Bab 56: 'Serangan' Syah?!

1.4K 97 9
                                    

Bab kali ini adalah bab di mana idea Author dan idea fatin_idayu bercampur menjadi satu.Harap enjoy!😂😂

_______________________________________

   SWUSHHHH!

Di saat mereka semua sudah menjejakkan kaki di atas tanah,jambatan Jurang Kekayaan tiba-tiba menghilang dengan sendirinya.

   Mereka tegak berdiri di tempat masing-masing,mengamati panaroma yang indah.Dari sini,mereka sudah dapat melihat Gunung Kematian yang berada agak jauh dari mereka.

    Namun...hanya Zinnt seorang saja yang berwajah masam.Dia masih lagi merajuk dengan Fellex.Malah tak ada rasa nak senyum pun.

   Oleh kerana masih lagi berjauh hati dengan adiknya,Zinnt pantas menjarakkan dirinya antara Fellex sebanyak 1 meter.Tepat-tepat di sebelah Syah.

    Kelihatan Fellex sedang memandang tajam ke arah Zinnt,benci abangnya menjauhinya seperti menjauhi anjing kurap.Zinnt hanya membalas dengan jeliran lidah.Sengaja ingin menyakitkan hati Fellex.

    "Nampaknya...hari sudah semakin gelap..tapi yang peliknya,sepatutnya sekarang ni waktu tengahari kan..?" Ucap Syawal bersama kepala yang didongakkan,memandang langit yang kian kelam.

   Serentak dengan itu,masing-masing juga turut mendongak.Mereka agak kebingungan.Sekarang ni...waktu tengahari ke,ataupun waktu petang?

    Zinnt hanya diam.Dia juga buntu.Ada dua situasi sekarang ni.Iaitu di sebelah Selatan,langit masih lagi seperti waktu tengahari manakala di sebelah Utara pula(tempat dimana mereka sedang berada sekarang ni),langit kelihatan sudahpun seperti menginjak waktu senja.

   Bukk!

   Tiba-tiba Zinnt dapat merasakan pinggang sasanya dipeluk seseorang dari arah tepi.Namun dia hanya mengendahkan dan terus saja memerhati langit yang pelik itu.Lagipun dia tahu,mesti Fellex yang peluk dia ni.Huh.Nak cuba pujuk dialah tu.

   Zinnt mencebik.Jangan haraplah dia nak maafkan adiknya tu dengan cara semudah ni.

    Namun semakin lama,Zinnt dapat merasakan pelukan itu semakin erat.Tangan itu mulai gatal merayap di tubuhnya.Dari atas bawah,atas bawah.Hairan.Zinnt dah mula rasa pelik.Fellex tak pernah 'semesra' ni kalau nak minta maaf sekalipun.

   Er..kalau bukan Fellex,siapa yang peluk dia sekarang ni?

   Perlahan-lahan Zinnt menoleh,ingin melihat gerangan siapa.Di sebelahnya,kelihatan ada insan yang dia kenali...sedang tersenyum memandang dirinya dari atas sehingga bawah.Penuh riak kegatalan.

   Zinnt tersentak,bertambah rasa terkejut yang teramat.Dadanya berombak kencang.Matanya serta-merta membuntang luas.Otaknya terasa beku sekarang ni! Biar betik?!

   Belum sempat Zinnt berbuat apa-apa,tiba-tiba saja tubuhnya dirangkul ke dalam pelukan 'insan' tersebut.Terlalu erat sekali sehinggakan bunyi hembusan nafas 'insan' tersebut dapat didengari Zinnt.

    "Zinnt sayang... Kamu benar-benar mengoda beta.. Beta rasa macam nak 'makan' kamu saja..."

     'Insan' tersebut sempat berbisik di tepi telinga Zinnt,penuh romantis.Tangan gatal itu masih lagi merayap liar di tubuh Zinnt sebelum rambut panjangnya dihidu lembut oleh 'insan' itu.

   Darah merah pantas menyerbu ke muka Zinnt.Air mata mulai bertakung di tubir matanya.Dia terjerit ketakutan.

    "WARGGGHHHHHH!!! SYAHHHH!!!! KENAPA DENGAN AWAK NI?!!!!!!"

THE ALCHEMIST (EDITING)Where stories live. Discover now