex sudah ber-high five sesama sendiri manakala Iryan  tak habis-habis melekat dekat belakang Syah.

    Syah mengeluh perlahan.Dia memandang tajam wajah Iryan.

    "Ehem! Ehem! Iryan..kita dah sampai..tangan kau tu..Sila jauhkan dari aku." Tegur Syah.

    Dia mengangkat tinggi sebelah keningnya,memandang Iryan yang sedang bersembunyi di belakang.

    Iryan menggeleng-gelengkan kepalanya berulang-kali,tanda tidak mahu melepaskan Syah.Dia gayat! Jambatan tadi tinggi gila!

     Syah mengeluh sekali lagi.

   "Lantak kaulah.Asalkan kau tak meraba aku,sudahlah." Bebel Syah.Dia berjalan di belakang Fellex yang sedang rancak berbual dengan Zinnt.

          Syah,Iryan dan Syawal hanya mendiamkan diri ketika berjalan.Satria-satria yang lain pula banyak berkongsi cerita sesama sendiri.Mungkin mereka teruja sangat dapat menerokai dunia mistik ini buat kali pertamanya.

  Zinggg!!

Jambatan pelangi tadi terus saja hilang.

     Tanpa menghiraukan jambatan pelangi itu,mereka terus saja menyambung perjalanan mereka.

       "Abang..abang rasa,ayahanda marah tak sebab kita keluar jauh-jauh ni tanpa izin dia?" Soal Fellex tiba-tiba.

    Zinnt hanya mengangkat bahu.Wajah yang tak bersalah,dipamerkan.

     "Abang tak tahulah,adik...Tapi abang rasa,bila kita balik nanti,mesti ayahanda akan denda kita berus tandas.Erkk! Euww! Gelinya! Tak sanggup abang..." Balas Zinnt bersama reaksi geli.

   "Hahaha! Kalau abang nak cuci tandas,abang buatlah sendiri.Saya tak nak terlibat,okey? Hahaha!!" Ucap Fellex dengan ketawa kecil.

    "Euuww!! Tolonglah..Tak ingin abang.."

  Zinnt buat muka geli.Tekaknya rasa meloya bila perkataan 'cuci tandas' disebut oleh Fellex.

     Fellex masih dengan ketawanya.Tangan diseluk ke dalam poket.Batu kecil yg berada di tanah,ditendangnya kuat.

    Habis bergolek jauh batu tu dibuatnya.

    Syawal pulak,masih mengendong Zamry di belakang.Wajahnya berpeluh hebat.Dia penat.Ya,tersangat penat.

    Syah menoleh ke belakang,melihat ke arah Syawal yang agak tercicir jauh dari yg lain.

    Serta-merta Syah mematikan langkahnya.Iryan ditarik agar menjauhinya sedikit.

    "Wei..kau okey ke tak ni? Nak aku tolong?" Soal Syah dengan wajah yang agak bersalah.Kepala yang tak gatal,digaru perlahan.

    "Tak..tak apa..apa..kot.." Jawab Syawal dalam nafas yang agak semput.

    Syah menggeleng-gelengkan kepalanya berulang kali dengan wajah serius.

    "Tak..kau tak okey.Meh sini aku tolong."Ucap Syah,tegas.Dia beralih ke belakang Syawal,mengambil Zamry lalu mencempung tubuh adik angkatnya itu.

    Syawal menarik nafas lega.Dia meregangkan badan yang terasa lenguh.Nasib baik Syah tolong dia.Kalau tak,entah-entah dah tercabut dah tangan dia ni.

THE ALCHEMIST (EDITING)Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt