Bab 26: Siapa Syah Sebenarnya?

1.2K 120 7
                                    

"MENGAKU cepat!! Kamu semua ni pengintip puak Aries kan?! Kan?!" Jerkah Maurius,lantang.

"Tak! Kami bukan pengintip puak Aries! Kami cuma nak cari Bunga Asfloera!!" Jerit Syah kembali.Dia berang dijerkah sebegitu.

"Oh?! Tak nak mengaku ya?! Rasakan ni!!"

Bukkk!! Bukk!!

Dua tumbukan padu mengenai pipi Syah.Wajahnya terpaling kearah kanan.Bibirnya pecah.

Perlahan-lahan Syah memalingkan wajahnya,menghadap Maurius.Sempat lagi bibirnya menguntum sengihan sinis.

Hati Maurius semakin membengkak akibat sengihan sinis Syah itu.

"Kau lebih baik mengaku cepat sebelum aku bunuh kau!!" Jerkah Maurius lagi.Penumbuk ditayangkan di wajah Syah.

"Hahahaha!! Kau buat lawak ke apa,hah?" Balas Syah bersama ketawa lucu.

Darah Maurius menyirap.

"Kau ni memang nak mati!!"

Bukk!!

Penumbuk dilayangkan ke pipi Syah sekali lagi.Wajahnya juga terkalih ke kanan semula.Bibirnya berdarah teruk.

Tiba-tiba,Syah ketawa kecil.Rambut pendek yg sudah kusut itu,menutupi matanya.

"Ha..ha..ha..Maurius.. Nampaknya kau dah mencabar orang yg salah..Aku nak tanya ni..Kau pernah dengar tak,tentang kemusnahan besar Empayar Kota Bayangan masa 100 tahun yg lepas?" Soal Syah tanpa memandang Maurius.

Maurius tersenyum sinis.

"Heh..Kau ingat kami ni bodoh sangat ke sampai tak pernah tahu sejarah dasyat tu? Semua orang pun tahulah,bodoh!!" Balas Maurius, bongkak.

"Hahaha.." Tiba-tiba Syah ketawa perlahan,namun kedengaran sungguh kejam.

"Kau rasa,kau tahu tak siapa yg buat kemusnahan tu?" Soal Syah lagi.

"Huh..Memanglah aku tahu!! Dia tu seekor The Undead Devil,raksasa yg paling ditakuti orang ramai!! Sudahlah.Hentikan soalan kau ni.Kenapa kau tanya??" Soal Maurius, agak pelik.

Syah tersenyum sinis.Perlahan-lahan dia mengangkat wajahnya,memandang wajah Maurius.

"Kau rasa dia siapa ya?" Soal Syah semula dalam sinis.

Secara tiba-tiba,sebelah mata kanannya bertukar menjadi warna unggu dan di sebelah kiri pula bertukar menjadi warna biru tua.

Di tengah-tengah anak matanya itu,ada lambang Alchemist yg sedang berpusing-pusing di situ.

Maurius tersentak.Dia berundur beberapa langkah ke belakang.Kakinya terketar-ketar.

Jari ditundingkan tepat ke wajah Syah.

"Janganlah kata yg k..kau..kau..Kau ni....Arghhh!! Lari semua!! Lari selamatkan diri!!" Jerit Maurius, kalut.Dia melarikan diri bersama-sama orang suruhannya.

Syawal tergamam tatkala dia ternampak mata Syah itu.Dia terkejut..Benar-benar terkejut!!

Kumpulan Syah yg lain pula,hanya terpingga-pingga. Kenapa diorang lari macam tak cukup tanah tu?

Syah pulak sudah menutup matanya kembali.Dia menarik nafas sedalam mungkin.Matanya perlahan-lahan bertukar menjadi warna kelabu asap semula.

"Korang okey?" Soal Syah bersama senyuman.Dia memandang satu persatu ahli kumpulannya.

Mereka yg masih kebingungan,hanya mengangguk sahaja.

Syah segera mereputkan tali yg mengikat dia itu dengan menggunakan tangan kanannya sehingga ia terputus dua.

Dengan pergerakan yg pantas,dia membuka pula ikatan rakannya yg lain.

"Kita mesti bergerak cepat! Tempat ni berbahaya!" Arah Syah.Tangannya pula pantas meleraikan ikatan di badan Syawal.

Syawal masih lagi membeku.Wajah Syah dipandangnya dengan perasaan ingin tahu.

'Syah..Kau ni siapa sebenarnya?" Soal Syawal dalam hati.




to be continued..

THE ALCHEMIST (EDITING)Where stories live. Discover now