Bab 57: Ada 'Sesuatu'

1.3K 91 1
                                    

Dari kejauhan,

   Hujan rintik mulai turun membasahi bumi.Bunyi kilat dan dentuman guruh dapat di dengari.Nampaknya hujan ribut bakal tiba.

   Vine mencebik geram sebelum menjerit marah.Viola Kematian lantas dihempaskan ke lantai.Berkecai habis viola tu dibuatnya,berteraburan di merata tempat.

   Arghhh! Lain pula yang diharapkan,lain pula yang jadi! Sakitnya hati! Tak guna! Jahanam!

   Dengan hati yang sakit,Vine pantas membuka sayapnya selebar mungkin.Dia terbang meluru keluar dari tingkap istana tersebut,ingin meninggalkan tempat yang sudahpun musnah itu.

    Dia tak boleh menyeberangi Jurang Kekayaan ketika ini,kerana ia takkan muncul selagi hujan tidak berhenti.

_________________❤_________________

BASAH kuyup.Kesemua ahli kumpulan Syah,sudahpun basah kuyup akibat di sirami air hujan yang mulai lebat.Tapi nasib baiklah hujan kali ini tidak mengandungi sisa mayat.Taklah mereka berbau busuk nanti.Mereka semua mulai mengigil kesejukan.

     "Ki...kita kena cari tempat berlindung!" Iryan bersuara kesejukan.Dia memeluk tubuhnya,menahan sejuk.

    "A...Apa kata kita berteduh bawah pokok?" Cadang Syawal,juga turut kesejukan.Namun ideanya agak bodoh.

   "Hei! Kau ni dah gila ke? Nak sangat mati kena sambar kilat?!" Sampuk Fellex secara tiba-tiba,geram.Sebenarnya dia geram dekat Zinnt,tapi kawan-kawan dia pulak yang kena tempias.

   Tersentap.Iryan dan Syawal serta-merta terdiam.Mereka masih lagi berdiri kesejukan di situ,cuba mencari jalan bagaimana ingin mencari tempat berteduh.

     "Bertenanglah..." Syah yang masih lagi dirasuk,bersuara selamba.Dia kemudiannya memeluk bahu Syawal dan Fellex secara serentak tetapi kali ini,tidak pula dia meraba.

      "Alarken.."

    Mantera pelindung udara di baca Syah,perlahan.Dengan menggunakan udara di sekeliling,terbentuklah satu perisai lutsinar gergasi yang melindungi mereka semua di dalamnya.Desiran halus hujan yang berlaga dengan perisai tersebut,dapat didengari dengan jelas.

    "Wahhh! Syah buat pelindung kalis hujan! Yeayy! Taklah kita basah lagi!" Ucap Iryan,gembira.Dia kemudiannya melompat ke arah Syah lalu memeluk leher lelaki itu.Bergantungan di belakang Syah.

  Namun Syah hanya berwajah blur.Iryan yang melekat di belakangnya,diendahkan.

    Iryan tiba-tiba saja mencebik.Kerana macam tak dipedulikan,dia segera melepaskan pelukannya itu.Dia kemudiannya mengembungkan kedua-dua belah pipinya macam ikan buntal.

  Syawal pulak sudah tak berkelip matanya.Dia memandang perisai hujan itu dengan penuh rasa takjub.

    "Wah.. Hebat betul.Pelindung ni boleh bertahan sampai bila?" Soalnya,teruja ingin tahu.

    Syah hanya berwajah bongkak untuk seketika.Bangga diri sekejap.Bukan selalu dapat peluang macam ni.

    "Sampai hujan ni berhentilah.Sihir yang beta gunakan ini,tak kurang hebatnya juga.Selain berlindung dari hujan,ia juga boleh digunakan sebagai perisai ketika peperangan." Ucapnya,sebelum melepaskan pelukan di bahu Syawal dan Fellex.

      Syah kemudiannya tegak berdiri di satu tempat.Dia tiba-tiba menutup mata.Memasang telinga.Ada bunyi aneh yang dapat di dengari olehnya tadi.

THE ALCHEMIST (EDITING)Where stories live. Discover now