Bab 53: Viola Kematian

1.2K 99 2
                                    

VIOLA Kematian yang baru dijelmakan,disentuh penuh kasih.Vine tersenyum mengejek.Viola ini bukannya sebarangan viola.Dengan mengesek sahaja viola ini,raksasa yang sudah lama 'tidur' di dalam Jurang Kekayaan bakal 'terjaga' semula.Raksasa itu akan mengambil semula hak miliknya.Dan semestinya pasti,kesemua ahli kumpulan Syah bakal MATI.

    Jika ingin tahu,di dalam Jurang Kekayaan itu terdapatnya Penjaga Jurang Kekayaan yang menjaga tempat itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

    Jika ingin tahu,di dalam Jurang Kekayaan itu terdapatnya Penjaga Jurang Kekayaan yang menjaga tempat itu.Dahulunya ianya merupakan seekor makhluk yang baik,murah hati dan menyukai muzik.

    Namun selepas seorang pemain muzik lelaki mengkhianati dirinya dan melarikan kesemua harta di Jurang Kekayaan itu,maka ia pun berubah.Dari seekor raksasa yang baik,tiba-tiba ia berubah menjadi jahat.Malah ia pernah bersumpah bahawa ia takkan mempercayai manusia lagi.Sejak itu,raksasa itu menyerang manusia yang berada di dimensi lain dan mencuri kesemua harta mereka.

    Harta itu kemudiannya dikumpul di sekitar kawasan dan di dalam Jurang Kekayaan.Bagi sesiapa yang mencuri atau mengambil,buruk padahnya.Inilah sebab mengapa Jurang Kekayaan ini dilumuri harta yang tiada terhitung banyaknya.

    Tetapi setiap perbuatan ada balasannya.Kerana raksasa itu telah banyak melakukan kejahatan,maka ia ditidurkan di dalam jurang tersebut tanpa dibangunkan kembali.

    Hanya gesekan dari Viola Kematian inilah yang mampu membangkitkan raksasa kejam itu kerana sejak pengkhianatan itu berlaku,ia tak pernah menyukai muzik lagi.Namun hanya Not-Not yang tertentu sahaja yang boleh membangkitkannya.

   "Not Kematian.."

Dengan menggunakan sebelah tangannya lagi,Vine menjelmakan pula sekeping kertas yang dipenuhi Not muzik.Tak.Ia bukan Not muzik sebarangan.Ia dipenuhi oleh Not muzik yang aneh.

    Kini Vine membuang pandang semula ke arah tingkap.Kelihatan kesemua ahli kumpulan Syah sudahpun melarikan diri ke arah jambatan Jurang Kekayaan yang baru sahaja muncul.Air matanya menitis tatkala dia terlihat Syah sedang dibawa pergi.

    Vine mengelengkan kepalanya berulang kali.Tak boleh! Tak ada sesiapa boleh bawa Syah jauh darinya! Syah hanya milik dia seorang! SEORANG!

    Kertas yang dipenuhi Not-Not itu serta-merta terapung dengan sendirinya di udara.Tepat-tepat dihadapan Vine.Viola yang dipegang kemudiannya diletakkan di bahu.Pengesek viola serta-merta muncul di tangan kanannya.

    "Dengan ini wahai Penjaga Jurang Kekayaan yang sudah lama 'tertidur'...Aku arahkan engkau bangun dan ambil kembali hartamu yang dicuri mereka..Termasuklah nyawa mereka sekali sebagai balasan.."

    Gesekan viola yang bernada pilu dan dendam,mulai bergema.

••••••••••••••••••••••••♪•••••••••••••••••••••


SYAH membuka kelopak matanya yang terasa memberat.Seluruh badannya terasa panas yang agak luar biasa namun sebenarnya seluruh badannya bersuhu sejuk.Sedar-sedar dia kini sedang didukung Zinnt dan bukannya di dalam istana Vine lagi.Air matanya gugur.Hairan.Kenapa mereka melarikan dirinya sedangkan dia ingin bersama Vine? Kenapa harus bawa dirinya sekali? Kenapa tak biarkan dia berseorangan di situ?

THE ALCHEMIST (EDITING)Where stories live. Discover now