Bab 20: King Control

1.3K 122 2
                                    

SEMUA orang sudah keletihan dan kelaparan.Sudah 10 jam mereka tak makan dari pagi tadi.Sekarang ni,waktu dah petang.Kalau diperhati kedudukan matahari sekarang, dah pukul 3 petang dah pun.

Syawal mengambil air wudhuk dari terusan air yg dijumpai dalam hutan.Fellex yg memerhati Syawal sedari tadi,hanya kepelikan.

'Apa yg dia buat tu? Mandi ke? Tapi,...kenapa basuh muka,tangan,telinga dan kaki saja?' Soal hati Fellex sendirian.

Setelah Syawal sudah ambil wudhuk,tiba-tiba Fellex bertanya.

"Syawal..Kau buat apa tu? Mandi ke?" Soal Fellex sambil berpeluk tubuh.Syawal hanya tersenyum.

"Ambil air wudhuk." Balas Syawal dengan senyuman manisnya.Dia segera menurunkan lipatan seluarnya lalu menuju kearah Syah.

Fellex cuma terpingga-pingga. Air wudhuk?? Apa tu?

Kelihatan Syah sudah berada di dalam tahiyyat akhirnya.Selepas memberi salam ke kanan dan ke kiri,Syah meraup wajah.Dia termenung untuk seketika.

"Emm...er...Syah? Awak dah habis solat?? Boleh saya guna sejadah?" Soal Syawal,agak takut-takut.Takut seandainya Syah akan memarahinya lagi dan memanggilnya 'setan'.Wuish..perkataan kasar benar.

Syah cuma tersenyum nipis.Dia segera bangun dari duduknya.

"Gunalah." Ucap Syah,sepatah.Syawal serta-merta menguntum senyum.

"Terima kasih."

Mereka berdua bertukar tempat.Saat Syawal baru saja ingin mengangkat takbir,tiba-tiba Syah bersuara.

"Kau..er...apa nama kau? Syamir? Urgh..Apa-apa sajalah nama kau tu.Ermm..aku..aku..aku cuma nak mintak maaf sebab panggil kau 'setan' tadi.I'm very-very sorry." Ucap Syah sebelum berlalu pergi.

Syawal hanya tersenyum.Dari sudut hatinya,dia sudah lama memaafkan Syah.Dengan lafaz bismillah,takbir kemudiannya diangkat dan solat Zohor didirikan.

************************************

"WEKK!! Bau kau ni busuklah! Kau tak mandi ke hah?! Sekarang ni,aku nak korang pergi mandi.Sekarang jugak! Cepat! Terhegeh-hegeh macam perempuan!" Marah Syah kepada Fellex dan yang lain.

Di tangannya ada sebatang ranting kayu,digunakan khas untuk mendenda sesiapa yg melanggar arahannya.Errkk..Sekali pandang,Syah ni dah macam King Control lah pulak!!

Semua orang sudah berlari anak,menuju kearah sungai.Yang tinggal kini hanyalah Fellex,Shasha dan kumpulan Night Elf pemantau Shasha.Syawal pulak sedang sibuk memasak.

"Apahal korang tak mandi lagi?! Pergi mandi cepat! Cepat!! " Jerkah Syah.

Fellex masih lagi berpeluk tubuh dengan wajah masamnya.Shasha dan kumpulannya pulak kelihatan malu-malu.

"Takkanlah nak mandi dekat sini kut..hehehe.." Ucap Shasha, malu-malu.Night Elf yang lain pula sudah ketawa kecil sambil menekup mulut.

Fellex pula sudah naik berang.Muka dah nampak merah dah tu.Telinga pun dah merah menyala.

"Kenapa tak nak mandi? Tu..,sungai ada tu.Kau pi mandi cepat sebelum aku baling kau masuk dalam Sungai Berasid dekat depan tu! Kau ni bukannya perempuan untuk nak malu-malu bagai! Cepat!!" Ugut Syah sambil bercekak pinggang.

Fellex sudah naik bengang tahap yang tertinggi.Sudah! Dia tak boleh tahan lagi kemarahan ni!!

"Hei bodoh! Mereka ni memang perempuanlah,bongok! Kau saja nak ambil kesempatan atas KEKASIH aku kan?!" Amuk Fellex. Kolar Syah dicengkamnya.

THE ALCHEMIST (EDITING)Where stories live. Discover now