Bab 61: Dragon Slayer

1.2K 94 8
                                    

SAGA berjalan perlahan,menuju ke arah sebuah rumah yang kelihatan agak usang.Semakin lama mereka semakin dekat.Tiada rumah yang lain kelihatan di situ.Rumah yang terpencil di dalam hutan.Nampaknya,itulah satu-satunya rumah yang dimaksudkan oleh Saga sebentar tadi.

Masing-masing hanya mendiamkan diri.Persekitaran rumah itu agak menakutkan mereka.Lalang di laman dibiarkan meninggi.Macam rumah hantulah pulak.Tambah-tambah lagi hujan yang semakin melebat ni lebih menambahkan rasa seram sejuk.

Krreeekkk...

Saga menolak perlahan pintu rumah tersebut.Kosong.Gelap gelita.Itu yang mereka nampak,kini.

"Alamak... Lupa pulak.Lilin dah habis semalam..." Saga menepuk dahi,mengenangkan kealpaannya.

Masing-masing hanya menyengih.Dah agak dah lilin tak ada...

"Tak apa.Kami tak kisah.Asalkan dapat berteduh pun dah cukup." Ucap Syawal,cuba untuk mengembirakan suasana kembali.

Saga tersenyum nipis.

"Betul ni?"

Soalannya dibalas dengan anggukkan mereka semua.

"Okey.Kalau macam tu,masuklah.Buatlah macam rumah sendiri." Pelawa Saga seraya menolak luas pintu tersebut.

Seorang demi seorang mulai memasuki rumah Saga tetapi tidak bagi Syah.Kelihatan Alchemist itu sedang mengurut dahinya dengan mata yang terpejam rapat.Pening mungkin.

"Syah? Kau okey?"

Teguran Fellex menyentakkan Syah.

Syah lantas mengukir senyum.

"Beta tak apa-apa.Cuma pening sedikit.Masuklah." Ucapnya sebelum dia melangkah masuk ke dalam rumah Saga.

Dahi Fellex berkerut seribu tetapi langkah tetap diatur.Hatinya tertanya-tanya.Kenapa dengan Syah tadi?

________________🍂_________________

"ZINNT.....beta rasa sejuk sangat.." Adu Lady Autumn dengan suara yang terketar-ketar.

Dia mengigil kesejukan.Gaun hitamnya yang basah kuyup,jelas menampakkan seluruh lengkuk-lengkuk tubuhnya.Sayap pari-parinya pula berkilauan dek air hujan yang melekat.Seksi.Tambah-tambah lagi rambutnya yang basah itu.Benar-benar mengoda bagi yang melihat.

Zinnt meneguk air liur yang terasa kelat.Sedikit sebanyak dia tergoda dengan kecantikan Lady Autumn kini.Dia kemudiannya memalingkan wajahnya ke arah lain,tak sanggup nak melihat lagi.

"Err... Tuanku.Gaun tuanku basah kuyup...." Ucapnya dengan pipi yang berona merah.Dia menekup mulut.Segan.

Lady Autumn kemudiannya melihat tubuhnya sendiri.Baru dia sedar,susuk tubuhnya jelas kelihatan dek kain gaun yang basah melekap di badan.Perlahan-lahan dia mengangkat wajah,melihat ke arah ahli yang lain.Kelihatan mereka sedang merenungnya dengan mata yang tak berkelip.Saga juga begitu.Terpegun.

Mana taknya,ahli kumpulan Syah semuanya lelaki.Tipulah kalau 'kucing' tak mahu makan 'ikan' yang terhidang di hadapan mata.Tambah-tambah lagi 'ikan' yang 'segar'.

Wajah Lady Autumn serta-merta berona merah tomato.

"Kyaaaaaa! Jangan tengok beta! Kamu semua ni gatal betullah! Bencinyaa!" Tangannya pantas disilangkan ke dada,tanda agar jangan merenung dirinya lagi.Sayapnya juga digunakan untuk menutup bahagian hadapan badan.

"Warghhh! Maafkan kami!"

Mereka semua terjerit serentak.Mata pantas ditekup.Tetapi hanya Syah saja yang masih lagi menikmati keindahan tubuh Lady Autumn. Eh tak.Bukan Syah tetapi The Undead Devil yang sedang merasuknya kini.😂

Dengan senyuman gatal,Syah mulai mara ke hadapan.Jubahnya dibuka lalu dibuang ke tepi,menampakkan lapisan baju kedua yang berwarna putih.Jarinya pula pantas membuka butang baju.

Mata Fellex pulak sudah membuntang.Alamak! Si miang dah muncul!

"Mari beta panaskan kamu.Hanya kita berdua say-...."

Belum sempat Syah menghabiskan kata-katanya,tiba-tiba..

Bukkkk!

....kepalanya dihentak seseorang dari arah belakang.

Tubuhnya serta-merta terkulai jatuh.Nasib baiklah Fellex lebih tangkas menyambut daripada membiarkan lelaki itu terhempas ke lantai.Pipi Syah ditampar perlahan tetapi lelaki itu langsung tidak sedarkan diri.

Kelihatan ada seorang lelaki yang berpakaian besi,sedang berdiri tegak di hadapan mereka dalam keadaan memegang pedang yang berukiran tengkorak.Wajahnya bengis.Lelaki ini sungguh asing bagi mereka.Tak pernah kenal.Tak pernah nampak.

Nampaknya lelaki inilah yang menghentak kepala Syah dengan menggunakan hulu pedangnya tadi.

"Hei.Berapa kali aku dah cakap,jangan bawa masuk orang asing ke dalam rumah aku? Kenapa kau degil sangat hah,Saga?" Tiba-tiba saja lelaki itu bersuara sombong.Dia menoleh ke belakang seraya menghadiahkan pandangan tajam buat Saga.

Saga hanya tayang muka bodoh.Dia terus saja tersengih sinis.

"Suka hati akulah nak bawa sesiapa pun.Kau ingat rumah ni milik kau seorang saja ke,Lariat? Dragon Slayer tak guna? Ataupun lebih sedap didengar lagi,..adik tiri?"
Kata-kata terakhir Saga mengejutkan mereka semua.Hah?! Lelaki sombong ni adik tiri Saga? Dragon Slayer pulak tu!

(Ps: Untuk pengetahuan umum,Dragon Slayer bermaksud pembunuh naga manakala Dragon Knight adalah pahlawan naga.)

Dragon Slayer yang dikenali sebagai Lariat itu hanya mengetap gigi.Dia lantas menghalakan mata pedangnya tepat-tepat ke leher Saga.

"Hei Dragon Knight bodoh.Jaga mulut kau sebelum aku pancung kau hidup-hidup! Kalau kau ni bukan abang aku,mungkin sekarang ni kau dah jadi makanan bagi pedang aku agaknya." Balasnya,dingin sekali.Mata pedang ditekan sedikit di leher Saga.

Saga tersenyum sinis.Ada makna yang mendalam tersembunyi di sebalik senyumannya.

"Cubalah bunuh aku kalau kau berani sangat.Huh.Kalau bolehlah,aku langsung tak hingin pun nak jadi abang kau! Semuanya salah kau! Mak kau tu perampas! Kalau mak kau tak goda ayah aku,kita takkan jadi susah macam ni!" Ucap Saga dengan nada suara yang bergetar.Ada air mata yang bertakung tetapi ditahan agar tidak menitis.

Lariat pula masih lagi mengetap gigi seperti tadi.Matanya hitamnya tajam menikam.Rahangnya dilaga-lagakan berulang kali sebelum pedangnya diturunkan semula.

Wajahnya pantas dipalingkan ke arah lain.Rambut hitamnya diraup kasar.

"Huh! Ni kali terakhir aku biarkan orang asing tinggal dalam rumah aku.Lepas ni,jangan haraplah aku akan benarkan." Ucapnya sebelum berlalu pergi.

"Ouh...sebelum aku terlupa.." Lariat serta memberhentikan langkahnya.Dia menoleh sedikit kepalanya,memandang ke arah belakang.

"...aku nak bagitahu yang kau nampak teruk sangat.Potion healing ada dalam bilik aku.Baju ayah dan gaun mak pun ada.Faham-faham sendirilah kau nak buat apa.Aku nak keluar cari makanan." Sambung Lariat sebelum melangkah keluar dari rumah.

Walaupun Lariat dingin orangnya,tetapi dia tetap seorang yang penyayang.

Saga mengeluh perlahan,cuba untuk menenangkan dirinya yang gundah-gulana sebentar tadi.Dia kemudiannya tersenyum.

"Okey semua.Ikut aku jom.Mari kita carikan baju yang sesuai untuk korang."





to be continued..

THE ALCHEMIST (EDITING)Where stories live. Discover now