Bab 59: Naga?

1.2K 90 14
                                    

"TOLONG! Sesiapa..? Tolong aku wei! Arghhh! Sakitnya! Jahanam betullah orang yang pasang jerat naga ni! Aku sumpah dia mati awal!"

Dari kejauhan, kedengaran suara seseorang menjerit sakit.Lancang saja mulutnya menyumpah seranah seseorang.Semakin jauh Syah berlari,semakin dekat suara itu datang.

Tiba-tiba Syah memberhentikan lariannya.Hidungnya dapat mengesan bau darah dengan jelas walaupun hujan lebat membasahi bumi.Deria ke-enamnya sudahpun muncul.

Dia perlahan-lahan berjalan ke arah semak-samun yang berdekatan.Dia duduk melutut di situ.Di sebalik celahan daun,dia cuba untuk mengintip.Dahinya tiba-tiba saja berkerut seribu,rasa macam tak percaya dengan apa yang dilihatnya kini.

Pakkk!!

Tiba-tiba Syah dapat merasakan bahunya dipegang seseorang.Perlahan-lahan dia menoleh ke belakang,ingin mengetahui gerangan siapa.

Kelihatan di belakangnya ada seekor 'raksasa' yang tinggi lampai,berambut basah kuyup,bertaring kecil,bertelinga sedikit panjang dengan tubuh yang berlumuran darah serta lumpur,sedang tersenyum jahat ke arahnya.Kegelapan yang menyelubungi,sedikit sebanyak membataskan penglihatan.

Syah yang dirasuk itu,mulai mengigil ketakutan. Tubir matanya bergenang.Apakah 'raksasa' ini mahu menjadikan dia sebagai makan tengaharinya?

"Syah~.... Berani kau buatkan aku separuh mati kejar kau tadi,hah...?" 'Raksasa' itu bersuara bagaikan seekor hantu.Halus dan menakutkan.Bulu tengkuk Syah serta-merta berdiri tegak macam askar yang nak berkawad.Seram!

Syah mengigil ketakutan.Dia menutup mata dengan menggunakan tapak tangannya.

"Ma-maafkan beta! Beta tak kenal kamu ni siapa! Tolong jangan makan beta! Beta ni tak sedap!" Ucapnya,ketakutan.Harap-harap taktik ini menjadi agar raksasa itu tidak menjamah daging-dagingnya sebagai hidangan!

Tiba-tiba 'raksasa' yang menakutkan tadi,ketawa lucu.

"Hahahahahaha! Wei.Biar betik kau ni.Aku ni Elf lah bodoh! Elf mana makan manusia.Kau ni dah mabuk ke apa?" Sindir 'raksasa' itu,pedas.Pipi Syah yang masih menutup mata itu,kemudiannya dicubit kuat tanpa dilepaskan.

"Auch! Sakitlah! Sakit!" Jerit Syah seraya membuka kelopak matanya.Perit pipinya menahan azab sebegitu. Sudahlah kuku Fellex ni panjang-panjang belaka.

Fellex tersenyum kemenangan.Pipi Alchemist itu akhirnya dilepaskan.

"Padan muka! Lain kali,kau jangan cuba nak larikan diri masa waktu hujan! Kau tau tak,habis kotor baju aku dibuatnya! 10 kali aku terjatuh dalam lopak air sebab kau! Sakit kau tau tak?!" Bebel Fellex,panjang sekali.Dia berpeluk tubuh.

Syah kemudiannya memuncung dengan mata yang begitu asyik menilik pakaian Fellex.Oh...patutlah baju dia berlumpur.Jatuh rupa-rupanya.

"Beta bukannya nak larikan diri." Ucap Syah dengan pipi yang dikembungkan.Nampak comel pulak dengan mata dia yang ada pentagram berpusing-pusing tu.

Fellex mengetap gigi.Pinggang kemudiannya dicekak persis mak tiri Cinderella.

"Habistu? Kenapa kau lari ke sini?" Soalnya,dingin.Reaksinya macam tak nak percayakan Syah saja.

"Hmm..sebenarnya.." Belum sempat Syah membalas soalan Fellex,tiba-tiba ada suara yang terlebih dahulu bersuara.

"Hello..? Ada sesiapa tak dekat situ..?! Boleh tak tolong aku?! Aku terkena jerat! Arghh..dan sayap aku dah patah!"

Fellex tersentak di saat ada satu suara asing yang tiba-tiba menyampuk.Dia pantas duduk dengan melipatkan sebelah lututnya di sebelah Syah.Muka pelik dipamerkan dengan jari yang ditundingkan ke satu sudut.

THE ALCHEMIST (EDITING)Where stories live. Discover now