Bab 16: Jenaka Fellex

1.4K 126 0
                                    

KELIHATAN Syawal dan yang lain-lain sudah habis bertarung.Mereka tercungap-cungap keletihan.Syawal duduk diatas salah satu mayat Goblin disitu.Dia memerhati sekeliling.

     Fuh..Nasib baik tiada sesiapa yang terkorban dalam kumpulan mereka.Cuma,ada yang luka dilibas pedang sahaja. Itupun cuma calar-calar kecil.

     Syawal memegang pipi yang terasa pedih.Dia berdecit sakit.Ada luka di situ.

    "Semua okey? Tak ada yang mati kan?" Soal Syawal lagi,hanya untuk kepastian.

         "Ya.Semua orang okey.Tak ada yang mati tapi ada sesetengah yang terluka." Lapor seorang Jeneral.Dia memegang tangannya yang tercedera.Syawal mengangguk faham.

      Dari kejauhan,Syawal terlihat tiga susuk tubuh yang sedang menghampiri mereka.Syawal segera bangun.

    Dia mengecilkan anak matanya untuk melihat gerangan siapa.Semakin lama..wajah ketiga-tiga kelibat itu semakin jelas kelihatan.

     "Syah!!" Jerit Syawal,gembira.Pedang dipacakkan di tanah.Dia segera meluru mendapatkan Syah.

      Syah masih memeluk tubuh ditengah-tengah Fellex dan Zinnt.Dia kelihatan kesejukan.

     Di saat Syawal tiba dihadapan Syah,dia memeluk tubuh lelaki itu,erat.Macam tak nak lepas pun ada.Syah agak terdorong sedikit ke belakang.

    "Syah..syukurlah awak masih hidup..Saya risau tau tak? Goblin tu tak sempat lukakan awak kan? Kan?" Soal Syawal sebelum dia melepaskan pelukannya.Wajah Syah dibeleknya.

     Syah hanya tersenyum nipis sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.

   "Ya..dia tak sempat buat apa-apa pun,cuma tadi dia hampir-hampir nak kerat tangan saya.Awalnya,dia rentap sarung tangan saya.Habis tercabut entah ke mana sarung tangan saya tu.Elok-elok saja dia genggam tangan saya,jari dia terputus.Dan masatu,tepat-tepat Zinnt hampir terpanah dia.Jadi,apa lagi,goblin tu pun teruslah cabut lari sebab takut dan sakit.Hahaha!" Syah bercerita bersama ketawa kecil.

      Syawal dan Zinnt juga turut ketawa.Selepas beberapa detik,mereka berpandangan sesama sendiri.

     "Saya Zinnt, abang Fellex. Kamu?" Soal Zinnt,ramah.Dia menghulurkan tangannya untuk berjabat tangan.

       Syawal menyambut huluran Zinnt dengan senyuman.

   "Saya,Syawal.Kawan baik Syah." Ucap Syawal pula.Zinnt mengangguk faham.Mereka segera meleraikan jabatan tangan mereka secara serentak.

      Syah pulak sudah berlari anak, mendapatkan satria-satria yang tercedera.

        "Kamu okey? Sakit ke?" Soal Syah dengan wajah risau.Sesetengah satria itu mengangguk dengan wajah yang berkerut menahan sakit.

      "Biar saya sembuhkan kamu semua." Syah duduk melutut sambil membuka sarung tangannya.

      Dia mengeluarkan kuasa pemulihan miliknya lalu menghalakannya di atas luka salah seorang satria disitu.

    Selepas beberapa saat,luka satria itu semakin pulih.Satria yang lain pula hanya tergamam.Mereka tak pernah tengok Alchemist menyembuhkan luka sebelum ni.

      "Okey...yang lain pulak." Syah sudah pergi kearah satria yg lain pula.Kuasa pemulihan dikeluarkan lagi lalu dihalakan diatas luka satria itu.

    Hal ini berlanjutan sehingga semua yg terluka,disembuhkan kembali.

   Syah menyarungkan sarung tangannya semula.Dia mengesat peluh yang mulai memercik di dahi sebelum membuang pandang kearah Syawal.

      Kelihatan Syawal,Fellex dan Zinnt sedang sibuk menguruskan mayat Goblin-goblin yang dibunuh tadi.Perlahan-lahan,Syah mengatur langkah kearah mereka bertiga.

THE ALCHEMIST (EDITING)Where stories live. Discover now