Bab 52: Pergi mati!

1.2K 96 2
                                    

SEPANTAS kilat Fellex melibas laju pedangnya ke arah Vine namun gadis itu lebih cepat bergolek ke tepi.Mereka bertikam mata.Tajam.Dada Fellex berombak kencang.Dilanda kemarahan yang tidak terperi.Kawan pertama dalam seumur hidupnya,telah digigit Vampire durjana ini!

    "Aku sepatutnya bunuh kau dari awal lagi!"

   Sekali lagi Fellex menerpa Vine.Pedangnya dilibas laju tanpa henti tetapi kesemuanya berjaya dielak.Seperti orang kerasukkan,dia menyerang lagi.Matanya dipenuhi amarah dendam.

"Fellex! Tunggu! Jangan serang dulu! Aku...aku tak sengaja!" Vine bersuara sambil tangkas mengelak setiap serangan Fellex.

   "Arghh! Kau penipu! Aku takkan percayakan kau! Pergi matilah betina tak guna!"

    Larian laju diatur.Tanpa sebarang amaran,Fellex melibas laju mata pedangnya ke leher Vine.Dia sudah tak kesah! Biar betina ni mati dipancung!

    Shingggg!

    Serangan Fellex tersasar.Vine lebih tangkas mengelak dengan gaya melompat balik kuang ke belakang beberapa kali.Kini jarak Vine dengan Fellex agak jauh.Kira-kira 5 meter.

    Wajah Vine tiba-tiba berkerut seribu.Dia memegang leher yang terasa perit.Ada goresan mata pedang yang panjang di lehernya.Lebih tepat lagi,calar.Nyaris-nyaris saja terpancung.

    Fellex tersengih sinis.Hujung mata pedangnya menitikkan darah merah.Dia memandang tajam ke arah Vine.Pandangan membunuh.

  "Kau akan terima balasannya!"

   Sekali lagi dia berlari laju.Hayunan maut dilakukan tanpa henti.Vine yang tidak sempat mengelak hanya menahan setiap serangan dengan menggunakan kukunya yang panjang.Setiap kali pedang Fellex dan kukunya berlaga,bunyi berdesir yang kuat kedengaran.

   Ternyata kuku Vine bukannya calang-calang kuku.Mungkin ia disaluti besi yang kukuh.

   Kini mereka saling menahan serangan masing-masing.Pedang bertemu kuku.

    "Fe..Fellex! Hentikan! Aku tak sengaja! Aku minta maaf!" Vine bersuara lagi.Dia menahan kuat pedang Fellex dari mengenai wajahnya.

    "Heh? Tak sengaja? Tak sengaja kau cakap?!" Fellex bernada marah.Tolakkan pedangannya yang bertemu kuku Vine itu semakin diperkuatkan sehingga Vine tertolak sedikit ke belakang.

    Nampaknya,masing-masing tidak mahu menganjakkan senjata mereka.Jika berganjak sedikit,seseorang dari mereka pasti akan mati.

     Crakk....crakk...

Bunyi rekahan kedengaran.Datangnya ia dari kuku Vine yang semakin retak akibat menahan kekuatan pedang Fellex untuk masa yang lama.Vine panik.Bila-bila masa saja kukunya bakal patah dan pedang Fellex bakal menyinggah kepalanya.

    Vine menitiskan air mata,bagai memohon simpati.Dia sempat membuang pandang ke arah Syah yang telahpun berada dipangkuan Zinnt.Mata Alchemist itu terbuka sedikit dan kini,lelaki itu seekan-ekan memandangnya juga.

    Senyuman sinis di bibir Vine tiba-tiba terukir.Dia masih lagi cekal menahan mata pedang Fellex walaupun dia tahu jika dia berterusan sebegitu, pedang tersebut bakal hinggap di kepalanya.

    "Kalau Syah bukan untuk aku,dia juga tak layak untuk bersama dengan kamu semua! Dia milik aku seorang saja! Aku!" Jerit Vine secara tiba-tiba,sekuat hatinya.

   Suaranya garau,berpecah-pecah.Matanya memerah bak api yang membakar.Dirinya ditenggelami arus benci.Dia bukan lagi Vine yang dulu.Kini....diri Vampire yang menakluki jiwanya.

    "Kau...! Pergi matilah!"

Fellex semakin menguatkan tolakkan pedangnya.Benci.Dia benci mendengar kata yang dikeluarkan Vine tadi.

THE ALCHEMIST (EDITING)Where stories live. Discover now