Bab 38: Tolong!

1.2K 109 1
                                    

GEDEBANG!

     Bunyi guruh mengejutkan Fellex dari tidur ajak-ajak ayamnya.Dia mengurut dada,mengurangkan rasa terkejut tadi.Tidurnya sebentar tadi tidaklah begitu lena.Dia termimpikan Syah.Lelaki itu datang dan pergi begitu sahaja tanpa sebarang kata.

Fellex mulai dipagut risau.Dia benar-benar risaukan keadaan Syah sekarang ni.

   Adakah lelaki itu masih hidup? Adakah lelaki itu sudah sembuh? Persoalan itulah yang acap kali bermain di mindanya.

   Selimut yang menyelimuti tubuhnya,pantas ditolak ke tepi.Dia mengesot sehinggalah ke birai katil.Wajahnya diraup.Rambutnya yang panjang itu ditarik ke belakang lalu di ikat menggunakan tali.

    Fellex pantas menoleh ke tepi,memandang ke arah katil tunggal di mana abangnya sedang nyenyak tidur di situ.

   Katil-katil yang lain juga turut diperhatikan olehnya.Sunyi.Nampaknya,tiada seorang pun yang masih berjaga ataupun terjaga kerana bunyi guruh yang kuat tadi.

  Fellex menarik nafas yang dalam.Dadanya terasa berat bagai dihimpit batu-batuan yang besar.

    "Aku rasa..aku kena tengok-tengokkan Syah.." Ucapnya seorang diri.

   Dia segera berdiri.Pedang yang berada di atas meja tidur pantas dicapai lalu disisip ke pinggangnya.Baginya,keselamatan haruslah diutamakan.Manalah tahu,jikalau ada musuh yang menyerang?

Dengan derapan langkah yang laju,Fellex segera melangkah keluar dari bilik yang besar dan luas itu.

•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

    VINE yang dikenali sebagai Lady Winter itu agak terleka mengusap wajah Syah sedari tadi.Tersenyum. Ada niat jahat yang bermain di mindanya kini.

Ya.Niat jahat.Dia inginkan Syah sentiasa berada di sisinya...Selama-lamanya.

   Satu Gigitan Setia..dan Syah akan berubah menjadi Vampire sepertinya.Dengan ini,tiada apa yang mampu menghalang cinta mereka lagi! Tidak akan sesekali!

   "Syah...Satu gigitan sahaja,dan awak akan jadi seperti saya..Kita akan hidup selamanya Syah..Awak takkan rasa sakit,saya janji.." Bisik Vine,lembut.Perlahan-lahan,gigi taring dan sayap kelawar dikeluarkan olehnya.

Wajah Syah dipegang.Senyuman jahat terukir di bibir.Hujan lebat di luar menyuramkan lagi suasana bilik yang sedia gelap itu.

   Vine segera mendekatkan wajahnya ke tengkuk Syah,bersama niat ingin mengigit lelaki ini.Baru sahaja hujung giginya dapat menyentuh kulit Syah,tiba-tiba hidungnya dapat mengesan bau Elf.Kuat sekali.

  Perbuatannya serta-merta terhenti.Bau itu..seperti tidak jauh darinya kini.Dia juga dapat merasakan yang dia sedang diperhatikan.

     Di saat Vine menoleh ke arah pintu,matanya dan mata Fellex terus sahaja bertembung menjadi satu.Vine menyerigai marah.Dia pantas berdiri.

"Elf tak guna! Masa ni jugak kau nak muncul ya?" Bentak Vine,kasar.Aura hitam mulai keluar dari tubuhnya.

    Fellex pula hanya kaku di satu tempat dengan lutut yang terketar-ketar.Dia benar-benar takut dan terkejut dengan apa yang dilihatnya kini.Perlahan-lahan dia mengundur beberapa tapak ke belakang.

"K...kau siapa hah?!"

    Terketar-ketar dia menyoal.Pedang yang tersisip di pinggang, pantas ditarik.

Vine hanya tersengih sinis.Bau ketakutan Fellex sememangnya dapat di hidu olehnya,jelas sekali.Langkah mulai diatur ke arah Fellex, bersama lenggok seksi.

THE ALCHEMIST (EDITING)Where stories live. Discover now