Bab 25: Penculikan

1.2K 111 12
                                    

"ARGHHHH!!"

Kedengaran Iryan menjerit sekali lagi.Kali ini,suaranya semakin lama semakin jauh walaupun mereka berempat sudah semakin dekat.

"Siapa..yg..menjerit tu?" Soal Syah dalam pening yg semakin menjadi-jadi.Pandangannya tiba-tiba terasa berpinar.

"Iryan! Yang menjerit tadi tu Iryan!!" Jerit Syawal,cemas.

Selangkah..Dua langkah..Tiga langkah..dan akhirnya mereka tiba jua di kem mereka tadi.

Mulut Syawal,Fellex dan Zinnt terlopong luas.Tempat tu dah kosong!! Semua orang dah tak ada!!

Zingghhh!!

Secara tiba-tiba,ada seutas tali menjerut kuat leher Zinnt.

"Urghh!! T..tt..tolongg!!" Ucap Zinnt,tersekat-sekat.

Syawal dan Fellex pantas menoleh ke belakang.

Zinnt sedang ditarik pergi!

"Abang!!!" Laung Fellex. Dia mengejar laju dari belakang namun malang tidak berbau apabila kakinya tiba-tiba dijerut!!

"Arghhh!!" Fellex jatuh tersungkur.Dia hanya mampu melihat abangnya yg semakin lama,semakin hilang dari pandangan.

"Abang!!" Jerit Fellex,nyaring.Dedaun di tanah digenggamnya,kuat.

"Syah! Awak duduk kejap dekat sini!! Saya nak tengok Fellex dan Zinnt!" Arah Syawal dalam cemas.Dia meletakkan Syah ke bawah.

Syah hanya mengangguk perlahan. Kepala yg berdenyut sakit,dicengkamnya kuat.

Memori yg menyedihkan itu datang kembali!!

Syawal segera berlari kearah Fellex. Jerutan di kedua-dua belah kaki Fellex cuba dirungkainya dalam payah.Ketat gila!!

Shupp!!

Tiba-tiba,tubuh Syawal dijerut!! Dia tak boleh nak gerakkan tangan dia!

Syawal juga diheret masuk ke dalam semak seperti Zinnt seketika tadi!!

"Arghhhh!!"

Kedengaran jeritan Syawal semakin menjauh.

"Syawal!!" Fellex menjerit nyaring.Air matanya mengalir.Dia takut ditinggalkan sendirian!!

Fellex menoleh memandang Syah yg terduduk jauh darinya,kini.Ya,Syah saja harapan yg tinggal!!

"Syah!! Tolong aku!!" Laung Fellex. Dia meronta kasar.Kalau nak duduk,dah tak boleh sebab kaki dia dijerut tegang!!

Hanya kepala dan tangan saja yg mampu digerakkan.Busur yg berada di belakang,membataskan pergerakannya untuk berkalih.

"Arghhh!!" Syah mengerang kesakitan.Dia masih mencengkam kepalanya yg sakit.

Tiba-tiba, muncul beberapa susuk tubuh dari semak yg berada di belakang Syah.Wajah mereka tidak kelihatan kerana kegelapan yg menyelindung.

Mulut Syah ditekup oleh salah seorang dari mereka.Syah dipengsankan.

"Syahhh!!" Jerit Fellex. Air mata semakin merembes keluar.Dia takut bersendirian!

"Pengsankan dia." Arah sesusuk tubuh yg paling di hadapan.

Kini mulut Fellex pula yg ditekup dengan sehelai kain.Dia kesesakan nafas.Haruman cecair yg disapu pada kain itu mulai memasuki rongga pernafasannya.

Pandangannya semakin kabur.Dia terasa bagai di awang-awangan dan akhirnya, dia pengsan.

"Bawa mereka semua ke tempat kita.Kita akan siasat mereka seorang demi seorang." Ucap ketua kumpulan misteri itu.

"Baik,Tuanku."

•••••••••••••••••••••••♦••••••••••••••••••••••

Keesokannya..

SINARAN terik menikam mata Syah.Pedih!! Itu yg dirasakannya kini.Perlahan-lahan, dia membuka kelopak matanya.

Cahaya yg menyinar,dilawan sekuat mungkin.Kepalanya masih pening namun tidak seteruk semalam.

Badan Syah diikat dengan tali disatu tiang.Dia tak mampu untuk bergerak selain meronta sahaja.

Tiba-tiba,ada sesusuk tubuh yg gagah datang menghalang sinaran cahaya tadi.Pemilik sesusuk tubuh itu mencengkam kuat kolar Syah.

"Siapa kau dan kenapa kau datang ke sini?! Kau ni pengintip Puak Aries hah?! Beritahu cepat sebelum aku heret kau!!" Ugut lelaki yg berada di hadapan Syah itu.

Syah terpingga-pingga.Dia tak faham.Aries? Puak manusia yg berbadan biri-biri tu?

"Siapa..kau ni? Kenapa kau tangkap kawan-kawan aku?" Balas Syah,perlahan.

Lelaki misteri itu tiba-tiba ketawa terbahak-bahak.

Syah semakin hairan.

"Kalau kau nak tahu,akulah Maurius,anak raja Firuss.Kau dan kawan-kawan kau dah masuk tempat kami,iaitu Wilayah Sagittarius!!" Balas Maurius seraya mengangkat kedua-dua belah kaki kudanya ke udara.

Mata Syah membulat.Wilayah Sagittarius?! Manusia yg berbadan kuda?! Oh tidakkk!!

to be continued..

THE ALCHEMIST (EDITING)Where stories live. Discover now