Bab 47: Ivy,Si Pemuda Misteri

1.3K 96 8
                                    

Di sebuah menara misteri yang agak berdekatan dengan Lorong Roh,

SEORANG Magician yang misteri,sedang tersenyum indah di hadapan jendelanya.Senyumannya..,seekan-ekan menyerupai seseorang yang pembaca kenali.

   Wajahnya kelihatan dalam lingkungan 20 tahun,muda dan tinggi lampai orangnya.Rambutnya pendek,di potong rapi.Tiada sebarang jambang mahupun misai yang tumbuh di wajahnya.Nampaknya,pemuda ini sememangnya mementingkan kebersihan.

     Dia tersengih jahat.Poketnya diseluk lalu dia mengeluarkan berlian tujuh warna dari poketnya itu.

    Berlian sekecil bola pingpong itu di angkat tinggi-tinggi lalu ditelitinya penuh asyik.Berlian inilah yang diambilnya ketika di Jurang Kekayaan tadi.

    Dengan adanya berlian ini,...akan lengkaplah segala perancangan yang dirancangnya selama dua minggu ini.Semuanya telah dirancang rapi.Dia yakin,sebarang kesilapan tidak akan berlaku.

      "Akhirnya... Tak lama lagi,bunga Asfloera akan jadi milik aku.." Ucapnya,perlahan.Berlian itu kemudiannya di genggam berserta sebuah senyuman.

     Kini,dia membuang pandang pula ke luar jendela.Tanah yang 'mati' itu dipandangnya tanpa perasaan.Hujan lebat memenuhi ruang angkasa,kini.

    Tiba-tiba, dia teringat kembali apa yang dilihatnya di Jurang Kekayaan tadi.Seorang lelaki.Namun wajah lelaki itu kelihatan agak samar-samar di matanya,lantaran air hujan yang lebat membasahi bumi.

       "Emm...Siapa kau sebenarnya?" Soal Magician itu,seorang diri.Dia termenung untuk seketika.

        Tak lama kemudian....

"Hachuumm!"

     ...tiba-tiba sahaja si Magician itu terbersin.Hingus yang mulai meleleh turun dari hidungnya,di lap perlahan dengan menggunakan sapu tangan.

       "Aduhai...Nak demam lagi ke aku ni? Ah.. Auch! Arghh... Sakitnya...."

     Pemuda itu terus sahaja memegang dada kirinya yang tiba-tiba terasa perit.Wajahnya berkerut-kerut menahan kesakitan yang tidak terperi.

    Entah kenapa,sudah dua minggu lebih kesakitan itu dapat dirasainya tanpa henti.Semua jenis potion telah diminum,namun masih tetap tiada perubahan yang berlaku.

     Kreekkkk...

    Tiba-tiba..,pintu biliknya dikuak dari luar.

    "Abang?" Panggil satu suara,merdu sekali.

      Magician itu pantas menoleh ke belakang.Wajah adik perempuannya itu dipandang penuh kasih.Dada kirinya masih dipegang.

      "Ya,adik? Kenapa cari abang ni? Lapar?" Soal Magician itu,prihatin.Senyuman tetap dilemparkan walaupun dirinya sedang di dalam kesakitan.

       Adiknya hanya menggeleng-gelengkan kepala berulang kali.Wajahnya kelihatan risau.

    "Abang Ivy.. Abang sakit lagi?" Soal adiknya pula.Dia mulai mengatur langkah ke arah abangnya itu.

     Magician yang dikenali sebagai Ivy itu,hanya tersenyum memandang adiknya yang semakin menghampiri.

      "Poison..abang dah pernah kata kan yang abang boleh jaga diri sendiri?" Balas Ivy bersama senyuman paksa.Kesakitan tadi masih mencengkam.

    Poison.Seorang gadis yang sudahpun berusia 186 tahun namun masih awet muda seperti gadis 17 tahun.Berketurunan Witch iaitu keturunan yang panjang umurnya.

   Ivy pula,merupakan seorang lelaki yang telahpun berusia 200 tahun.Seorang Magician yang mempunyai sihir yang hebat sehinggakan tiada sesiapa pun yang dapat menandingi kekuatannya.Namun,lelaki ini mempunyai latar belakang yang sungguh misteri.Asal-usulnya langsung tidak diketahui.

THE ALCHEMIST (EDITING)जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें