Bab 2: Wanita Misteri

2.6K 178 6
                                    

Di Pusat Rawatan Racun,

"NASIB baik kamu cepat kenalpasti kecederaan dia ni..Kalau tak,mesti dia dah mati.Terima kasih,Zamry." Ucap Syawal,selaku ketua bahagian pakar racun.

Zamry hanya tersenyum nipis.Dia memandang Syah yang sedang lena diulit mimpi itu.Dadanya yang dipanah petir tadi sudah diubati dan dibalut.Cuma,terserah pada tubuh Syah sahaja ketika ini untuk memulihkannya secara cepat atau perlahan.

"Bila Tuan saya akan sedar?" Ucap Zamry,agak gelisah.Ramai lagi pesakit yang perlu diubati,itu yang mengusarkan hatinya.

"Dia akan sedar selepas dua hingga tiga harini.Ini disebabkan tubuhnya tidak pernah terkena racun Amfric.Semua ini terlalu baru untuk tubuhnya.Jangan risau.Saya akan tolong kamu merawat pesakit dia." Ujar Syawal seakan-ekan mengetahui masalah yang membendung fikiran Zamry.

Zamry tersenyum nipis.

"Oh..lamanya..Dia tidur ke atau tak sedarkan diri? Hmm..Saya tak sangka bekas kawan baik dia sanggup buat dia macam ni..kesian dia.." Ucap Zamry sayu.

"Dia sebenarnya tak sedarkan diri..Ya..saya pun tak sangka dia akan terluka teruk macam ni sekali.." Ucap Syawal,agak sayu.

Dia juga turut bersimpati atas apa yang telah menimpa sahabat karibnya itu.

"Sedarlah Syah..Pesakit awak perlukan awak..Kami semua perlukan awak..." Ucap Syawal perlahan.Kata-kata semangat boleh mendorong proses penyembuhan Syah ketika ini.

••••••••••••••••••••••♦•••••••••••••••••••••••

Di dalam mimpi..

PERSEKITARAN yang menakutkan itu dipandang Syah tanpa rasa gusar.Dia memerhati sekeliling.Kelihatan pokok-pokok Kematian berada di serata tempat.Banyak tengkorak dan rangka manusia berselerakkan di situ.

Perlahan-lahan Syah melangkah.Dia kebingungan.Dimanakah dia ketika ini?

Syah sempat menguis-guis beberapa tengkorak dengan hujung kasutnya.Seronok betul bila dia nampak tengkorak manusia secara langsung macam ni.Jakunlah katakan.

Uwakk!! Uwakk!!

  Tanpa disangka,tiba-tiba seekor gagak terbang melintasi hadapan Syah.

Lelaki itu terkejut beruk.Habis terlompat sedikit dia ke belakang.Dada digosok laju.Huh..gagak rupanya.Ingatkan han-...

Gulp! Fikirannya terhenti untuk seketika.Air liur kemudiannya ditelan payah.

Syah terus sahaja mencari-cari kelibat gagak yang melintasinya tadi namun,...ia sudah tiada.

Darah bagai terasa meluru laju ke otak.Seram sejuk.Pelbagai perkara yang bukan-bukan mulai timbul di benak fikirannya.

Positif! Syah cuba untuk berfikiran positif.Mungkin gagak itu sudah terbang pergi.Ya,mungkin.

Tapak tangan digosok untuk menghasilkan sedikit haba.Tempat itu terlalu sejuk baginya.Macam sekarang ni dia dekat atas gunung saja rasanya.

Zinggh!

Tiba-tiba,..muncul kelibat seorang wanita dihadapannya.

Baju wanita itu berwarna putih terang.Sambil tersenyum,wanita itu melangkah kearah Syah yang sedang terpingga-pingga. Peliknya.Dari mana perempuan ni datang?

"Saudari ini siapa? Saya..di mana? Kenapa ada banyak tengkorak disini? Pernah ada pembunuhan di sini ke?" Soal Syah,agak kekok.Walaupun takut,dia juga turut melangkah kearah wanita itu.

THE ALCHEMIST (EDITING)Where stories live. Discover now