Bab 58: Arien

1.2K 95 1
                                    

Di Empayar Kota Bayangan:

PEDANG yang diperbuat dari racun Albesix,pantas dijelmakan.Kifft kemudiannya menendang pintu istana itu lalu masuk ke dalam istana tanpa sebarang keizinan.

Dia berjalan selamba,langsung tak gentar bakal menerima hukuman kerana melanggar peraturan istana.Kesemua pengawal yang datang menyerangnya,dibelasah dan di bunuh tanpa belas kasihan.Tiada seorang pun yang dibiarkan terlepas.

Kifft tersenyum sinis.Sempat lagi dia 'menikmati' makan malamnya di dewan istana itu.Tangan salah seorang pengawal yang sudahpun putus,dilahapnya penuh berselera.Emm...Daging manusia sememangnya enak.Tambah-tambah lagi ketika ia segar.

Tangan yang sudah habis di makan isinya itu,kemudiannya dibuang ke tepi.

Sambil berjalan,sambil itu juga Kifft mengheret pedangnya ke lantai.Bunyi berdesir yang terhasil,sememangnya menyakitkan telinga.Nampaknya dia seronok berbuat sebegitu. Cuba untuk mengundang perasaan takut kepada manusia yang mendengar.

Cahingg!

Tiba-tiba,muncul sesusuk tubuh yang berdiri tepat-tepat di hadapan Kifft.Berpakaian formal hampir seperti seorang butler.Namun yang membezakan butler dengan dia adalah...,baju lelaki itu berwarna merah bercampur putih.Sebelah wajahnya ditutupi oleh rambut kelabu asap yang sedikit panjang sehingga ke dagu.

"Selamat malam.Nama saya Arien,penasihat diraja Tuanku Lord Zaiyron.Untuk pengetahuan kamu,kamu telah melanggar peraturan istana di bawah Akta Membunuh 666 kerana membunuh pengawal diraja dan juga menceroboh istana.Dan...kamu sepatutnya dihukum bunuh kerana bertindak sebegini." Lelaki itu bersuara sopan tanpa membuka mata.Sempat lagi dia memperbetulkan sarung tangan putihnya yang kelihatan mewah itu.

Kifft hanya mempamerkan muka menyampah.Sempat lagi dia membuat gaya mengejek cara percakapan Arien tadi.

"Nya..nya..nya.. Nama saya Arien..bla..bla..bla.. Hei bodoh! Kau ingat aku kesah kau ni siapa,hah?! Suka hati akulah nak buat apa sekalipun! Kau jangan cuba nak halang akulah!" Ucapnya,penuh rasa sakit hati.

Diam.Perlahan-lahan Arien membuka kelopak matanya.Sebelah mata hijaunya jelas kelihatan manakala sebelah lagi agak terselindung di sebalik rambut.Dia kemudiannya menyengetkan kepalanya ke kanan lalu mengukir senyuman manis.

"Haha! Alahai... Garangnya kamu ni... Datang bulankah?" Ucapnya,seekan-ekan menyindir.Kedua-dua belah tangannya pula disorokkan di belakang.Nampak comel saja gayanya.

Hati Kifft serta-merta mengelegak panas.Berang ada yang berani menyindirnya sebegitu!

"Kau...! Berani kau cakap macam tu?! Kau memang nak cari nahas!"

Kifft datang menyerang Arien namun Arien langsung tidak berganjak sedikit pun.Hampir saja mata pedang Kifft hinggap di leher Arien,tiba-tiba...

Cachinnggg!

Arien ghaib dan muncul tepat-tepat di belakang Kifft.Kini,lelaki budiman itu sedang meletakkan pedang di leher Kifft dalam gaya bagaikan seorang pembunuh.Pisau itu adalah...Sword of Light.Jika sesiapa yang memiliki kuasa gelap yang terkena walau sedikitpun mata pedang ini,akan MATI secara serta-merta.

"Sila pilih salah satu.Pergi tanpa datang kembali ..atau mati...?" Bisik Arien dalam nada yang kejam.Ada aura merah putih yang mulai menyelubungi mereka berdua.

Kifft sudahpun meneguk air liur yang terasa kelat.Takut jika mata pedang ini terkena pada lehernya.Badannya mulai mengeletar tanpa henti.

"Ba-baik! Aku akan pergi.." Buat pertama kalinya, Kifft terpaksa mengaku kalah kepada seorang lelaki mentah.

THE ALCHEMIST (EDITING)Where stories live. Discover now