Bab 67: Putik Cinta

2.3K 144 43
                                    

"ABANG sepatutnya tak berpihak pada Iryan! Dia tu jahat! Kan dia sendiri yang mengaku yang dia yang racun Syah tempoh hari?! Abang tak dengar ke?! Dia..tu..jahat! Saya tetap takkan terima dia walau apa cara sekalipun! Diam! Saya tak nak dengar apa-apa dari mulut abang lagi! Shut up and leave me alone!"

   Fellex membantah sekeras-kerasnya. Telinga panjangnya ditekup.Wajah disembamkan ke katil.Dia tak mahu dengar apa-apa lagi pujukan dari abangnya! Hatinya panas! Panas!

    "Tapi dik..."

   "Diam! Saya kata diam!" Jeritan Fellex mematikan bicara Zinnt.

   Zinnt meraup kasar wajahnya.Fellex ni kalau dah meroyan..satu habuk pun dia tak nak dengar.Kalau cara elok tak jalan,nampaknya terpaksalah dia gunakan cara kasar.

  Lengan adiknya lantas diraih.Fellex melawan tetapi Zinnt tetap berkeras.Pegangan dikuatkan.

    "Darwien Fellex Mourin! Dengar cakap abang! Iryan dah minta maafkan tadi? Diakan dah cakap yang dia nak jadi baik?! Kenapa susah sangat kamu nak maafkan dia?!" Kini giliran Zinnt pula untuk menjerit marah.Di luar sedar,nama penuh Fellex disebutnya.Lagaknya sama seperti ayahanda mereka.

  Ayahanda mereka iaitu Mourin yang suka berpilih kasih.

   'Darwien Fellex Mourin! Perangai kamu sememangnya tak pernah berubah! Memalukan sungguh! Beta menyesal ada anak seperti kamu!"

   Terngiang-ngiang semula jerkahan ayahnya beberapa minggu lepas.Bukan besar pun kesalahan yang dilakukan.Hanya kerana dia menolak persetujuan bertunang dengan pilihan ayahandanya.Itupun salah ke?

    Dan...ia telah membuatkan Fellex berang.Zinnt direnung tajam.Pantang benar nama penuhnya disebut dengan nada sebegitu.

    "Abang dengan ayahanda sama saja! Suka sangat nak memaksa!" Jeritnya sebelum merentap kasar tangannya semula.

   Dengan langkah pantas,dia lantas menuju ke arah pintu.Pintu dibuka seluas mungkin.

    Tetapi langkahnya mati tatkala dia bertembung dengan Lady Autumn yang tegak berdiri dihadapan pintu.Gadis itu nampak terkejut.Seluruh badannya terketar-ketar.Dirinya kaku.Tak mampu bersuara.Nampak gayanya seperti telah mencuri dengar pertelingkahan panjang antara Fellex dan Zinnt sedari tadi.

   Fellex merengus geram.Tangan Lady Autumn lantas ditarik agar gadis itu mengikuti langkahnya.

   "Ikut aku!"

   Lady Autumn pula hanya terkebil-kebil diheret sebegitu.Rasa takut pun ada.Apa yang Fellex mahu lakukan kepadanya?

   "Adik! Adik nak bawa Lady Autumn pergi mana?! Kita tak habis lagi berbincang! Datang sini balik!" Jerit Zinnt sekuat hati. Merah sudah wajahnya.

Dia berjalan ke ruang tamu dan terkejut apabila terlihatkan ramai yang tertidur di situ.Kepala yang gatal digaru.Apa hal ni?

   Manakala Fellex hanya buat tak endah dengan semua yang sedang terjadi.Lady Autumn masih lagi diheretnya hingga ke hadapan pintu bilik air.

   Kreekk...

  Engsel pintu tersebut berbunyi tatkala ia ditolak.Usang sangat nampaknya.

   "Masuk..!" Arah Fellex, tegas.Lady Autumn ditolak memasuki bilik air tersebut.Dia juga turut melangkah masuk.

   Bammmm!

  Pintu dihempas kasar lalu dikunci rapat.Kini Fellex merenung Lady Autumn dengan pandangan yang sukar ditafsirkan.Dia bernafas kencang.Kakinya melangkah menghampiri Lady Autumn.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 18, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

THE ALCHEMIST (EDITING)Where stories live. Discover now