Bab 6: The Undead Ghoul

1.9K 133 4
                                    

CAHAYA yang menyinar terik agak menyakitkan mata Syah.Perlahan-lahan,kelopak matanya dibuka.Syah memandang sekeliling.

Hmm? Dia sekarang berada di tengah-tengah padang rumput yang menghijau.Cahaya disitu berkelip-kelipan dan datangnya dari satu arah yang langsung tidak diketahui.Cantik.Macam ada debu berkilauan di dalam cahaya itu.

Aik? Syah baru perasan.Siapa yang letakkan dia disini? Dia berjalan sendirikah?? Atau...

"Oh.Kamu dah bangun pun.Semalaman kamu pengsan sebab terkejut.Jadi,saya jemur kamu di situ.Seronok bukan,tidur di bawah matahari? Hahaha." Kutuk Elf semalam itu kepada Syah.

Elf itu masih seronok berteduh di bawah salah satu pokok.Siap goyang-goyang kaki ke sini dan ke sana pulak tu.

Syah buat muka bingung.Dia mengaru-garu kepala sekali dua.Dia masih tak faham apa yg telah berlaku sebenarnya. Semua ini terlalu pantas baginya.

"Aik? Kenapa jemur saya bawah panas? Nak bunuh saya ke apa?" Syah berpura-pura marah.Dia bercekak pinggang di situ.

"Oh,yakah? Sebenarnya cahaya yang panas tu,Cahaya Sinaran Hutan.Kamu takkan mati pun kalau duduk dekat situ lama-lama.Cahaya Sinaran Hutan itu hanya menyembuhkan,bukan membunuh.Kalau saya nak membunuh kamu..saya akan buat begini.." ujar Elf itu seraya dia bingkas bangun.

Elf itu meletakkan ibu jari dan jari penunjuknya ke bibir lalu meniup ia sekuat hati.Bunyi yang keluar dari mulutnya seekan-ekan bunyi bersiul.

Tiba-tiba,muncul seekor kuda putih dari semak-samun yang berdekatn.Namun apa yang mengejutkan,ia lompat melepasi kepala Syah!

Hampir-hampir saja kuda itu merempuh Syah tadi.Hampir-hampir! Syah mengurut dada.Terkejut yang bukan kepalang.

Elf itu tersengih lalu ketawa mengekek.Kuda putih itu dibelai-belainya pula.

"Awak ni dah gila ke apa?! Kalau kuda tu tak melompat tadi,dah tentu saya mati sekarang ni tau! Eii! Geramnya! Awak ni memang tak ada adab!"

    Syah pantas berdiri.Dia betul-betul sakit hati.

Syah terus sahaja meluru ke arah Elf tersebut.Macam rasa nak bagi dua atau tiga penumbuk aje dekat Elf yg sebelum ni.

Syah terus saja mencekik kolar baju Elf tu.Mereka bergulingan diatas tanah,bergelut sesama sendiri.Elf tu masih lagi ketawa lucu.

"Kalau awak buat lagi macam tu,awak selayaknya dapat penumbuk saya.Benda-benda macam ni,tak lawak okey! Ia melibatkan nyawa,tahu tak?! Berhentilah ketawa woi!" Ucap Syah dengan rasa sakit hati.

Penumbuk ditayangkan untuk membuatkan kata-katanya kelihatan lebih serius.Elf itu mengangkat kedua-dua belah tangan separas dada,tanda mengalah.

"Hahaha! Bertenang laa..Takkan nak bergurau sikit pun,tak boleh? Kuda saya memang sudah terlatih.Tak adanya dia akan rempuh orang sesuka hati..Hahaha! Muka kamu dah macam Troll dah saya tengok.Hahaha! Serupa benar macam Troll tu.Adik beradik ke? Hahaha!" Dalam ketawa,Elf itu menunjuk ke arah belakang Syah.

Leher baju Elf itu dilepas kasar.Syah terus saja membuang pandang ke belakang.Ternyata Elf itu tidak menipu ataupun mereka-reka cerita.

Dari kejauhan,seekor Troll  sedang merenung mereka dengan pandangan maut.Air liurnya tidak henti-henti meleleh keluar.Nampaknya Troll tu sudah terbayang-bayang keenakan daging seorang Elf dan seorang manusia dihadapannya kini.

"Kurang asam betullah awak ni! Nak bandingkan rupa handsome saya dengan muka hodoh Troll tu pulak!" Syah menolak perlahan bahu Elf tu.

Ada ke patut samakan muka dia dengan muka Troll tu? Euww! Tolong sikit! Elf itu masih ketawa mengekek.

THE ALCHEMIST (EDITING)Where stories live. Discover now