Bab 33: Istana Misteri

1.2K 108 6
                                    

"HEI kamu semua! Janganlah macam ni. Kamu tahu tak yang kamu semua sedang dalam bahaya? Semua harta ni akan rosakkan fikiran kita.Mari kita pergi dari sini cepat,sebelum sesuatu yang buruk terjadi." Ucap Syah,cemas.Dia cuba untuk meleraikan pergaduhan yang semakin sengit itu namun gagal.

"Jangan menyibuklah!" Marah salah seorang satria disitu.Tubuh Syah ditolaknya.

"Arghhhh!"

Oleh kerana tubuh Syah masih lagi lemah,dia hilang keseimbangan diri dan hampir-hampir sahaja jatuh.

"Hei! Jaga-jaga!" Jerit Fellex,dalam masa yang sama dia sempat menahan tubuh Syah dari jatuh terduduk.

"T...terima kasih.." Dalam terketar-ketar Syah bersuara.Terkejut sangat agaknya.

"Hmm..Sama-sama. Lain kali,hati-hatilah sikit.Kau tu masih tak berapa nak sihat." Nasihat Fellex, prihatin.

Perlahan-lahan,dia menolong Syah berdiri tegak semula.Tangan Syah ditariknya,menjauhi satria-satria yang masih sibuk bertengkar itu.

"Syah! Awak tak apa-apa?"

Iryan datang menerpa mereka.Begitu jugak dengan Syawal dan Zinnt.

Syah hanya tersenyum nipis.

"Saya..okey.Nasib baik..Fellex sempat sambut saya tadi.." Balasnya,masih agak terketar-ketar.Wajahnya tampak pucat.

Dahi Syawal terus sahaja berkerut seribu,risau.Tubuh Syah dipeluknya.Sejuk.

"Betul ni awak tak apa-apa?" Soal Syawal,agak risau. Takut kalau-kalau kesan sampingan racun Amfric itu masih kuat.

"Saya okey. Jangan risau.Tengok? Saya nampak sihat je kan?" Balas Syah lagi,sambil merungkaikan pelukan yang dicipta oleh Syawal.

"Awak..nampak tak sihat Syah." Ucap Zinnt pula,jujur.Lengan Alchemist itu cuba untuk dipegangnya namun Syah lebih cepat mengelak.

"Saya cakap,saya okey! Jangan risaukan saya...Kamu semua lebih perlu risaukan mereka.." Balas Syah,sambil melihat ke arah satria-satria yang masih bertengkar itu.

"Bagi aku berlian ni!"

"Jangan harap! Ni aku punya!"

"Tak! Aku yang dapat dulu dari kau,jadi berlian ni milik aku!"

Syah mengurut-urut dahinya yang terasa berpusing.Pertengkaran ini benar-benar menyakitkan kepalanya.

Tiba-tiba..

Shinggg!!

Muncul satu istana gergasi,tak jauh dari tempat mereka berada.

Semua orang tersentak,terkejut dengan jelmaan istana gergasi yang muncul secara tiba-tiba itu.

Kesemua satria yang berada di situ,hanya terlopong.Berlian yang direbutkan oleh mereka sedari tadi, serta-merta terlepas dari tangan lalu jatuh bergolek diatas tanah.

"Urgh..Saya ni pening sangat ke sampai boleh terkhayal ni? Istana tu cuma halusinasi saya saja ke?" Soal Syah,berserta kepala yang terasa memberat.

Dia mencengkam bahu Syawal,menjadikan sahabatnya itu sebagai penahan tubuhnya dari jatuh.

"Tak,Syah.Awak tak berhalusinasi.Istana tu memang wujud." Ucap Syawal,dengan rasa tak percaya.

Fellex pula sudah meraup wajah,tak faham dengan apa yang sedang terjadi ni.

Tiba-tiba..

Pintu istana itu terbuka luas.

Kelihatan seorang gadis yang bersayap pari-pari,sedang terpacak dihadapan muka pintu istana tersebut bersama sebuah senyuman.

THE ALCHEMIST (EDITING)Where stories live. Discover now